Thursday, February 25, 2010

Siapa cakap drama TV beri pengaruh buruk?


Wahh hari ni I pergi kerja pakai cekak. Warna dia hitam, lepas tu ada diamond diamond lagi atas tu tapi kebanyakan diamond tu dah tercabut sehingga boleh menampakkan bekas-bekas gam yang digunakan untuk tampal diamond tu. Gila buruk cekak I, mesti orang ingat I beli dekat jualan murah cekak longgok-longgok(sumpah susah nak eja perkataan ni) padahal beli mahal gila sampai RM20 sebelum dikaun 50%. Heh!

I terasa macam watak Naomi dalam 90210 pula hari ni. Iskhh dulu I ni gian dekat Gossip Girl sekarang gian dekat 90210 pula. Ofis I ni silap tak ada webcam macam ni kalau tak hari hari U all dapat tengok wajah busuk I yang selalu berangan memegang salah satu watak utama dalam siri-siri yang popular. Antara yang watak yang I selalu berangan:-


TAK! TAK! Bukan yang pakai baju warna warni tu yang I selalu berangan tapi yang sebelah dia. Yes! Nama dia Amanda dalam siri Ugly Betty. Gila rindu I dekat drama ni bilalah agaknya nak ada season baru. Dapatlah I berangan jadi Amanda tu. Siap boleh pinjam baju lagi kat MODE tu. Gila best, tak payah nak habiskan duit beli baju-baju cantik semata-mata nak puaskan hati sendiri supaya tak adalah asyik pakai baju sama je everyday. Sebab tu lah kalau korang nak tengok I pakai baju kurung everyday boleh je tapi sila sumbangkan lagi 220 helai baju kurung dekat I memang hari-hari I akan pakai baju kurung pergi kerja-kemas rumah-mandi. Kenapa 220? Sebab I dah tolak hari Sabtu dan Ahad, lepas tu I ada 20 helai je baju kurung. Sedih kan? Jadi jangan nak komplem banyak kalau asyik nampak I pakai baju tak cukup kain. Opsss!






Kan best kalau kerja I pun ada pakai earphone ni tak payah I nak terkejar-kejar pergi meja I kalau telefon tu berbunyi. U see macam manalah I tak addict dengan si Amanda ni punya dress up sebab jawatan dia pun sama dengan I. Kalau dah muka kita ni yang kena sambut customer memang sah sah kena jaga penampilan kan? Kalau muka selebet je tak konfiden I nak gi cakap "Good Morning sir. How can I help you?".

OK lagi satu siri yang I memang suka tengok baju baju yang dia pakai semestinya dalam drama GOSSIP GIRL


Tengok! Comel tak comellah dia. Comel gila!


Orang cantik pakai apa pun mesti cantik kan? Sebab tu I suka dia. Si Serena tu(macam dah kenal lama je panggil dia macam tu kan?), haaa si Serena tu kadang-kadang gaya dia ok kadang-kadang disaster juga I tengok dia. Itulah sebab I prefer si Blair ni dari dia.

Tapi apa-apa pun hari ni I pakai cekak macam Naomi selalu pakai dalam 90210. Tiba-tiba terasa I ni macam kembar dia pula. Adalah sikit-sikit. Ahahahahah!


Nah! This is my look for today. Korang bayangkanlah I yang dalam gambar ni. Letak tahi lalat atas bibir belah kanan(jangan besar-besar, kecik sudah) lepas tu korang gelapkan kulit dia bagi warna coklat, kening bagi tebal sikit, rambut bagi kaler coklat gelap ada highlight sikit. Haaa check! Anting-anting dengan cekak tak payah tukar. Dah iras-iras dah tu!

6 comments:

cha said...

naomi jahattt :P

Ainee Cumi said...

k.sasha: yang jahat tu yang biasa aini suka..heheheh!apa apa pun aini lagi suka silver

Unknown said...

dah lama tak tengok ugly betty

enyheartsdiamond said...

i suka gila blair waldorf..baju2 dia lawaaaaa!

Ainee Cumi said...

epal: tahu tak apa..dah larr hari tu i rasa macam nampak je muncit u dekat area rumah i tapi i tak pasti lahh tu dia ke tak kan..yang i nampak tu dekat kedai syed ampang..u tau ke?

Ainee Cumi said...

eny: kenapa taste kita sama erkk?hehehhe!

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...