Monday, February 28, 2011

PROSEDUR KAHWIN PART 1 : KURSUS KAHWIN

Seperti sedia maklum, I memang tak bertwitter ke beronline ke apa ke lah semua ke lah I tak buat Sabtu dengan Ahad hari tu sebab pergi kursus kahwin. Lagi tak tahu ke I nak pegri kursus kahwin? Habis satu kampung I bagitahu yang I nak pi kursus kahwin takkan tak tahu kot. OVER GILA KAN?


HARI PERTAMA

Yeah! First time expose gambar pakai tudung di khalayak umum. Oh mai G! Malunya! Bukan malu sebab bertutup, bukan! Bukan! Bukan itu maksud I. Malu sebab I tak reti pakai tudung, tersenget sana tersenget sini anak tudung tu. Mana tak sengetnya, memang fashion macam tu kan? Hihihihi! Dah lah I beli sampai 10 anak tudung ni kat Ayunar Hijab. Tapi memang best ahh anak tudung dia. Besar! Ni kat gambar ni pun dah ok sikit pakainya sebab Kak Aelin betulkan. (^_^)


HASANI MANAGEMENT
-Sinilah tempat I ambil kursus kahwin-

Gila ahh hari pertama ni, kelam kabut I dibuatnya. Kena bangun awal gila, biasanya I akan semayang subuh pukul 6.50pagi. I tau lambat gila kan? Mana ada lambat ahh, pukul 7 pun gelap lagi tau langit. So oklah tu. Tapi hari yang Sabtu tu, I supposedly kena bangun 6 tapi biasa ahh handphone I kan cacat dia tak berbunyi. Nasib baik alarm handphone lagi satu bunyi tapi lambat sikitlah dia bunyi. Dia bunyi pukul 6.30. Bayangkan kena sampai kat Hasani tu pukul 7.30 which is I only have 30 minutes to solat, dress up & makeup which semua orang tahu 30 minit memang takkan cukup bagi I. I kena ada masa sejam untuk bersiap if not memang kelam kabutlah dunia I. So dah siap-siap-siap-kabut-kelam-kabut, pukul 7.10pagi baru gerak dari rumah ambil K.Aelin. Apek yang merupakan seorang yang sangat punctual mesti ahh moody je kalau I terlambat sikit. Hihihihi! Then pukul 7.32 macam tu kiterowang sampailah kat Hasani. First sekali daftar. Then dapat fail.. Lepas tu terus naik bilik. I takde ahh snap gambar biliknya sebab I tengok I sorang je yang dok snap-snap pic dalam tu. Mesti orang dok bergosip cakap I ni buang tabiat ke apa kerja tangkap gambar je. =))


APA ADA DALAM FAIL?
1) 2 kertas kosong
2) Buku Bab-Bab Perkahwinan
3) Pen
4) Kupon makan RM4 sehari
5) Contoh borang mintak kebenaran berkahwin
6) Kupon cabutan bertuah
7) Borang penilaian


So overall oklah RM80/- dapat semua benda benda tu kan. Kiranya macam bayar RM50 kot sebenarnya bila dah tolak harga buku dengan kupon tu.


Ainee & Apek
Time ni rehat pukul 10pagi sampai pukul 10.30 pagi. Tengok! Senget benget kan tudung I. Ampun pak! Kena tuntut ilmu banyak-banyak dengan HudaLuna ni bab pakai pakai tudung ni. Dia hebat, nak senget, nak straight, nak tercacak cacak pun boleh.


Tadaa!! Inilah Kak Aelin. Kak Aelin ni kakak kat ofis I. Tudung I tu baru beli semalam tu. Bau kedai tu!!


Hari pertama oklah, not badlah cuma ada sorang penceramah tu je yang boring. Penceramah kedua memang best gila gila. Kelakar nak mampos ustaz kuala tu. Happening je. Gerenti tak boring. Lepas dah habis dengar silibis Form 5, serius weyhhh sebiji macam belajar waktu sekolah dulu. Kira macam ulangkaji balik je ni sebenarnya tapi maybe kali ni kononya lebih fokuslah. Cakap nak kawin kan?

Lepas dah habis semua kena bebel, pukul 6 macam tu kiterowang pi TownHall nak ukur keluasan dewan semua lepas tu nak dapat gambaran macam mana nak decorate the hall. Serius penat gila bila diri sendiri & pasangan yang jadi planner untuk kahwin sendiri tapi takpe janji puas hati. Lagi 2 minggu kiterowang akan bz brainstorm idea lah nampaknya.


Tengok betapa besarnya dewan ni. Macam mana tu nak cover? Macam mana? Cer cakap! Cer cakap! Dah macam dewan sekolah dah I tengok dewan ni tapi oklah sebenarnya. Not bad cuma tu lah siling dia tinggi gila.


Lepas dah ukur ukur semua, kiterowang keluar lagi. Pergi Jusco. Cadangnya nak jumpa Dottie tapi dia tengok movie lah pulak makanya kiterowang pun beli mesin rumput yang ibu pesan then beli sushi yang Iqa pesan then pergi KFC, Ipoh Garden untuk beli ayam ayam goreng yang Ibu pesan. Sudahnya, kiterowang ni jadi pesuruh je lah hari ni.

Apek si penternak lemak. KUAT MAKAN!

Ainee bagus sebab dia tak kuat makan. Minum karbohidrat pun dia tak suka. Dah lah time ni ada sowang budak pompuan kiut gila, rambut kerinting, debab & lincah cuit I. Lepas tu makan kat sebelah kiterowang. Alahai comelnya...



HARI KEDUA

So hari kedua, semangat pakai baju merah sebab nak pakai inner warna merah dengan hitam. Tengok! Inner pun pakai tak betul. Sepatutnya yang merah tu kena kedepan kan lagi tutup inner hitam kat pipi tu kan? Ehh ye ke? Sumpah tak tahu, bantai je lah.

Hari ni Kak Aelin drive sendiri. Hari ni pun tak rushing sangat sebab start pukul 8 pagi kan. Ok lah tu.

Apek duduk belah sana. Makin hari makin sayanglah kat tunang I ni. Concentrate nampak! I love u lah darling. Muahh!

I dengan Kak Aelin yang semangat nak dengar ceramah pagi-pagi tapi sebelum dengar ceramah jom tangkap gambar.

Hari ni tak ada ustaz yang boring yang melampau macam ustaz semalam cuma ustaz ni banyak cakap sikit. Dia pun mengaku dia banyak cakap sampai terbabaslah waktu rehat kiterowang sikit. Budak budak laki pulak dah macam zombie dah cakap laparlah, rehatlah. Nak bagi hint kat ustaz lah tu nak keluar rehat. Ustaz ni dia bincang pasal stress dalam rumah tangga then dia cakap "Haaa ni lah dinamakan stress. Lapa! Lapar!". Lawak gila ok.


Last sekali buat ujian. Serius tak payah nak tekanan sangat bab exam ni sebab serius senang gila. Senang gila ahh. Semua dalam A B C D. Kebanyakan soalan dia tanya kecuali kecuali kecuali.

Susah sangat nah amiklah jawapan I ni. I salah satu je. Soalan no. 7. I jawab A, jawapan dia D.


Lepas tu ustaz kasi pi rehat, pukul 3 naik atas balik ambil sijil.



Kiterowang rehat di bawah payung yang tak macam payung dah ni. Rugi je duduk bawah payung ni bukan ada function pun. Cian Apek kena panas sikit. Sikitlah tak ada lah banyak.

Ceria je muka tunang I ni amboiii.
Lepas dah minum semua, naik atas balik. Pukul 3.30 dah dapat balik dah. Best sangat. Dah dapat sijil kursus kahwin ni lega sikit. At least dah settle satu perkara penting. ($_$)
Duit pun rabak makin hari.


OK, ni nak share sikit tipslah ni.
1) Siapa tak tahan sejuk sila bawa sweater atau shawl
2) Bawa lotion sebab serius tangan jadi kering gila dalam hall tu
3) Bawa telekung sendiri, senang!
4) Kalau tak nak menderita dengan ke'SLOW'an air, nak ambil wuduk pun susah, cepat-cepatlah pergi tandas ambil kat sana. Kalau nak lagi senang, pergi je Masjid Negeri, bukan jauh pun.
5) Jangan makan kat kedai mamak. MAHAL!!! Makan kat food court tu. Bagi I yang agak memilih tempat makanan ni I tengok tempat tu oklah, not bad. Murah pun murah.
6) Siapa drive pi beli kupon untuk sehari punya siap siap.


Haaa tu je lah tips nak share. Overall, Hasani Management ni oklah. Tak bosan sangat. Rileks dan santai gitu.. Yang pasti bontot keras derr duduk lama-lama. So siapa tengah fikir fikir nak ambil kursus kahwin kat mana kat Ipoh ni bolehlah consider Hasani Management ni jugak ok?

1 comment:

nad said...

done!!!!hahaha tqvm babe!

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...