Wednesday, June 2, 2010

My Sugar Hairstylists Icon

Siapa lagi kalau bukan my baby RiRi ni. Amboi macam baby I pulak I panggil si mak cik Rihanna ni kan? I dari dulu lagi kagum gila dengan rambut dia dengan outfit dia sejak dia nyanyi lagu Umbrella tu kan. Meletup letup dia nyah waktu tu. Jom kita lihat transformation dia dari mula-mula dia masuk industri ni sampai sekarang ni. Zass! Layan!!!



2005

Muka ayu je. Comel je rambut lurus cenggini. I like!


Seperti biasalah kan dia ni kalau tak tukar fesyen rambut lebih dari sekali dalam setahun tu boleh kena sawan babi. Tak dapat cari gambar muka dia depan-depan dengan rambut kerinting ni kalau tak mesti gaya diva gila kan kalah Jasmine Hamid dalam Datin Wannabe.



2006

Back to straight hair baby. In any way pusing kanan pusing kiri, u look gorjes baby, trust me! ECEH! ADA GAYA KAWAN BAIK SEJATI TAK I?


Tengok! Bila dah lurus, nak kerintingkan balik. Macam-macam RiRi ni. I tak suka sangat gaya rambut ni. Erkk??


Ok! Rambut dah panjang sikit. Tapi macam serabut je. Macam sarang tebuan gitu, kalau I jolok rambut u ni kan Riri mesti dapat madu. Ehh macam mengata diri sendiri pula rambut macam sarang tebuan. (O_o)


Ini gaya rambut yang paling I tak suka.

Peduli apa kan dia ko nak suka ke tak, cakap rambut dia.

Weyh aku tak suka sebab dah larr lurus mencanak lepas tu panjang nak mampus. Hitam pula tu. Kalau si RiRi ni masuk audition jadi pontianak kompem dapat weyh lepas tu habis bungkus periuk nasi Maya Karin kang tak dapat berlakon jadi pontianak dah siapa yang susah? Pelakon Malaysia juga. Lepas tu tak payah cakaplah kan memang box office lah filem tu. Mana tak weyh mana ada pontianak luar negara lepas tu mana ada pontianak seksi meksi siap nampak lebihan lemak tuttt tutt tuttt tu kan? kan?




2007

Agak dia tahu kot I panggil dia hantu cepat cepat chop chop rambut tu jadi pendek. Eee comel! Comel! Gaya rambut ni memang tak ketinggalan zaman langsung. Until now pun ada je orang potong rambut macam ni. Gaya ni buat orang tua nampak muda, orang muda bertambah muda. Ececececehh! Like seriously ok! I pun bila rambut ni tengah meletup-letup I pun tak ketinggalan chop chop rambut I jugak. Dah nama pun icon kan?


Bila dah boring rambut lurus apalagi kerintingkan dia lah weyh. Seksi ok! OK!Rambut ni pun I dah buat. Hehehehhe!


Ok! No komen! Macam sama je dengan rambut kat atas tu cuma kali ni dia potong bangs then potong itu bawah kasi sama juga.



2008

Wahh style ni memang nampak fresh gila kan? Macam suci je. And yeah! I dah buat juga ini style. Time ni dia tak sloop tepi lagi. Semuanya I dah buat kan? Jangan kau jeles, kau ada buat ke?


Ini rambut sama je juz dia highlight sikit then kasi mencanak atas kepala.



2009

Kali ni dah takde dah nak highlight sikit-sikit. Sekali genggam dia bancuh itu rambut. MEMANG STYLE HABIS LAH KAU NI RIRI!



2010

Ok! Kali ni I konpius. Dia dah banyak kali sangat tukar colour rambut dia ni sampai I pun dah tak tahu mana satu colour rambut dia sekarang. Tapi yang I pasti inilah gaya rambut dia sekarang. As usuallah kan, lepas dah bosan dengan lurus tukar jadi kerinting. BANYAK DUIT KAU KAN NOK? BAGI BAGI LARR MAK NI SIKIT AIHH! Tapi memang powerlah style ni. I suka! I nak buat! Tapi Apek tak bagi, dia suruh I simpan rambut panjang. Haishh kalau ikutkan hati dah lama I kasi potong ini rambut tau. Tak tahan kot!!!!! Rambut sekarang ni pun I dah bosan, bulan depan I kasi iron. Maybelah! Doakan I banyak duit ok. =D



Idola, idola jugak weyh tapi tak nak I jadi mangsa fesyen. Karang tak pasal botak semua rambut I kang sebab asyik dok colour lepas tu iron lepas tu kerinting kang lama-lama kena kanser otak. Uishh nak mo! Nak mo! Tapi Rihanna memang my sugar icon. I love her style so much FULLSTOP, korang tak payah nak herdik-herdik dia ehh kang I bagi makan ayam cap kaki kang. Hehehe!

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...