Tuesday, November 24, 2009

rumah idaman

I tak tahulah I ni terlebih matang ke apa tapi fikiran I selalu nak ke hadapan.
Nak jadi orang kayalah, nak ada business sendirilah, nak jadi moyang before 23lah.
I selalu setkan satu goal untuk I achieve dalam hidup I.
Kali ni goal yang I nak achieve masa umur 23 telah difast forwardkan macam tape dan goal tu dapat I achieve waktu umur 20.

I selalu ingat 20 tu dah terlambat untuk kecapi semua yang I impikan but actually IM STILL YOUNG. Too YOUNg! Itulah orang selalu cakap bila I sebut umur I and Im not a kind of person yang suka orang guess umur sebab nanti kalau dia salah teka and dia cakap,
"I rasa umur u 45 kot."

Maka, sia-sialah usaha I pergi facial setiap minggu, tempek tepung gomak kat muka, makeup mahal mahal, rambut kalau boleh tak nak kasi nampak uban, pergi Yun Nam Haircare untuk cover kebotakan, suntikan botox dan aktiviti sedut lemak yang dijalankan setiap bulan.


Goal yang I tanam dari dulu sekarang dah tumbuh pucuk tak lama lagi akan berbuah. Akhirnya I akan memiliki rumah sendiri dengan duit sendiri pada umur 20tahun. T_T
Terharu dengan diri sendiri tau!

Siapa jadi husband I lepas ni tak payah penat fikir nak beli rumah sebab I da providekan
just tolong bayar tiap-tiap bulan je. Then lepas u da tolong bayar sampai habis, I ceraikan u then beli rumah lain yang lebih besar then kahwin lagi satu lepastu dia da bayar sampai habis I ceraikan lagi lepas tu blablablablabla I malas nak cakap sebab baru I sedar rupa-rupanya talak lelaki pegang. CIss!

I selalu berangan nak rumah cornet lot untuk buat zoo, taman bunga, kolam renang and macam macam lagilah. Ataupun macam dalam Farmville, boleh tanam tanam sayur then tak payah bazir duit beli sayur dekat pasar sebab kalau nak masak ulam pucuk paku diraja, ulam tu dah ada belakang rumah.
Tapi tak ada rezeki sebab porch bakal rumah I tu pun kecik sahaja. Maybe boleh tanam pokok cili api je.TSK!

Jadi di sini I da google untuk I jadikan rujukan bila rumah itu telah menjadi hak mutlakku..HAHAHAHAHAHA!

PORCH DEPAN RUMAH


Suka sangat sebab ada buaian tu tapi mana nak muat letak buian tu dekat porch dengan kereta 5biji lagi jadi terpaksakah lupakan hasrat nak bermanja manja dengan husband di atas buaian. Kenalah beli bu-a-yan- baby yang ada mesin enjut otomatik tu sahaja!


Yang ini memang feberet. I love the lamp konsep and tumbuhan yang menjalar tu. With the white concept wahh sangat sucilah di pandangan mata I tapi I akan delete meja makan tu and gantikan dengan teratak or buaian kecil. Except kalau I nak buat candle light dinner ke kan, memang habis satu rumah I letak lilin wangi wangi.


LIVING ROOM

actually Im thinking of black and white, suddenly teringat dekat pet society terus interested in vintage.


Tengok COMELnya vintage but then my mind bertukar nak white n black theme pula. Eeee mengada ngada pula otak I hari ni.


Yang ini putih je banyak, mana hitam?*wondering


Tengok gambar ni terus I jatuh cinta. Apek please decorate our living room like this boleh tak?


And here is my feature wall. I suka sangat dengan gambar dats why dekat laptop I ada beratus ratus folder I dengan apek, I dengan famili dan I dengan kawan-kawan. Picture brings my memory back sebab I ni sangat pelupa jadi harus letak gambar dekat living room.


DAPUR
Sejak I addict dengan Pet Society I nak sangat dapur warna merah tapi bila Pet society keluar barang baru yang berwarna hijau I jadi sangat interested in dapur yang berwarna hijau. I rasa dapurlah ruang yang paling I minat sekali sebab itukan tempat masak jadi kena ada mood untuk masak sedap sedap supaya anak akan cakap "You are the best mummy cooker in the world". Then I akan senyum bangga sambil lihat buku-buku resipi yang I dah susun baik punya atas rak dan cakap dalam hati "Terima kasih buku."



Simple.Cantik. I suka.


Jengjengjeng! Inilah dapur Pet Society I. Kacak tak dapur I?


Tengok moki yoki happy sangat sebab I tak pernah lupa bagi dia makan. Dia comel sangat jadi tiap tiap hari wajib pelok dia. Jadi siapa nak jadi haiwan peliharaan I?


Dapur hijau lagi. Im IN LOVE woott.



Tapi bila terpandangkan dapur merah yang superb menarik perhatian ni tiba-tiba rasa warna merah lagi suit me well. Korang rasa mana lagi cun? Hijau ke merah?

Sudahlah, hari ni I ganti puasa jadi tak boleh search bathroom ke BEDROOM apa nanti terkeluar gambar tuttt tutt tutttt. then tuttttttttt lagi panjang panjang bunyi tuttttt I.

And I sebagai maskot Mcd yang rambut warna merah kembang kembang tu nak habaq mai kat semua warga Bumi yang Mcd dah keluarkan burger prosperity dan I kini tidak memboikot Mcd jadi sesiapa nak belanja I boleh. SILAKAN! Nak salahkan kawan-kawan sebab I da tak tegar boleh tak? OK! I tau iklan dah keluar tapi I sendiri tak pernah tengok lagi jadi nak poyo ishtiharkan juga.

18 comments:

Qdq Qrpq said...

Betul ke kau nak beli rumah weh?
Share dengan Apek ke?

Qis said...

Whoa! Gila sempoi! Hitam putih lah simple dan kemas. Haaaaa,you nak beli rumah kat mana?

sasha* said...

akak nak buat tema hitam putih.kawen pn tema hitam putih gak hee (^_^)V

NIMI said...

qdq: tak lah aku sorang je..=)

NIMI said...

qis: tu r smart kan hitam putih..i suka!

NIMI said...

k.sasha: perghh!aini mula mula nak warna hitam putih tapi tiba tiba change mind nak kaler putih pink larhh..hehehhe!

sasha* said...

hihi putih pink ok gak.tp akak mmg dh plan dgn kazaa hitam putih.wahh mak akak bising kate mcm nk berkabung hahah

NIMI said...

k.sasha: itulah pasal..aini pun igt mcm tu dats y tak mau buat putih hitam..cakap pasal kawin, bila nak langsung?

♥miszluna™ said...

gila berangan..

living room hitam lawa..

dapo merah lg lawa..


err..

jom mcd!

Arief Arf said...

bagus bagus.
beli rumah.
good investment.
nanti dah kawin senang.
haha

Nova said...

Agak agak ada bajet lebih, bolehlah belikan satu untuk saya. Nampak macam menarik jer. Hahaha!

cik farra said...

wahh . menarik . klu raya ari nk dtg . ta raya pon nk dtg jugak . haha

bilik tidur tade kew ? :D

NIMI said...

huda: ahahahh!mesti r berangan..jom!jom!bila?sabtu ahad ni jadual penuh..hehehehe!ahad depan nak?

NIMI said...

arief: husband i larr senang kan?/hehehehe

NIMI said...

nova: ecececehh!mana ada budget..budget da lari sangat da

NIMI said...

farra: hehehhehe!okies ntni raya tahun 2011 datang r..owhh lambatnya kan..=))

bilik tidur kan aini cakap censored

cik EPAL said...

rasa macam nak kahwin pulak baca entri ini...huakaka :D

NIMI said...

epal: ahahahhah!noti..kenapa tak rasa nak beli rumah sendiri?

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...