Sekarang ni zaman moden. Moden ke? Moden tang mana entah. Ohh mungkin tang teknologi lah kot yang modennya. Macam dulu siapa pakai handphone dah macam, "Kaya siakk dia tu!". Sekarang ni apa ada hal, handphone siap boleh tukar tiap tiap tahun lagi, siapa yang banyak duit lagi ah, asal keluar baru je tukar, baru je tukar. Student sekarang ni minta je kat mak bapak kalau nak itu nak ini. Ditatang bagai minyak yang penuh. Nak handphone, bagi! Nak laptop, bagi! Nak PS3, bagi!
Ni yang tak faham ni, anak yang selalu dan tidak lokek meminta minta dari mak bapak. Kadang-kadang dah tahu orang tua tu tak ada duit, susah nak cari duit tapi rilek rilek je mintak. Dalam hati tu tak ada sikit pun ke rasa kesian? Tak ada rasa simpati ke? Memanglah asal kita minta duit je, mak bapak tak pernah mengeluh. Hulur je walaupun dalam kocek dah tinggal beberapa helai je. Tapi kita ni, kita ni sebagai anak manalah hati tu? Letak kat kaki ke sampai dah hancur kena pijak sebab tu dah tak ada hati?
Kesian! Kesian! Bukannya nak cakap diri ni baik sangat pun, duit belanja pun ayah still bagi sebab dia cakap saya ni masih dalam tanggungan dia selagi belum kahwin. Kereta pun ayah yang bagi, ayah yang bayar. Mungkin itulah sebabnya saya tak pernah nak minta lebih dari ayah saya. Kahwin pun guna duit sendiri dengan duit hantaran yang Apek bagi dan kebanyakannya Apek yang topupkan mana yang tak cukup. Ada yang kurang, tapi tu lah entahlah. Tak sampai hati nak minta. Kadang-kadang bila ibu ayah tanya semua cakap okay. Bila ibu tanya apa tak cukup semua okay. Bila ibu cakap nak beli cadar sampai 5-6 ratus, kita tolak sebab kita rasa tak perlu nak membazir sampai macam tu tapi dia tetap berdegil nak beli. Sponsor benda lain? Ada! Ada yang ayah dengan ibu sponsor. Contohnya katil kahwin yang harganya sampai RM4,500. Saya tak minta tapi mereka nak bagi. Hadiah kahwin katanya. Terharu kadang-kadang. Eh, silap! Bukan kadang-kadang tetapi selalu. Ya! Terharu kan bila di mana kita ni diperlukan tapi tidak mampu memberi apa-apa tetapi mereka, mereka itu yang entah berapa puluh ribu ataupun dah berjuta agaknya menghabiskan duit kat kita ni sanggup bersusah payah semata-mata nak tengok kita ni macam orang lain. Tak nak lah nanti kahwinnya sememeh je. Hal nikah semua ibu ayah sponsor kecuali pelamin. Mereka membeli, menghulur tetapi tak pernah mengungkit. Perasan tak?
Itu lah sampai sekarang tak faham dengan anak-anak yang tidak ada hati meminta dengan orang tua. Asal duit habis je, minta. Kalau minta selepas usaha tak apa, ini minta sebelum berusaha. Usahalah dulu kot kot ada benda benda part time yang kau boleh buat ke kan. Ataupun cubalah limitkan perbelanjaan tu, janganlah dok sibuk joli sana joli sini at least kalau ada balance boleh cakap, "Haaa minggu ni bapak tak payah bagi duit kat anakanda sebab anakanda tak boros so ada balance boleh guna untuk minggu depan". Wahh bunga-bunga hati bapak tu weyh.
Saya dah berazam, lepas je kahwin ni kalau boleh nak lah hulur duit kat ayah. RM100 pun jadilah. Bayarkan bil eletrik, bayar bil air. Mesti rasa puas masa tu sebab dah boleh bayar jasa-jasa ayah walaupun tak boleh balas apa yang dia bagi kat kita. Bayangkan dekat saya RM15 sehari. RM15x30hari=RM450 tapi saya sumbangkan RM100 je. Tu belum lagi adik-adik lain punya duit belanja. Total semua lebih daripada RM1500. Tak apa. Orang kata pelan-pelan. Nanti bila pendapatan pun dah bertambah, saya harap saya dapat sumbangkan lebih daripada apa yang ayah pernah sumbangkan dekat saya.
Ibu juga. Ibu yang tak pernah mengeluh sidai kain, masak, kemas rumah cuma akhir-akhir ni saja ibu agak malas nak masak, penat mungkin maka tugas memasak saya galas untuk 2-3 hari. Adik ketiga saya cakap ibu sengaja tak masak sebab nak bagi saya belajar memasak. Pandai lah dia, tau lah dia pandai masak. Tapi dalam kata-kata adik ketiga saya tu ada kebenarannya, sekarang saya dah boleh masak ikan masak asam pedas, sotong masak kicap, udang masak merah yang di mana sebelum ni saya tak tahu masak langsung. Balik balik maggi goreng, nasi goreng dengan spagheti.
Itu impian aku untuk mak bapak aku. Aku tahu korang pun mesti ada impian yang sama kan cuma cepat atau lambat je impian tu terlaksana. Iaitu membalas jasa orang tua dengan duit.
Satu impian. Satu suara. Satu malaysia. Ahahahah! Tiba-tiba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
2 comments:
samalah..
tak sampai hati nak mintak ape2..
tapi hrp2 lepas kawen masih mampu hulur duit tuk diorg..w/pun x bnyk..sekurang2 nya ada.. =)
ROSE: Tau takpe. Tu yang tak paham manusia yang tak ada hati ni suka suka hati je minta macam cop duit pulak.
Ohh macam Aini before kahwin memang tak bagi, lepas kahwin baru bagi. Kalau dia tak nak amik, nak masuk je dalam akaun dieowang.
Post a Comment