Thursday, October 20, 2011

Inai Kaki

Hari Ahad hari tu I ambil opah I dekat kampung. Semangat dia nak bermalam dekat rumah I awal-awal. Katanya dia dah upah orang tumbuk inai tapi I ni kan degil. I nak pakai malam sebelum nikah tu. Tapi hati mesti ada perasaaan ma, so cakap kat opah, "Kita inai kat kaki ya opah". And then opah pun setuju. Makanya hari Isnin tu I pun merelakan kaki I diinai.

SEBELUM


KETIKA
Seksa weyh berinai kat kaki rupanya, nasib baiklah inai kaki awal awal. Tips kalau nak senang inai kat kaki, make sure inai tu tumbuk halus-halus. Lumat-lumat baru dia senang nak lekat. Waktu I pakai inai ni, ada pulak lipas datang okay. Menjerit jerit I. Dah lah tengah malam pulak tu. Habis kena marah dengan ayah dengan adik laki I. Eeee dah orang takut nak buat macam mana, dieowang pulak boleh tengok je. Lepas tu sampai hari ni kena bahan dengan ayah. Tahi! Kesian opahlah, kena tempek balik. Kaki memang sangat susah nak inai. Tambah tambah yang keliling tu. Seksa I kena tidur dengan kaki terangkat.

HASILNYA
Tak berapa nak merah. Oren. Lepas tu tak sekata.



Dan semalam inai lagi sekali. Kali ni dah tobat dah tak nak inai lambat lambat. Kali ni pukul 9 lebih dah start inai dah. Hari tu pukul 11 baru nak start inai. Kali ni request kat opah nak inai sampai belakang tak nak inai kat bahagian atas je. Cam cacat. Lepas tu I ada lekat selefontape nak bagi straight tapi almaklumlah opah I tak faham apa kegunaan selefontape tu. Ayah I je faham.Tapi nasib baik straight. Sikitlah! Jadilah. Opah I yang inaikan. Kowang hado??

Tips kalau nak bagi kat tepi tu pun straight, lekat jugakselefontape okay. Lepas tu kalau jari kowang jenis rapat rapat silalah beli finger seperator tu. Alah benda tu selalu guna kalau buat pedicure ke kan. Haaa senang!


HASIL SEMALAM
Ok lah. Much better. Malas dah nak pikir. Lantak pi laj. Kat kaki je pun. Janji merah. Inai asli. Well!


Tangan tunggu malam nak nikah tu. Nak pakai sari atas pelamin yawww. Lepas tu nak saja nak lepak dengan kawan kawan sambil diinai. Kira rasa macma puteri rajalah gitu. Eeewahh!



Ni adik kecik I ni dah berinai siap siap dah kat tangan.

10 comments:

cha said...

h bagusnya opah ainee. ada ada lukis inai tak nanti?

Aida & Riana said...

serius seksa inai kat kaki...i ni dh la tak reti dok diam..kejap2 inai tu terjatuh..asik kena bebel dgn my sis..hahhaa

SitiHalisa [Lysa] said...

Wahh. Syoknye dah berinai. Seminggu je lagi kan kak ainee?
Mesti berdebar debar ^_^

sk said...

i punya inai kat ibu jari kaki tak habis lg. dah 7 bulan lebih dah kawen. hihihihi

Ainee Cumi said...

K.CHA: Tak tau lagi. tak decide apa apa lagi

Ainee Cumi said...

fainie_riz : Tau takpe. Seksa sangat. Tobat!

Ainee Cumi said...

LYSA: Tu lah. Lagi seminggu. Tak berdebar lagi. Kena tunggu malam harinya baru berdebar debar kot

Ainee Cumi said...

SK: Serius?? Lamanya

miss ika said...

ainee comel! jgn lpe letak selotep kat bwh setiap jari ye? so that nnt nmpak straight je inai kamu n cantek..:)

Ainee Cumi said...

KAK IKA: Opah aini degil tak bagi letak. Malas nak layan. Ahhahaha

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...