Thursday, February 11, 2010

Ciri-ciri mesti dilihat sebelum hantar resume

I tahu mesti u all semua tengah dalam dilema sama ada nak sambung studi ke atau nak kerja. Tak kiralah untuk budak lepasan SPM ke untuk lepasan Diploma ke ataupun Degree. Sampai Degree je lahh I cakap sebab jarang orang nak sambung lagi lepas dah habis Degree. Ada tu mungkin ada tapi peratus dia sikit je. Ringkasannya biasa orang akan fikir SPM-Diploma-Degree-and yes kerja dapat duit dah penat belajar nanti sambung. Heh!

So I nak kongsilah tips tips yang perlu u all lihat sebelum hantar resume dekat majikan. I cakap pasal resume dulu tau yang lain lain tu nanti nantilah I tempek dekat belog ni. Tapi jangan pula korang lupa sebelum pergi interview mesti dan MESTI buat research about the company dulu supaya nanti bila dia tanya tak ada lah korang terkial kial nganga mulut sampai orang tu pun rasa nak lepuk.

And and mesti interviewer akan tanya definisi tugas untuk jawatan yang korang pohon tu. Contohnya! Kalau korang mohon jadi receptionist (kerja feveret I), cakaplah tugas tugas dia answer incoming calls, record outgoing and incoming mails, greet the customers dan macam macam lagi. Padahal I yang tengah kerja as receptionist ni, I rasa kerja I memanglah angkat phone tapi sambil tu buka Facebook, update belog(macam I tengah buat sekarang. Ahahaha!) and touch up makeup. Best tak kerja I?


Ok!ok! Mari kita sambung rancangan kita yang tertunda ni.

Fokus yer anak-anak di luar sana. Jangan menguap lagi. Adatlah ceramah free mestilah boring sikit.=))


1. Maklumat Asas (Basic Information)
-Maklumat yang diberi mestilah mengandungi semua maklumat penting dan something yang diharapkan oleh majikan.(pergh skema I nyah!)
-Contohnya dalam resume mestilah kena letak nama, alamat, no.telefon, education, experience. Kalau nama susah jangan lupa letak nama glamour supaya kalau nama korang macam Arnold Schwarzenegger(sumpah susah nak eja dan sebut) tak adalah tergeliat geliat lidah dia nak panggil. Tapi janganlah kalau nama Nuraini nak letak nama glamour annie, ennie, anny, rain. Letak je lahh Aini tapi poyolah nama dah senang nak letak nama glamour dah tu I ni lagilah annoying gila siap bagi contoh guna nama sendiri. Heh!


2. Bahasa dan Tatabahasa (Language & Grammar)
-Ini memang penting! Alah apa yang korang nak pening kepala. Suruh je ayah ke mak ke baca resume tu dulu before korang submit. Suruh dieowang berpura-pura jadi interviewer. OK! Mak bapak tak sporting, malas nak layan korang so carilah kawan ke jiran sebelah ke untuk check. Paling paling senang suruh lecturer ke cikgu sekolah rendah tolong semakkan. Korang kena make sure bebas dari kesalahan ejjann<=haa mcm ni tak boleh dah salah dah ni, ejaan mana ada double j.
-Then tak boleh salah tatabahasa macam past tense jadi present tense atau kalau dihadiahi tak boleh berserta barang sebab kalau dihadiahi mesti ayat dia kena "mak menghadiahi saya sekotak kotak." Tak boleh "mak menghadiahkan saya sekotak kotak" sebab kalau i kena guna benda hidup after that. Eeee benci benda ni masa darjah enam tau. Kenapa perlu emaknya itu menghadiahkan kotak dekat anak dia?


3. Layout
-Dia macam buat belog juga. Layout tu memang memainkan peranan utama. Dah sah sah memang yang interview korang tu akan baca resume korang so kenalah buat resume tu dengan menarik sekali. Uishh maksud I bukanlah masukkan gambar gambar comel tapi make it professional.
-Mari sini I bagi contoh.
1) Nama Nenek: Jane
Nama Datuk: Tarzan

Tengok! N tu tak sama posisi. Mana boleh! Mesti kena bagi sama posisi N tu dan dan titik dua tu pun kena bagi sama. Senang je kalau tak nak bagi setting lari, korang jangan guna spacebar tapi guna tab. OK? Lepas tu kalau boleh penerangan tu tak perlulah panjang panjang, make it short. Dan jangan lupa justify.
;)



HAAA, I NAMPAK U ALL MENGUAP! KALAU MENGUAP SAYA BATALKAN CERAMAH NI! I TENGAH UGUT NI! HEHEHHEHE!



4. Ketepatan (Accuracy)
-Maklumat mestilah tepat. Ye larhh cuba bayangkan korang bagi no. telefon salah kompem kompem orang tu nak telefon tak dapat kan? Haaa dah melepas tawaran nak dapat kerja.


5. Highlight Prestasi (Highlight Accomplishments)

-Kalau korang ada pencapaian yang boleh dibanggakan jangan segan-segan nak tulis. Tulis je! Tak berdosa pun malah lebih baik lagi tau. Barulah interviewer macam "Wauu! Hebat! Rugi kalau aku tak ambil dia ni kerja". Siapa cakap fresh-graduate tak ada prestasi yang boleh dibanggakan? Habis tu apa guna korang jadi presiden besar besar kat kolej tu? Haaaa highlight! Highlight! Gunakan kaedah kuantitatif untuk terangkan pengalaman korang. Boleh kiralah maksud I. Lebih jitu!


6. Penyelidikan (Research)
-Haa ini yang I sebutkan awal-awal tadi. Mesti selidik latar belakang company tu. Dia ada berapa branch? Siapa director dia? Apa dia punya main business? Bila korang dah buat research senanglah korang nak update apa yang penting untuk masuk dalam resume. Contoh korang nak apply jadi manager tapi korang tak ada pengalaman jadi manager tapi korang pernah kerja dalam bidang yang sama kan ke senang korang nak highliht accomplishments korang. Kiranya tak rugilah korang research. Baik untuk resume dan baik untuk interview nanti.


7. Customization
-Apa tu customize? Customize tu kiranya menyesuaikan resume tu dengan bidang yang korang nak mintalah. Macam mana bagusnya resume korang disesuaikan dengan pekerjaan yang korang apply tu.
Alah macam customer customization kan ke customer boleh mintak product yang dia nak. Contohnya kita buka business tee-shirt tapi kita ada provide customer customization service yang merujuk customer boleh minta nak cop atau tulis apa kat T-shirt dieowang tu. Paham dok?


Haaaa itu je lahh yang I dapat fikir kan sekarang ni. Haaa hopefully dapatlah tolong u all perbetulkan apa apa yang perlu dibetulkan dalam resume tu padahal resume I pun tunggang langgang. Ahahahahha!

LAYANNNN!! ZASSS!!!!

2 comments:

enyheartsdiamond said...

sumpah mona gedik gila..mata sepet da betul..higung macam tengkorak pny hidung :D

wahahahaha :D

Ainee Cumi said...

eny: pergh buruk gila! tak tahan

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...