Ada orang cakap muka I sebijik macam dalam gambar, tak berubah langsung. Salah sorang yang cakap macam tu kawan yang I dah tak jumpa 8tahun yang last jumpa waktu form 1 lepas tu macam rancangan jejak kasih baru jumpa tahun ni which is Ama Burung. Jangan kau ingat dia bela burung pulak. Ada orang pula cakap I nampak lain dekat luar, lain dalam gambar. Haa yang ni insan yang I kenal dalam belog, yang tak pernah jumpa lepas tu bertemu jodoh kat supermarket. Apadaaa! Siapa lagi kalau bukan Cik Huda Luna kita. Mana tak lainnya gila serabai I selekeh nak mampus time jumpa dia. Hehehe!
Kenapa kita boleh nampak lain dalam gambar, lain dekat luar? OK! Finelah bukan kita tapi I je yang dalam gambar nampak cantik, kat luar nampak huduh like ugly duckling. Me! Me! Me!
INI KERANA......(*&^%$#*&#@(&F#$%*&*K)
OK! Kenapa tiba-tiba mencarut panjang-panjang macam nenek tengah melatah? Sebab I geram betul dengan draft kat belog ni. I nak taip entri baru pun susah. Kejap boleh tekan Enter kejap tak boleh. TAK! Tak nak salahkan keyboard sebab keyboard sihat walafiat. Ini semua blogger.com punya pasal ni. Serius blogger.com punya pasal.
Whatever! Ok sambung balik..Kenapa I nampak lain dekat luar. Ye lah! Dekat dalam gambar nampak mak aihh mulusnya muka. Ehh ye ke? Dalam gambar nampak "Ehh cerahnya kau macam pakai fair & lovely". Dalam gambar nampak tingginya kau macam model u! Dalam gambar, anak mata kau besar macam barbie doll. Comel! Comel! Dalam gambar blerghh Finelah! Bak kata pendek, semua dalam gambar tak membawa kepada ciri-ciri sebenar dalam dunia realiti. Ok! Tang ni ayat nak sedih je kan? Boleh tak?
Sejujurnya, I memang tak edit langsung gambar I bagi lebih cerah ke kasi lebih gelap ke bagi kulit tu licin bak telur dikupas ke kan. TAK!TAK!TAK! Serius tak menipu nok! I tak editlah. INGAT I NI RAJIN? Tu lah korang, I suruh pakai kamera murah tak nak, pi pakai kamera DSLR mahal-mahal tu buat apa kan dah nampak segala kekurangan kecacatan kat muka. Haa lain kali pakai je kamera murah macam I ni, barulah dia tak dapat detect kau punya jerawat batu batan segala.Ye lah cakap megapixel dia rendah kan?
Tengok macam dalam gambar ni. Weyh! Serius weyh I tak edit langsung kot. Haa terbukti kan kamera murah memang bagus. Kalau I edit dah lama kurap kat pipi Apek tu I bagi buang. Ahahahaha! Mengamuk Apek ni kang I cakap bekas jerawat dia kurap. Lepas tu kan lepas tu kan I ni kalau setakat keluar pergi Jusco ke apa ke kan memang I tak rajinlah nak berhias lebih-lebih so paling busuk pun I akan pakai cekak, bedak dan eyeliner. Padahal hari biasa pun kalau keluar berdating dengan kawan pun asyik pakai cekak, bedak dan eyeliner yang sama. Boring gila! Rambut I selalu degil tu yang I malas tu nak buat bang tu. Maka kalau I pakai cekak nampaklah segala tumbuhan yang bernama jerawat atas dahi I kan. Dalam gambar ni I agak rajin buat fridge maka terlindunglah jerawat jerawat comel tu. See! Gambar tak menipu tapi tertipu dengan I ni haa.Camera pun boleh tertipu inikan korang. Lepas tu cahaya tu banyak sangat kat I tu sebab nampak cerah tu. Maka apa dalam gambar tu memang muka I yang sebenar kat luar masa tu juga. REMINDER EHH! MASA TU JUGA TAU! Sebab kalau hari lain maybe makeup tak segempak hari sebelum tu atau rambut tak sesihat hari tu. Ceewah ayat nak kasi Font Besar kan nak tegaskanlah tu yang diri sendiri bukan plastik padahal memang muka plastik sepastik semua ada kan?
Tengok! Dalam gambar ni nampak hidung tu macam mancung je kan. Mancung ke? Kulit macam mulus je kan. Tapi memang pun time ni kulit memang mulus. Ececececehh! Tapi tang hidung tu menipu betul! Tak mancung langsung ok. Ini dipanggil angle trick. Kena pandai cari angle baik punya. Kamera seperti biasalah kan, kena guna kamera murah. LAGI CIKAI LAGI BAGUS!
U see! U see! Nampak tinggi kan I? Ada rahsia tau di sebalik ketinggian tu. Cuba korang tengok tang kaki. Tengoklah semua orang lain semua pakai sandal. I je yang OVER pakai heels. Mana tak orang ingat I ni tinggi padahal I kemetot je. Karang jadi macam huda yang selama ni dia ingat I tinggi padahal I lagi rendah dari dia. Malu! Malu!
Ni waktu zaman hingusan. Muka semua suci je tanpa makeup. I suka zaman ni dulu sebab zaman sekolah, jerawat tak berani main dekat muka I. Laa ni semua nak main kat muka I je tak nak main kat muka orang lain. Geram betul! See! See! Lain tak muka I dulu dengan sekarang? Lain kot! Waktu ni kulit gelap tapi licin sekarang ni kulit cerah tapi berjerawat. Siot je kan? Tak boleh nak tengok I ni perfect sikit. Tapi sekarang ni dah pandai pakai bedak maka boleh tutup jerawat jerawat comel tu, dulu tak reti tu yang dia tak singgah kot.
Pendek kata, gambar tak menipu tapi cara tangkap, cara posing, mimik muka, makeup, prop. Eceh! Ada pulak prop kan? Haa semua tu yang memainkan peranan dalam mencantikkan diri baik dalam gambar mahupun in the real world. Weyh! Artis pun kena pakai makeup weyh kalau nak cantik, inikan I insan biasa. Bapak I cakap monyet kalau kita pakaikan dia gincu, maskara, eyeliner pun boleh cantik wooo. Perli I lah tu kan? Lepas tu, Apek pulak cakap I ni kalau cantik, cantik betul, kalau sakai memang sakai betul. Ye lah sedar diri siapa kan, merajuklah macam ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment