Thursday, December 8, 2011

Kota Kinabalu in September 2012

Holiday! Holiday! Holiday! Memang cuti tahun depan gamaknya habis pergi vacation je lah. So, tahun depan I akan pergi Phuket dengan KK.

Phuket = February
KK = September

Maknanya 7 bulan lepas tu melancong ke KK pulak. At first, I memang plan pergi dengan kawan-kawan I. Zaza pun dah book tiket pergi KK sebab waktu tu AirAsia buat promo RM1 tak silap. So bila campur tolak darab bahagi total tiket adalah dalam RM70. I pun apa lagi mestilah ON kan bila Zaza ajak. Time tu dah mintak kebenaran husband yang waktu tu tunang lagi sebab tau dah bila pergi KK ni dia dah jadi husband I so kenalah mintak kebenaran.

Bila Apek dah jadi husband mulalah dia berat hati nak bagi pergi. Bukan sebab rindu tak boleh berenggang ke apa tapi dia risau. Dia risau kalau apa-apa jadi dekat I. Tak jalan sama pun tak apa katanya, janji dia ada dekat dengan I. Bila I perlukan dia, dia ada. At least dia ada dekat KK tu jugak. So sweet of you my husband. Lepas tu bermulalah misi pencarian mencari tiket ke KK untuk 2 orang. Apek dan kawan seponggong dia, Nazrin.Adalah dalam seminggu tu check web air asia, harga promo RM93. Semalam baru je lepas tengok harga still RM93 pergi sahaja. Bila dah campur tolak semua jadi RM200++. Idaklah nak bayar RM200++ kan, so tunggu lagi tunggu sampai hari ni. Hari ni dia jadi RM0.10 weyh. Sekarang cuba kira.

RM93.00
- RM 0.10
RM92.90

Tengok tu! Tengok tu berapa boleh jimat?? JIMAT GILAAA WEYHH! Lepas tu I pun cepat-cepatlah isi semua detail my husband. OK bila second guest sangkut sebab I manalah ada alamat dengan nama penuh si Nazreen tu walaupun dia madu I kan. Bila text dia, lambat gila balas. Bila suruh balas dekat FB baru reply. Amboihh kau Nazrin, main FB 24/7. Kerja ke main? Ahahahahah! Lepas tu tengok kat screen, session expired. Sampai 3x baru dapat mesej nazrin, lepas je dapat mesej nazrin tak boleh nak masuk dah. SUDAH! I cakap dalam hati. Janganlah tak dapat harga RM0.10 ni. Refresh banyak kali tau. Adalah dalam 35minit asyik tunggu dalam waiting room tu je. Last-last dapat masuk. SYUKRANNN!

Semangat ni isi balik semua details sampai nak buat pembayaran. Dah tahu dah dalam akaun tak cukup balance tapi still saja gatal nak buat payment jugak kan mana tau tiba-tiba ada orang salah masuk RM1,000 ke kan dalam akaun I tapi nampaknya impian hancur. Balance ada RM30 je. Memandangkan jam pun dah tunjuk pukul 12, cepat cepat pergi Maybank masuk duit dalam akaun untuk buat payment. Bila balik ofis dia tunjuk error apa entah, dah tak boleh masuk. Ok, I malas gila nak tunggu dalam waiting room lagi so tekan back back back je dan akhirnya boleh buat payment. ALHAMDULILLAH! 2 tickets for APEK & NAZRIN! Hoooyeahhh...

Total pergi balik KK untuk 2 orang RM100.40 je weyh.

Rupanya I tak beli-beli tiket dari hari tu sebab AirAsia nak bagi harga murah sempena ulangtahun dia yang ke-10 rupanya.

Haaa apa lagi, siapa yang nak jalan jalan tahun depan bulan 8-10 bolehlah buat booking sekarang.

AIR ASIA website

2 comments:

Amy Abdul Rahman said...

murah gilaaa!

Ainee Cumi said...

AMY: Sangat!!! Macam heekleh RM50 je? Macam isi minyak kereta dari Ipoh ke Kl. Lebih pun kalau isi petrol kereta. Kan? Kan?

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...