MARI DEKAT MARI DEKAT! Haishh suka betul iklan ni. I dengan Ifa sejak tengok iklan tu lepas keluar dari bilik mandi je terus cakap ayat sheila rusly tu. Boleh pulak kan lepas mandi suruh mai dekat mai dekat. Nampak sangat taksub bila mandi berangan jadi seorang yang amat terer memasak lepas tu semua orang macam teruja sebab I terer masak. Tu yang keluar je bilik mandi terus cakap ayat tu. Orang lain kalau mandi sibuk berangan nak jadi penyanyi, kiterorang nak jadi chef pulak. SUKA HATILAH!
Dari hari Khamis nak update belog sebab teruja gila tengok SHOWDOWN 2010. I dah cakap Famous Crew sure terkeluar punya. TENGOK! MASIN MULUT I WOOO!! Part paling best, Floor Fever dengan HMC Phlow perli dieowang waktu start battle. Haishh malas nak ceritalah, korang tengoklah sendiri ulangan dia hari Selasa ni 11.30 malam kat 8TV. Sengkang matalah korang, siapa suruh tertinggal hari rabu hari tu. Mak tak tanggung yer nyah!
Dahlah Apek cuti 2 hari ni. Dia MC! Jatuh sakit sebab stress sangat. Boleh pulak macam tu? Nak tergelak I dengan penyakit dia tu. Tak best bila dia MC sebab I akan pergi kerja drive sorang-sorang. Eee tak best sungguh feeling tu. Kalau tak hari-hari pergi kerja dengan Apek, bestt woo pagi-pagi dah boleh bergosip, boleh gelak sakan, boleh buat satu benda kecik jadi lawak berpanjangan. At least, ada teman sembang. Ini I gelak sorang-sorang je dengar si Ean dengan JJ tu mengarfut dekat radio hari Khamis tu. Tapi hari ni best sebab Apek temankan juga I pergi kerja walaupun dia tak kerja. Heheheheh! Manja tak bertempat ehhh! Kena babab jugaklah si Ainee ni kan? Dan sebab I dah biasa sangat pergi dan balik kerja dengan Apek, I sampai terlajak balik lambat sikit sebab I ingatkan Apek ambil I, lupa pulak ehh yang I pergi kerja sendiri hari ni. Tengok kat depan ofis, ehh kereta saya ada kat depanlah pulak. OHH SAYA DRIVE SENDIRI RUPANYA HARI NI!! Lepas tu, terus balik pergi rumah Apek dan bawak dia pergi klinik. Lepas tu elok lah pulak ehh pergi Cyber Cafe, dia nak hantar design dia. I dah lama gila tak pergi CC so macam teruja gila pergi CC. Macam orang batak tak pernah dapat komputer. Tapi Apek lagi batak, pergi CC terus macam orang sihat je I tengok. I sampai pikir dua kali betul ke dia ni sakit? Siap kutuk dia lagi dengan Ifa kat wall FB. Biar dia baca!
Dan I telah diberi tugasan oleh kawan I si zaza untuk jaga hamster dia selama 2 bulan sebab dia dapat sambung Degree kat Skudai, Johor. U go girl, one step closer to reach ur dream! I akan jaga hamster u baik-baik ok!
Ohh! Esok pulak I nak pergi karaoke dengan Apek dan Ifa. Si Ifa gedik konon nak lepaskan stress sebelum menghadapi UPSR. Bangga I dengan adik I yang sorang ni. Walaupun 3 kali buat operation kaki sampai tak pergi sekolah 2 tahun, still dapat catch up apa yang cikgu ajar, sampai dapat jadi calon harapan UPSR. Sampai dapat no.1 dalam kelas. Haishh bangga! Bangga! Haaa UPSR buat betul-betul ok! Nanti superkakak kamu ni bawa pergi Genting ok!
ENTRI HARI NI TAKDE GAMBAR SEBAB MALAS NAK LETAK GAMBAR BOLEH??
OKLAH Bagi satu gambar. Gambar yang buat I rindu nak keluar sama teman-teman ni sebab bila keluar dengan dieowang, upacara kutuk megutuk antara satu sama lain tak menyebabkan kesentapan jiwa berpanjangan. Memang happening! Tak sabar nak keluar sama lagi hujung bulan ni. Yeah! We're off to Perlis baby!
No comments:
Post a Comment