Friday, February 12, 2010

Cinta Balqis ke Cinta Na O Mei


Lepas je cerita Cinta Balqis yang I rasa sangat best dan menyentuh hati timbul pula cerita Na O Mei. Ok! Mula-mula memang macam tak terigin langsung nak tengok tapi sekarang dah gian sebab Adi Putra berlakon. Best ok Adi Putra berlakon. Comel gila dia dalam tu. OK! Korang geli jangan baca lagi nanti korang akan rasa gatal-gatal satu badan kalau korang teruskan. I tak tanggung ok, I tak ada duit nak sumbangkan. I dahlah kurang berduit perut sakit pula tu.

Yang kelakarnya, tadi waktu I jawab telefon(ye larhh I kan receptionist), ada banker tu nama dia Na O Mei. Ok! Tiba-tiba I macam terkedu sampai tanya dua kali. Lepas tu dah confirm memang nama tu yang dia sebut I pass dekat person in charge. Tengah I terfikir-fikir dia telefon lagi, kali ni dia bahasakan nama dia O Mei. Adakah dia terkena demam cerita akasia yang baru mula ni ke atau memang itu nama betul dia. Korang ada ke kawan nama Na O Mei? Kalau Naomi tu memang adalah tapi Na O Mei memang I tak pernah dengar lagi larhh dekat Malaysia ni. Yelah panggillah I ketinggalan sebab I memang suka jadi orang ketinggalan zaman, handphone pun tak ada MP3 lagilah tak ada kan jadi apa kata korang bagitau I ada ke nama tu di kalangan kawan-kawan korang? Comel pula I dengar nama O Mei tu, macam nama anak kucing. Miow! Miow!


OK! Adi Putra waktu remaja. Baiklah bukan u all je geli, I pun. Tapi tak apa sekarang dah hensem gila. Lakonan pun mantap.

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...