Baru je cakap pasal cincin Apek beli guna duit gaji pertama dia lalu melamar I Jumaat lepas. Tengok tengok esoknya cincin tu hilang. Sedih gila sampai sekarang. To be honest, I rela cincin tunang atau cincin risik yang hilang sebab cincin proposed tu sentimental value dia sangat tinggi. Sebahagian duit gaji pertama Apek ada dalam nilai cincin tu.
Tersedar bila dah sampai rumah Apek lepas dah shopping barang barang dengan Future In Law semua. Dalam otak tak terfikir langsung hilang dekat The Store waktu kiterowang main aci kejar tadi. Kalau tak kompem patah balik The Store time tu. Tapi nak buat macam mana, bila dah sampai rumah sendiri which is too late already. The store pun dah tutup so memang tak ada harapan nak dapat balik cincin tu. Semalam nak pergi cari balik tapi Apek sangat bz makanya tak adalah kami pergi mencari.
Dia macam memang dah rancang nak hilang sebab selama ni kalau joging memang takkan pakai cincin, hari tu tiba-tiba joging pakai pulak ketiga-tiga cincin. Pelik sangat! Sedihnya. Sampai hati dia pergi tinggalkan tuan dia yang sayang sangat kat dia ni. Apek cakap tak ada rezeki lah tu. ;((
Bye bye cincin proposed ku sayang, walaupun diganti dengan cincin bertatahkan berlian dan ruby, kau hanya emas putih belah rotan, kau tetap ada dalam ingatan selama-lamanya sebab kita dah bersama 1 tahun 4 bulan dah. Sekarang kau dah pergi, jari manis tangan kiriku rasa kosong sangat. Lagi 10 hari dah ada pengganti baru yang duduk dekat mana kau duduk selama ni. Sedihnya! T______T
U WILL STAY IN MY MEMORY FOREVER! I PROMISE.
No comments:
Post a Comment