Wednesday, July 13, 2011

PROSEDUR KAHWIN PART 2 : UJIAN HIV


Hi hi. Wahh gagahnya je kan update kali ni.

ENtah kenapa tah rajin benau hari ni. Update je kerjanya. So kali ni nak cakap HOORAYYY dah settle prosedur kahwin yang ke-2 which is ambil ujian HIV. First sekali ambil kursus kahwin which I ada taip entri jugak kat sini. Lega gila bila dah settle ujian HIV ni. Dua-dua okay. Negatif. Ye ahh macam mana nak kena HIV kalau tak pernah buat tuttttt. GILA!


APA YANG PERLU DIBAWA: Diri sendiri & IC


Ok khas untuk orang Ipoh, ni I nak kasi share satu tips. Kalau nak ambil ujian HIV tak payah nak susahkan diri pergi Hospital Besar. Penuh! Ramai! I waktu datang pukul 8.20 pagi kena tunggu giliran 120 orang tau. Terus cabut. Bukannya ada buat ujian talasemia sekali pun. Buat rugi je. Masa I telefon dia cakap ada buat lepas tu bila I nak isi borang dia cakap tak ada pulak. Terus I ajak Mr.LuffLife pergi klinik dekat Jalan Bandar Timah.



TADAA!! Klinik kesihatan Bijeh Timah. Dia dekat pekan lama. Dekat Nashmir Riverfront. Memang kejap je buat. Macam waktu kiterowang pergi dia cakap lambat lagi sebab tengah buat ujian darah so dia suruh datang balik pukul 11 macam tu but before 2. Makanya, pukul 11 I dengan Apek pun datanglah. Memang cepat! Bagi IC then dia panggil, isi borang, bagi borang terus proceed then dapat result. Pantas! YANG PENTING FREE!



I pakai kemeja pink, Apek pun pakai pink.


NI lah bornag yang kena isi, simple je.

Lepas dah dapat keputusan, boleh balik dengan girangnya but before dat singgah kedai makan dekat Masjid Negeri.


.My Sugar Baby.


And yeah, settle. Bila I nak bukak surat tu Apek cakap tak boleh buka, tok kadi yang akan bukakkan. Sampai sekarang I tengah fikir betul ke tipu apa yang dia cakap tu. Macam tipu je sebab macam gelak-gelak waktu cakap tu. Takkan ahh tak boleh bukak. Apek cakap kalau dah bukak, kena buat ujian HIV lagi sekali. Dah lah sekarang ni tak tahu mana surat HIV tu. Balik ni kena cari. Ok daaa...

4 comments:

Fariza said...

sweet.
info berguna ;)

Ainee Cumi said...

FARIZA: Tenkiu! =))

Rai said...

hai ainee. nak tanyerh. ur cat n rabbit berkawan ker tuh? i have the same rabbit exactly like dat tp baru jer mati last 2 month. so sad. tinggal sekor jerh lagi rabbit. so cat n rabbit leh berkawan ker? xgado?

Anonymous said...

u takde hiv ker? hihi