**sigh(pagi-pagi dah mengeluh)
I penat sangat hari ni. Bukan sebab hari ni I penat tapi I penat sebab semalam. Kenapa? Sebab semalam I ambil cuti, tak kerja so aktiviti I semalam bosan gila sampai tak tau nak buat apa semalam. Nak berkebun cuaca panas, nak tidur cuaca panas juga jadi penghalang, nak itu nak ini semua panas. Mandi pun panas balik. Kalau ikutkan hati nak je I potong rambut I ni tapi tak boleh sebab nanti apek marah, kawan marah eeee semua orang nak marah so I kenalah bertahan untuk menjaga dan membelai rambut ni sampailah dia panjang. Ikutkan hati I ni dah lama I pergi salun tu cop cop rambut I kasi pendek ke tak pun pergi iron balik rambut I ni ke, apa-apa je lah janji bentuk dia bertukar tapi dah janji dekat diri sendiri nak simpan rambut ni lebih dari 6 bulan paling baik setahun sebab nombor satu tak adalah bazir duit I then nombor dua kalau rambut panjang muka akan kelihatan lebih ayu gitu.
Dan dengan terjadinya hari semalam, I ambil keputusan untuk menukar cita-cita I dari kecil tu. Alah yang I nak jadi suri rumah sepenuh masa then nak uruskan suami anak anak semua tu kan, haaa I dah tak nak dah jadi suri-rumah-sepenuh-masa tu, I nak jadi seorang wanita yang kerja yang aktiviti harian dia sama je pagi-pergi kerja-petang-balik kerja haa sampailah tulang semua reput. Melainkan rumah I tu ada kebun dekat sebelah rumah then husband ada harta 7 keturunan pun tak habis walaupun dapat dekat tangan I harta-harta tu (maksudnya harta tu kena banyaklah sebab kalau setakat cukup untuk 7 keturunan tapi bila dapat dekat I harta tu tetap habis maka tak dikira kaya) lepas tu kena make sure anak ramai supaya I penat layan kerenah dieowang macam bila salah sorang anak I cakap, "mummy!angah erak alam eluar..eee yek!!" so I bolehlah pergi cuci tahi budak yang tak reti guna tandas tu sampai I pengsan bau tahu dia. Tengok belum cuci lagi I dah dapat bau tahi dia sambil eja tahi jadi tahu.
Whatever it is, hari ni I lega sangat sebab dapat masakkan si Apek tu nasi goreng feveret dia yang dia dah mintak dari tahun lepas. Konon feveret dialah sebab I yang masak. Gedik je Apek tu padahal I beli bungkus bagi dia. Ehh tak! tak! Betul I yang masaklah. Apek kelihatan sungguh comel bila pegang mangkuk tingkat yang comel yang kadang-kadang warna biru kadang-kadang warna pink pergi office dia ok. Tengok! Dia tak segan bawa bekalan dari rumah untuk makan waktu lunch and breakfast. So kiut! Ehh tapi betullah mangkuk tingkat tu comel. Ok nanti I post gambar mangkuk tingkat comel tu tapi dengan syarat korang jangan nak gedik tanya beli dekat mana sebab ibu I yang belikan.
Between I ni ada penyakit pelik sikit ni, I tak tahu kenapa kalau I masak I tak pernah nak rasa sedap ke tak cukup garam ke terlebih garam ke. I tahu lepas dah campur bahan-bahan tu I letak dalam pinggan taraaaaa lantaklah nak rasa pahit ke payau ke tapi yang pasti semuanya menjadi. Agaknya itu salah satu resipi nak masakan sedap kot, tak payah rasa masakan sendiri waktu tengah masak tu. Poyo je kan I ni. Tapi bolehlah rasa lepas dah habis masak tu, melampaulah dah penat-penat masak tapi tak makan masakan sendiri tu. Haa siapa berani nak rasa masakkan I cepat bagitahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
3 comments:
(:
tkah: kenapa senyum? sebab masakan sedapkah? ehehheh!
haha bakal isteri solehah ni :P
Post a Comment