2 hari lepas, wiraku buat hal. Bukan Apek, Apek tu my hero dan dia tak pernah buat hal. Im so happy with him. Wira ni merupakan I punya kereta yang telah menemaniku selama 2 tahun pemberian ayahku. Ehh ke dah 3 tahun? Tak berapa nak ingat dah. Kenapa wira? I bet u all pun mesti dah tahu kan jawapan dia. Sebab dia Proton Wira lah.
Wira ni memang tau selalu buat hal. Hari tu tayar belakang belah kiri lembik. Tak ada angin. Bila isi angin je asyik keluar je. I kan nerd so I asyik isi angin je sampai satu hari tu tayar tu memang dah tak boleh pakai dah. Dah keluar dawai. Lepas beberapa bulan, tayar depan belah kanan pulak pecah. Dah keluar dawai semua tapi I dengan Apek memang tak sedarlah sampai ada uncle kat kedai kopi kat ofis I tegur. Lepas dia dah buat hal dekat tayar depan tayar belah kiri belakang pulak buat hal. Haaa yang ini agak barulah. Rasanya sebulan lepas kahwin, dia buat hal. So adik tukarkan pakai tayar spare part dulu. Tayar spare part memang besar gedabak gila. Nak tukar tak ada pitih lagi. Ingatkan nak tukar keempat empat tayar sekali pergi tayar baru bila husband dapat bonus nanti but then tak sampai berapa minggu entah I pakai tyre spare tu, tayar depan pulak buat hal. belah kiri. Dia tak pecah tau. Bila drive rasa macam bawak kereta racing sebab gegar-gegar. Bila turun tengok tak lembik pun. Ok je. Lepas tu keesokan harinya, husband pagi-pagi cakap dekat I, "Yang, yang, tayar macam nak meletup wooo". Lepas tu I pun pergilah tengok. Memang lawak rupa tayar I tu. Nasib baiklah perasan kalau tak mau meletup masa pergi kerja.
Sekarang ni I dengan husband I tinggal rumah parents I sebab my mum tak sudi nak melepaskan anak dia ni pergi lagi. Kalau boleh dia nak semua anak dia tinggal sekali. Nasib baiklah semua adik beradik I cukup satu sorang bilik kalau tak mana nak tidur hoiii. Ibu! Ibu!
Kelebihan tinggal rumah parents ni semestinya ada banyak kenderaan lain yang boleh digunapakai jikalau kereta sendiri rosak kan. Makanya, tak adalah kelam kabut nak telefon ofis cakap kereta rosaklah apalah semua kan. I pun gunalah kereta awek adik laki I sebab kereta adik I ada dekat awek dia.
Balik je kerja tengok kereta yang biasanya I parking kat luar ada dekat dalam porch. Bukak je pagar tengok-tengok 2 tayar depan dah kena bukak. Ayah dah pasang tayar baru. Bukan tu je, ayah dah tukar filter dengan minyak hitam sekali. Haishh terharunya ada superdad macam ayah ni tau. Bangga tahu! Bangga! Tak payah nak hantar kedai ke apa, servis sendiri je sudah. Tapi ayah tak ada kat rumah time kiterowang balik tu.
Bila ayah balik ayah cakap "Kamu kena hukum. Denda tak boleh bawa kereta.". Haaa pulak? Asal?? Padahal dah tahu dah sebab apa. Kihkihkih. Sebab minyak hitam dah tinggal suku je. GILAAA!!!! Nasib baik tayar pecah, nasib baik tau. Kalau tak I bantai jalan jugak kompem enjin jem lagi seminggu. I ni bz sangat sampai lupa nak check minyak hitam. Lepas ni kena check tiap tiap hari Isnin. I promise myself. Thank you ayah, kalau ayah tak ada mesti akak susah. I love u ayah. U are my supergreat dad. Im so proud to be your daughter, Mr Joe Tiger. I cant bear the moment of losing you one day. Ok my teardrops right now. Yeah! AYAH IS MY WIRA TOO!!! SUPERWIRA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment