Rasa macam lama sangat kan tak update belog. Memang lama sangatlah sebab bukan lebih daripada sehari tapi dah berhari hari tak membebel panjang dekat belog kesayangan ni. Mau tak kesayangan, satu satunya belog yang kita ada kot lainlah kalau ada belog sampai 2-3 ketul. Macam asingkan ok belog ni untuk belog cinta cinta, belog ni untuk kesihatan, belog ni untuk famili famili matters je ohh memang sampai setahunlah tak pergi balik belog yang satu ni kan??
Dalam banyak-banyak bebel ni just nak simpan dalam kenangan otak yang saya dah tak ada ibu jari buat tempoh terdekat ni. WHAT?? TAK ADA APA? YESS!!! TAK ADA IBU JARI DI KAKI KIRI. Paham tak?? Paham tak apa maksud ......... ok now boleh gelak. IBU JARI KAU KATA? Ibu jari tu adalah jari tau. Macam mana nak tumbuh balik kalau ibu jari yang hilang. Ok bukan ibu jari tetapi kuku di ibu jari kaki. Haaa barulah betul.
Bila tak ada kuku di ibu jari kaki, korang faham tak apa maksudnya? Maksudnya nanti kahwin tak ada kuku lah. Apek bakal berkahwin dengan insan cacat sementaralah macam ni. Maknanya saya ISTIMEWA lah kan?
Mahu lihat gambar?
Ok gambar ni sengaja kasi besar supaya korang rasa simpati lalu menyumbangkan wang ke dalam akaun I. Ni gambar selepas kuku dicabut. Auch!
Ceritanya begini ya anak-anakku sekalian. Tarik nafas panjang-panjang sebab cerita ni tak boleh dipendekkan tapi I dah pendekkanlah juga dan I guna font Arial so that tulisan jadi kecil so tak adalah rasa "Mak aihh panjangnya cerita dia ni". Ni pun copy paste ayat yang I paste dekat kawan I yang caring junior duduk jauh kat Kedah tapi masih ambil berat.
Makanya dengan mencabut kuku maka lenyaplah RM110 ku. Office cover RM40 je. Tapi sekarang I dah boleh berjalan seperti isan yang normal cuma yang tak bestnya luka tak kering sepenuhnya lagi so tak boleh pakai heels. As you know, I suka sangat heels. Lagi tak sakit kalau pakai heels untuk berdiri lama-lama daripada pakai sneakers. Melampau! Memang suka heels sangat ni. Sedihnya pakai selipar buruk-selipar jamban pergi ofis. Atas dah ok dah sekali tengok bawah, alahai selipar. Cacat penampilan.
Anyway, doakan kuku I tumbuh dengan cepat supaya I tak adalah sakit bila pakai heels time kahwin nanti. ok?
12 comments:
ngeeeerriiiiii la yunk oit. insyaAllah kuku u mesti cepat naik. kena selalu p membuang. hahaha.
Janji dah tak sakit..
Kuku tu nanti tumbuh balik..
dear, ngerinye...
huhuhuhuh. semoga cepat sembuh dan boleh pakai heels balik ye~
lame u x update ohhh..rhendoo.hope cepat sembuh..rindoo nak tgk u membebel kat belog u..hehe...ngerinye tgk pic tu!
baca pun dah terasa sakitnyeeee. klu i yg kena komfem suh doc tu pengsankn i ms die nak cabut kuku tu. hope u cpt sembuh
OSHINZ: Pergi membuang eh?? Tapi betul oh sejak takde kuku ni sihat je. Hari hari pergi kalau tidak seminggu sekali pun payah.
JAMIEL: Tau takpe. Yang penting boleh solat kalau tidak rasa berdosa yang amat. Dah boleh kena air dah. Dah tak sakit. =))
INTAN: Tu lah sepanjang MC ni nak stalk you pun tak boleh tau. Mesti u dah banyak update DIY DIY meletop kan
CIK NUT: Alolololo! Ada gak orang rindu nak baca I membebel. Ni yang terharu sangat ni. Ngeri sangat tau! I pun ngeri gak. Janganlah cakap pasal kuku dengan I.
ORKENDANZA: Amboih! Nak cabuts atu kiki habis nak pengsankan semua ehh? Sama macam I dulu waktu ada operation kecil kat hidung. Suruh doktor bius semua tapi doktor cakap tak boleh. Tu yang bila pasal kuku ni mesti tak boleh juga. Hahahahah!
I siap nak rakam kot dia cabut tapi lepas tu tak jadi sebab tak sanggup nak tengok sbb takut rasa sakit.
Sakit ke x huhu nk pg cabut xbrani -_-
Sakit opkos. Sakit gila. Menggelupur
Post a Comment