Friday, December 9, 2011

HAFIZUDINHAMDAN PHOTOGRAPHY (Nikah Photo)

Hafiz tag Apek kat FB menyatakan yang dia dah update gambar. Weyh! I macam TIPULAH! TIPULAH! Ok tekan klik. Ohhyeahh, memang betul lah Hafiz dah upload gambar. Bila sekali dah bukak blog Hafiz, asyik scroll bawah atas bawah atas lepas tu atas bawah atas bawah sebab gila ahhh tengok banyak kali pun tak puas. Ni baru sikit ni Hafiz letak, kalau banyak mau dari start kerja sampai habis kerja asyik tengok gambar sendiri je.

Bila tengok semua gambar yang Hafiz snap, teringat balik moment nikah tu. I CAN FEEL IT BEBEH! I CAN FEEL IT! Jujur cakap dalam ketiga tiga event I, Nikahlah paling I suka. Paling nikmat! Paling happy! Paling terkesan dalam hati. Semuanya palinglah bila part nikah. Walaupun kawan yang dijemput tak ramai, saudara mara terdekat je yang dijemput lepas tu banyak benda yang dihajati tak tercapai tapi still ITS THE BEST MOMENT IN MY LIFE! Very intimate solemnization I can say.


OK ni rakan rakan paling kesayanganlah. Sungguh-sungguh dieowang buatkan I bunga tangan. Yeah! My bunga tangan is made by my friends. How cool was that? SO COOLLLLLL!! Bunga tangan paling I suka pun bunga tangan nikah sebab apa? Sebab hasil buah tangan dari kawan-kawan sendiri. Dari mula nikah sampai habis asyik pegang bunga je. Tak mau lepas sampai my uncle dengan aunty tegur tak habis habis dengan bunga dia. Time ni bunga tangan dah siap, tengah buat sireh pulak. Walaupun tak jadi macam yang I dah plan but then bila kawan yang buat rasa dekat di hati sangat. Thank you gorgeous.


Kegemaran buat masa ini.
IM SO H.A.P.P.Y!

Rakan-rakan yang sangat supportive. Semua ni paling kesayangan ni. Ok my dayang should be more than this actually. Tapi nak buat macam mana, semua yang dirancang takkan menjadi 100% macam yang kita nak dan impikan. Kehadiran mereka ni dah cukup buat hati saya bunga-bunga. Cukup mengindahkan! Cukup buat saya terharu dan tersenyum. Thank you semua. Wedding korang nanti I akan make sure everything would be puuurrrrfectto. Insyallah I will be there, beside you just like you all did on my day.

Dari bawah kiri ke atas lalu ke kanan bawah
Mira, Zaza, Dottie, Ainee, Yna, Syera, Wawa

Ok siapa yang tengah cari jodoh boleh habaq mai kat cek, dieowang ni semua baik-baik budaknya. Masih bujang. Ohh, Yna dengan Wawa dah berpunya ya.

KAMI DAH NIKAHHH!!!!




Ada lagi weyh! Silalah silalah silakanlah diri tu tengok lagi klik => BELOG HAFIZ. Tengok, tekan like and share. Hafiz memang photographer yang ohsemm dan hensemmm sangat. Wajib ambil sebab dia sangat humble, diam diam ubi berisi, peramah, suka suruh orang senyum kuat-kuat. Eeeee suka semuanya. Ok! Memanglah dia ambil gambar sorang-sorang, apa orang kata lone ranger tapi percayalah dia seorang dah macam 2-3 orang dah. Dia ada kuasa tau. Kuasa macam naruto tu. KUASA BAYANGAN! Insyallah lah moment tak terlepas. Harga pun affordable. Opss, harga jangan tanya I, tanya dia sendiri. He's friendly and balas email dengan kadar kelajuan yang maksima. Gerenti puas hati! Tak payah nak buat duit hire 2-3 orang photographer tapi hasilnya errrr....

Ok! Nak pergi balik blog Hafiz nak scroll atas bawak atas bawah sampai puas. Tak sabar nak tunggu reception belah I and bertandang belah Apek. Terima kasih Hafizudin. Sebab awak, kami dapat gambar cantik macam ni. Ramai orang suka.^_^

2 comments:

tqahmisdar said...

Hafiz memang terbaik.. >_<

Ainee Cumi said...

TQAHMISDAR: U pun amik kat dia ke??