I tak tahu kenapa orang yang I percaya tu buat I macam ni? Kawan I tak tahu lagi benda ni sepenuhnya, insyallah I akan pergi rumah dia minggu depan dengan rakan lagi satu untuk menjelaskan situasi. Doakanlah dia tak ditutupi dengan selaput syaitan yang telah dibina oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Orang lain tak tahu situasinya, bukan I yang mulakan dulu tapi dia. Dia yang paksa I bercerita bila I dah cerita untuk meluahkan perasaan dia tambah api lagi maka I pun lagi panaslah mesti dan dia memanggil kawan I itu jalang. I yang bodoh ni pun terikut lar. Ampun ya sahabat! Aku cuma terikut tidak berniat langsung untuk memanggil kau sedemikian rupa. Hati tengah panas membara kan?
Sebenarnya I dah tahu perangai perempuan itu yang kaki memecahbelahkan orang dan memang menunggu point untuk memusnahkan orang lain tapi I bodoh kononya dia dah berubah tapi sedikit pun tak. I percaya ayat yang dia cakap "u can trust on me. Aku takkan bagitahu sesiapa".. Padahal dia yang nak sangat dengar, I tak nak bercerita sebenarnya tapi I cerita juga. Bodohnya Nuraini Ismail Johari ni.
Nasihat I untuk korang kat luar sana jangan percaya dekat sesiapa pun. Kalau tak tahan sangat nak bercerita kemarahan korang dekat sahabat korang jangan bercerita dengan orang yang mengenali sahabat kau itu. Ceritalah sama tuhan. Kalau beragama Islam ceritalah sama Allah. Lagi bagus, lagi selamat daripada cerita dekat insan yang kita percaya tapi dimusnahkan kepercayaan itu. Kalau musnah untuk kebaikan tak apa ini lebih kepada kehancuran.
I ambil nasihat dari kawan I, tak payah nak cuba pulihkan hubungan orang lain. Yes! I selalu macam tu(pulihkan keadaan wannabe) tapi apa yang orang buat kat I? Dia pecahbelahkan I ada lah. Kenapa dia tak kasi nasihat dekat I? Kenapa dia tak sejukkan hati I masa I tengah panas? Kenapa perlu dikhabarkan hal yang I cakap dekat dia pada orang lain sedangkan dia dah berjanji?
Then kawan I lagi sorang kasi nasihat suruh abaikan and ikat ketat ketat ayat dia dalam otak iaitu "KALAU ORANG NAK KAWAN KITA KAWAN, KALAU TAK NAK KAWAN SUDAH".. Tapi I tak bolehlah macam tu memandangkan this is my first time gaduh dengan kawan. Bayangkan umur dah 21 tapi this is her first time bersalah faham dengan kawan. So ketinggalan zaman! Masih banyak pengalaman yang perlu ditimba.
I rasa nak delete Facebook and mulakan hidup baru. Tak nak communicate dengan kawan dah. Kita tak kenal siapa manusia kat luar sana yang menunggu masa je nak musnahkan kita. I hanya cerita pada manusia tu je tapi kawan I cakap I dah cerita kat ramai orang. Tak! Itu semua pembohongan. Kalau orang lain tahu pun sebab orang tu yang bercerita, bukan I sebab hanya dia je yang tahu. Dahlah tak pandai sejukkan hati I. Orang lain semua suruh I bincang bukan tambah api. Ms. SS tak bersalah. Dia baik. Dia suruh I bincang dia bukan suruh I burukkan orang lagi tau so jangan salahkan dia. Dia tak tahu pun pasal cerita ni.
Neway Im Sorry For All My Fault in The Past Year. Please bagi I peluang untuk menjadi orang yang lebih baik pada tahun ini.
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...