Tuesday, September 13, 2011

Ibu Jari Punya Kuku Ilekk!

Halu halu.

Rasa macam lama sangat kan tak update belog. Memang lama sangatlah sebab bukan lebih daripada sehari tapi dah berhari hari tak membebel panjang dekat belog kesayangan ni. Mau tak kesayangan, satu satunya belog yang kita ada kot lainlah kalau ada belog sampai 2-3 ketul. Macam asingkan ok belog ni untuk belog cinta cinta, belog ni untuk kesihatan, belog ni untuk famili famili matters je ohh memang sampai setahunlah tak pergi balik belog yang satu ni kan??

Dalam banyak-banyak bebel ni just nak simpan dalam kenangan otak yang saya dah tak ada ibu jari buat tempoh terdekat ni. WHAT?? TAK ADA APA? YESS!!! TAK ADA IBU JARI DI KAKI KIRI. Paham tak?? Paham tak apa maksud ......... ok now boleh gelak. IBU JARI KAU KATA? Ibu jari tu adalah jari tau. Macam mana nak tumbuh balik kalau ibu jari yang hilang. Ok bukan ibu jari tetapi kuku di ibu jari kaki. Haaa barulah betul.

Bila tak ada kuku di ibu jari kaki, korang faham tak apa maksudnya? Maksudnya nanti kahwin tak ada kuku lah. Apek bakal berkahwin dengan insan cacat sementaralah macam ni. Maknanya saya ISTIMEWA lah kan?

Mahu lihat gambar?


Ketika kuku masih ada


Ok gambar ni sengaja kasi besar supaya korang rasa simpati lalu menyumbangkan wang ke dalam akaun I. Ni gambar selepas kuku dicabut. Auch!


Ceritanya begini ya anak-anakku sekalian. Tarik nafas panjang-panjang sebab cerita ni tak boleh dipendekkan tapi I dah pendekkanlah juga dan I guna font Arial so that tulisan jadi kecil so tak adalah rasa "Mak aihh panjangnya cerita dia ni". Ni pun copy paste ayat yang I paste dekat kawan I yang caring junior duduk jauh kat Kedah tapi masih ambil berat.

Katil kawin aku yang ala ala english tu nak sampai pada hari Ahad tu makanya terpaksalah mengalihkan katil 2 tingkat aku yang besi tu ke bilik belakang. Time bukak katil tu ok tapi bila nak pasang balik, dia senget senget so adik aku si Iqa tu betul-betulkanlah nak bagi straight. Tiba tiba besi katil tu terkeluar dari landasan lalu menghempap kaki aku. Pandai pulak tu dia aim hempap kat ibu jari macalah tak ada jari lain. Lepas tu aku pun terkelu terdiam merintih kesakitan. Terus biru jari aku tu. Aku mmg nak pitam dah time tu. Jalan sikit pening laloq. Then pergi klinik doktor bagi dua option.

1) makan ubat-kuku tercabut sendiri tapi lambat
2) bius jari aku then cabut kuku aku and cepat sembuh

of course ah aku pilih option yang ke-2. Seminggu merana nak jalan semua tapi skang dah ok. Hari ni last aku balut. Tak nak pi dressing dah. Mahai! Biar tak berbalut. Biar dia kena udara semua, baru kering cepat.

Makanya dengan mencabut kuku maka lenyaplah RM110 ku. Office cover RM40 je. Tapi sekarang I dah boleh berjalan seperti isan yang normal cuma yang tak bestnya luka tak kering sepenuhnya lagi so tak boleh pakai heels. As you know, I suka sangat heels. Lagi tak sakit kalau pakai heels untuk berdiri lama-lama daripada pakai sneakers. Melampau! Memang suka heels sangat ni. Sedihnya pakai selipar buruk-selipar jamban pergi ofis. Atas dah ok dah sekali tengok bawah, alahai selipar. Cacat penampilan.

Anyway, doakan kuku I tumbuh dengan cepat supaya I tak adalah sakit bila pakai heels time kahwin nanti. ok?

12 comments:

oshinz said...

ngeeeerriiiiii la yunk oit. insyaAllah kuku u mesti cepat naik. kena selalu p membuang. hahaha.

Jamiel said...

Janji dah tak sakit..
Kuku tu nanti tumbuh balik..

intan said...

dear, ngerinye...

huhuhuhuh. semoga cepat sembuh dan boleh pakai heels balik ye~

Cik Nut said...

lame u x update ohhh..rhendoo.hope cepat sembuh..rindoo nak tgk u membebel kat belog u..hehe...ngerinye tgk pic tu!

Orkedanza said...

baca pun dah terasa sakitnyeeee. klu i yg kena komfem suh doc tu pengsankn i ms die nak cabut kuku tu. hope u cpt sembuh

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Pergi membuang eh?? Tapi betul oh sejak takde kuku ni sihat je. Hari hari pergi kalau tidak seminggu sekali pun payah.

Ainee Cumi said...

JAMIEL: Tau takpe. Yang penting boleh solat kalau tidak rasa berdosa yang amat. Dah boleh kena air dah. Dah tak sakit. =))

Ainee Cumi said...

INTAN: Tu lah sepanjang MC ni nak stalk you pun tak boleh tau. Mesti u dah banyak update DIY DIY meletop kan

Ainee Cumi said...

CIK NUT: Alolololo! Ada gak orang rindu nak baca I membebel. Ni yang terharu sangat ni. Ngeri sangat tau! I pun ngeri gak. Janganlah cakap pasal kuku dengan I.

Ainee Cumi said...

ORKENDANZA: Amboih! Nak cabuts atu kiki habis nak pengsankan semua ehh? Sama macam I dulu waktu ada operation kecil kat hidung. Suruh doktor bius semua tapi doktor cakap tak boleh. Tu yang bila pasal kuku ni mesti tak boleh juga. Hahahahah!

I siap nak rakam kot dia cabut tapi lepas tu tak jadi sebab tak sanggup nak tengok sbb takut rasa sakit.

hidayah noor said...

Sakit ke x huhu nk pg cabut xbrani -_-

Ainee Cumi said...

Sakit opkos. Sakit gila. Menggelupur

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...