OK! Ini bukan pengantin sebenar. Ini bakal ya, diulangi BAKAL. Insyallah.
Ini barulah pengantin sebenar. Kakak saudaraku yang bernama Lieya. Takpe, kasi laluan dulu kat senior kahwin dulu. I bakal menjelma bulan 10 ni. Bulan 4 hari tu abang saudara I kawin. Lepas tu Kak Lieya pulak. Perghh berderet deret opah dapat cucu baru.
Ini pengantin otai-otai punya.
Atas dari kiri: Maklong (menantu) & opah
Bawah dari kiri: Ibu, Maksu & Maklang
Makngah je tak ada sebab dia bz. Almaklum ahh mak pengantin kan, surely ahh bz sikit. Dapat pulak anak saudara yang kecoh havoc tapi tak reti tolong ni haa.
Date : 3/6/11
Venue : Surau & Rumah
Meletup kan pelamin dia?? Sangat!! I suka sangat ok. Untuk b2b kat Ipoh yang berkenan bolehlah survey survey dekat Megoplex. Kedai akak ni kat depan jual barangan gym tu. Baju dia pun cantik-cantik gitu. Pakej dia pun murah sangat. Tak percaya? Boleh tanya dulu, mesti u all terkejut beruk macam I. I tak boleh ambil dah, kalau boleh ambil pun belah Apek sebab belah I kan dah booking kat Taiping tu yang pelamin sahaja dia charge sampai RM3500. Harap-harap vendor I tu pun buat cantik macam Kak Asyikin ni buat.
Hiasan bilik pengantin
Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. 9 dulang semuanya. Semua makngah I gubah sendiri. Cantik kan?
BARANG-BARANG HANTARAN
Cincin
Jaket, shades, wallet & belt
Toiletries
Baju melayu butang cina
Sejadah
Songkok & Sampin
Tuala
Set Minyak Wangi
Kasut
Haaa nice ehh?? Siapa siapa yang minat boleh ahh amik gubahan-gubahan ni for your own inspiration.
Ok, acara nikah mula pukul 4.30 bertempat di surau berdekatan. Lepas tu acara batal air sembahyang continue di rumah. TIPS UNTUK B2B, JANGAN LUPA SURUH PENGAPIT BAWA TISU BANYAK-BANYAK DALAM HANDBAG. Ni berdasarkan pengalaman I yang bukannya pengapit kak lieya tapi tukang sibuk ya dan adalah menggalas sikit-sikit sebagai event manager. Eeewah perasan kau, aini! Kesian kak lieya, dia menitiskan air mata sebaik sahaja lafaz nikah selesai. Ye ahh pengantin mana tak sebak weyh, couple sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah! Tapi I yang konon gangster ni mana ada tisu, tak gangster ahh bawa tisu weyhh, terpaksalah K.Lieya kesat air mata dia dengan tangan dia. Ye lah nak kasi pinjam selendang I, mahal ok. RM20. So ko kesat ahh guna jari kau tu! Ahahaha! Ingat ya, kalau awak pengapit sila jangan lupa bawa tisu dalam handbag. Banyak banyak banyak. Berguna untuk lap peluh di muka pengantin jugak. Buat pengapitku, Ain Salleh take note ya!!
Tengok! Dah cakap dah I ni tukang sibuk je. Konon pengapit lah duduk sebelah pengantin. Dah lah tu pakai tudung ala-ala Rosmah pakai tudung serupa tak payah pakai. Baget datin.
UPACARA BATAL AIR SEMBAHYANG
Berseri-seri muka pengantin baru kita ni.
WELCOME TO OUR FAMILY, ABANG ZAKEY
Kak Lieya pilih gelang sebagai pelengkap upacara batal air sembahyang ni instead of cincin. Tu kat jari tengah tu cincin merisik, kat jari manis tu cincin tunang. Butterfly jugak, sama macam cincin I. Taste sama you! Arghh tapi butterfly aku lagi cantik ya k.lieya dari ko punya, aku tak kira, aku nak menang gak.
Nak tunjuk gak opah kita yang comeyy ni.
Lepas habis majlis, biasa ahh I kan event manager, buat ahh mesyuarat tingkap. Alang alang dah berkumpul ni kan, jenuh I suruh bapak bapak dengan mak saudara I pakai hitam putih punya attire during my nikah time. Mak sedara on je, bapak sedara ni haaa liat sikit. Tapi takpe skang deme dah setuju. Love u all ahh aunty uncle. Baru ahh muda. Haa siapa siapa nak datang during my nikah time pakai hitam putih je, colour lain tak mo ehh. Nanti time raya kena remind deme lagi sekali. Ahahahah! Over kau aini. Well...
Lepas habis majlis, biasa ahh I kan event manager, buat ahh mesyuarat tingkap. Alang alang dah berkumpul ni kan, jenuh I suruh bapak bapak dengan mak saudara I pakai hitam putih punya attire during my nikah time. Mak sedara on je, bapak sedara ni haaa liat sikit. Tapi takpe skang deme dah setuju. Love u all ahh aunty uncle. Baru ahh muda. Haa siapa siapa nak datang during my nikah time pakai hitam putih je, colour lain tak mo ehh. Nanti time raya kena remind deme lagi sekali. Ahahahah! Over kau aini. Well...
Mesyuarat tingkap
Havoc ok time ni. Tengok tu sampai tangan tangan cekak pinggang semua ada. Semua ni candid by Iqa Joe.
And thanx to my honey bee for being with me 24/7. I love u so much, sugar. Cant wait for our turn this October.
And tahniah again to my cousin sister, Kak Lieya and Abang Zakey. Suka sangat the pelamin and the baju! Jangan lupa hadiah dari Bali untuk aku. Ahahahha! Biar hubungan ni berakhir sampai ke akhir hayat okay?? Haaa hadiah aku tu simpan lek lok dalam almari kaca.
2 comments:
U pn cntik mcm pengantin :-)
pengantin perempuan lawaaaaa
Post a Comment