Tuesday, July 28, 2009

kawan yang baik memang susah nak cari

happy monthnivesary yang ke-47 b!!



masuk hari ni dah 9hari my apek tua menyelam hari-hari bergelar seorang yang berumur 20tahun. selalu bangga diri lagi muda dari saya, tengok sekarang anda pun sudah mengikuti jejak usia saya. =p


mula-mula cadang nak celebrate dekat KLlah then tukar plan nak celeb kat IPOH je but last-last celeb gaks dekat KL. ni semua gara-gara enna banana dan Bfnya, Fatah. sumpah tak nak pergi Kl tu sebab satu sen pon takde gila apa nak pergi. kenapa saya kata kawan yang baik susah nak cari? enna banana sanggup bank in RM50 suruh saya pergi beli tiket sebab nak suruh saya datang jugak KL jumpa dia then siap nak support segala makan dan minum, tapi saya faham dia pon student jadi saya telah membayar segala perbelanjaan pada 25/07 (IYE SAYA TAU SAYA SANGAT KOMITED DALAM MEMBAYAR HUTANG!!JADI JANGAN RAGU-RAGU MEMINJAMKAN DUIT KEPADA SAYA!)

FYI, saya dengan enna banana kali terakhir jumpa bulan puasa tahun lepas (MAKNA DAH SETAHUN LARR!!). itu baru enna banana belum qodoq lagi, da bertahun tahun tak jumpa.


AT LAST, SAYA AKUR! LEPAS JE HABIS KELAS MANDARIN TERUS PERGI STESYEN KERETAPI NAK TENGOK ADA TAK TIKET UNTUK ESOK!!punyalah excited.


tapi kami terpaksa akur sebab kena tunggu keesokan harinya untuk beli tiket keesokan hari


jadi...













KEESOKAN HARINYA....







YESS!!!

kami dapat beli tiket. kami kini menunggu ketibaan tren tepat jam 10.59 pagi. sengal je kan?alang-alang letak je lar pukul 11 apa susah. dahlah tiket mahal. RM22



apek dengan karipapnya yang sangat besar dan sangat sedap.
HARGA : RM1.50 SAHAJA
TEMPAT DIJUAL : kedai kek dekat taman ampang sederet dengan 7E



SUASANA DI DALAM KERETAPI
padahal itu Apek membawa kek dan cupcakes nya sendiri (GATAL NAK CAKAP SUASANA). kesian bakal bday boY kena dera.


sebaik sampai, kami telah dijemput oleh si pasangan lucah, qoyi dan qodoq. tengok!!anda sanggup ke drive dari cyberjaya semata-mata nak ambil saya kat central??dah larr tu minyak FREE!!giler susah nak cari kan?kan?


DESTINASI PERTAMA di HARI PERTAMA

baca sendiri!ada mata, ada hidung, ada mulut tentu anda boleh baca kan?

tapi kami semua lapar, jadi berhasrat nak mengisi perut di FOOD COURT , PAVI..


AMARAN
2 gambar berikutnya jangan dipandang lama-lama kerana boleh mendatangkan kegoyahan iman




















NASI GORENG NANAS
pakar pemakanan : ainee


NASI GORENG PATTAYA
pakar pemakanan : apek

TERGUGAT TAK IMAN?? (tau dah!!tu yang pesan awal-awal tu!!)





tengok punya pelahap mereka semua ni? tengok je larr mulut apek, da macam bontot ayam nak mengeluarkan tahi


ehh lupa nak perkenalkan pelakon pelakon tambahan drama
"SUPRISE PARTY TAK JADI".

SIAPA TAK KENAL PASANGAN INI SILA PENGGAL KAPLA SENDIRI!
apek jual sayur & ainee ketua pari2


fatah si pendengkur & enna si banana


qoyi & qodok (haiwan peliharaanku)

dah penat berjalan, tak shopping apa-apa pon sebab sedar diri yang kami TIDAK BERDUIT (bukan salah kami, kami kan pelajar SAHAJA cuma mengharap duit PTPTN kecuali qodok&qoyi)


BAYANGKAN KALAU KERETA UNTUK 5ORANG TAPI SLUMBER NAIK 6ORANG akibatnya terpaksa ditanggung oleh pasangan di bawah

PESANAN PENAJA : lainkali beli MPV senang nak angkut kami yang besar-besar ni!

***********************************************************************************
KENDURI HARI JADI FOR MY MASHAM BOI

tepat pukul 12tgh malam
kami bergerak ke KOPITIAM cyberjaya memandangkan rumah qodoq pon dekat CYBERJAYA. kat sana saya tak berhenti-henti wish my B supaya saya berjaya menjadi orang pertama wish dia DAN akhirnya saya berjaya!!hooray!!


cute cuppies for my busuk boy. cantikkan??saya design sendiri. nak beli? kunjungilah dmuffins dan jangan lupa sebut nama saya ok!!hehe=D


CHOCOLATE MOIST CAKE for my bday boy.
tengok akibat tak nak kasi apek tengok kek dia sampai pukul 12malam, kek pon da cair. so apek pon tak nampak tulisan "APEK DA TUA". sedap! kalau nak boleh order kat blog ni.


SUASANA DI KOPITIAM, CYBERJAYA

ya!! saya tau saya menyibok padahal apek ada tangan nak potong sendiri kek dia











ainee's & apek's

semua perbelanjaan makanan di atas ditaja oleh qodoq kecuali cc & cakes(IPOH MADE TU!!). haa kan da cakap KAWAN YANG BAIK MEMANG SUSAH NAK CARI. tenkiu qodoq baby!



HARI KEDUA iaitu pulang time!


PESANAN PENAJA KALI KEDUA
pemanasan enjin itu penting untuk kelancaran dalam pemanduan



tengok beg enna, dah rupa orang nak pergi haji



memasukkan segala keperluan di dalam but kereta (ABAIKAN APEK YANG CACAT!!)




DESTINASI BREAKFAST SAMA SEPERTI DESTINASI MAKAN MALAM SEMALAM

dah rupa makcik tipah dah si qodoq. nak bergosip dengan apek larr tu



wajah asli tanpa secalit bedak mahupon debu pasir
NATURAL UGLY!!



kat mana-mana mesti haiwan peliharaan saya ni yang ambil order. memang saya train macam tu dari kecil supaya menghormati rakan yang lain



tengok!!si pura-pura padahal qoyi dah tolong orderkan


and for MY ICE TEA, once again saya nak ucapkan tahniah di atas keberjayaan kita mendaki bulan sebanyak 47kali and hepi belated bday baby boii..ILYSM mr.caring!!

Thursday, July 23, 2009

perihal interview tadi

kompem tak dapat TAPI saya suka sangat sebab saya dapat tips dan ILMU..

18/08 ni ada interwiew government lagi sebagai pembantu tadbir undang-undang..
yang pasti saya akan melakukan persediaan yang lebih awal..
alhamdulillah rezeki agak murah and interview tadi memang FUN!!

Tuesday, July 21, 2009

kehidupan di kolej memang tak seindah yang kita bayangkan

ok!
tajuk pon da panjang nak mati apatah lagi entri dia but i will try to make it short
*wink



ceritanya macam ni, para pelajar di COSMOPOINT IPOH terpaksa memaksa diri menghadiri satu majlis tah apa apa supaya dapat 10% atau 20% atau LEBIH DARI ITU punya markah. macam apa je kan??owhh saya sudah ingat apa nama majlis tu. namanya ANNUAL DINNER WTF!!!


saya tak tau lah perkara ni berlaku ke tak di cawangan-cawangan
COSMOPoINT yang lain (CEEWAHH TERPAKSA BOLD DAN BESARKAN TULISAN SUPAYA ORANG TAK BANGANG SANGAT PERGI AMBIL KEPUTUSAN NAK MASUK KOLEJ SAYA YANG KUAT MAKAN DUIT DAN SEGALA)


tapi saya amat terharu kalau lecturer nak kasi markah FREE kat saya walaupon saya tau saya memang layak mendapatkannya sebab saya selalu berjaya MENGHADIRI KELAS tanpa ponteng sehari pon. OK SAJA NAK SEDAPKAN HATI SENDIRI!



tapi saya sampai sekarang tetap tak boleh terima kenyataan bila mana markah itu senang-senang diberi kalau pelajar datang ANNUAL DINNER tu!tapi itu semua terpulang pada lecturer nak bagi berapa MARKAH FREE kat pelajar yang berjaya MENGHADIRKAN diri pada hari berkenaan. kenapa tak diberi saja MARKAH FREE pada pelajar yang rajin macam saya tak pernah ponteng kelas ataupon sentiasa menghantar assignment on time walaupon COPYPASTE ECECEEHH!!=]



saya tahu ini sajalah cara yang boleh galakkan student pergi ANNUAL DINNER tu tapi tak perlulah guna cara kotor begini. ada setengah lecturer cakap 10% akan dipotong kalau tak pergi dinner tu.


OWHH TUHAN KAU CEPATKANLAH PEMBELAJARANKU DI KOLEJ INI AGAR AKU DAPAT BERAMBUS DAN APPLY KOLEJ LAIN YANG TAKDA BUSUK HATI SANGAT MAKAN DUIT PELAJAR
walaupon saya tahu semua kolej pon begitu.



paling busuk walaupun pelajar tak ada transport, kolej saya bersedia menyediakan kenderaan untuk mereka TETAPI (ada tetapi ok!!), mereka kenalah keluarkan duit untuk transport pula.
TT_TT


harga tiket : RM35
location: heritage hotel

(anyone interested??)


tapi dengan rm35 tu jugak larr pelajar akan mendapat 10% atau 20% segala!!saya tengok konsep kat sini sama je macam rasuah lecturer tapi cara ini lebih halus. JADI SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK PERCAYA KEPADA DIRI SENDIRI YANG SAYA BOLEH DAPAT A DENGAN CARA YANG TIDAK KEJI


ayah dan mak saya hantar saya ke kolej untuk belajar bagi mendapatkan keputusan cemerlang bukannya makan untuk mendapat keputusan yang cemerlang


tapi..........

saya terfikir juga kalau saya bayar rm350 agak-agak boleh tak saya dapat FULL MARKS TERUS tanpa saya perlu bersusah payah menghadiri kelas serta menghantar assignment dan membuat kuiz yang kadang-kadang buat jerawat di muka timbul..beshh juga kan??


**sighhhhhhhhhhhh


ohsopopup:
kalau report dekat jabatan pendidikan sure masuk dalam paper!!memalukan je makan duit pelajar..

Thursday, July 16, 2009

obsesi dan OBSESSED

Okey, sememangnya kita tau semua orang mesti ada rasa nak rak kasut.....



YANG BESAR DAN GAH SEPERTI DI ATAS
(abaikan gambar yang blur..sila bayangkan megapixel dia tinggi!)


ATAUPON




KASUT TERSUSUN KEMAS DI DALAM KOTAK KOTAK seperti INI..
tak adalah bila bakal mak mertua datang mengejut, otot urat semua jadi kejang sebab gabra mak mertua nak pinjam sepasang sebab ingat kita dah taknak..

YE LARR DAH BERSEPAH SANGAT APA SALAHNYA BAGI KAT MAK NI SATU..




TAPI kalau da malas sangat campak je kasut kasut tu dalam kotak sebegini




tapi kalau lelaki surely dieowang tak seobses wanita yang nak ada berpasang pasang kasut bak ada satu iklan cakap dulu

ONE PAIR IS NEVER ENOUGH!!(IKLAN APE ERK??)




kalau bolehlah kan..KALAU BOLEH LARR!!nak ada setiap jenis kasut dari pumps, wedges, mary-jane, oxfords segala macam larr dan lagi beshh kalau semua colour yang kita ada dari hitam, pink, biru..pendek kata semua warna larr supaya kalau pakai baju biru, tali pinggang kuning jadi boleh pakai heels warna kuning..

APA??TAK BOLEH BAYANGKAN??


haaa tengok gambar ni..tali pinggang hitam, kasut hitam, earing pon hitam..
sangat sophisticated (EE BETOL KE EJAAN NI?)..
then tengok yang sebelah tu!kasut kuning, tali pinggang kuning..comel je!!




jangan jadi macam saya semalam pakai baju, sweater, seluar semua colour hijau..dekat ofis saya bila saya lalu je dieowang cakap

"EEE POKOK BERGERAK DATANG!!"
..

saya pon anggap je larr saya ni memang POKOK CHRISTMAS memandangkan christmas pon tak lama lagi jadi saya jalan terhuyang hayang bak pokok kelapa ditiup angin sepoi sepoi bahasa..





IKTIBAR UNTUK AINEE: hidup ni kena pandai MIX AND MATCH!!kena belajar dari BETTY




tapi yang pasti saya lagi OBSESSED tengok cerita yang tengah ditayangkan dekat pawagam ni..semalam baru pergi tengok dengan mr.B..sumpah sangat beshh sebab bayangkan bila ada orang psycho yang minat kita sampai stalk kita everyday..

gila ahh!!memang thriller abeshh and manyak suspensder woooo..WAJIB TENGOK!!!

agak lucah di permulaan cerita..sebab apa lucah?saya sendiri tutup mata bila berlaku adegan lancau tu..ya saya tau ini membuatkan korang semua lagi excited nak tengok kan?jangan terlampau excited sebab saya saja besarkan cerita!!=]]


TAPI SERIUS MATA SAYA DITUTUP OLH MR.B!!tengok dia baikkan tak nak saya tengok benda bukan-bukan..jadi para wanita di luar sana kalau nak cari husband carilah macam MR.B saya walaupon busuk tak mandi dari lahir..



MyEm0.Comohsopopup : suka tengok iklan HEINEKEN yang baru..perempuan jerit sebab excited rak penuh dengan kasut baju cun cun tapi LELAKI JERIT SEBAB ARAK BANYAK!!kelakar je..tapi kalau lelaki ISLAM jerit sebab apa pulak erkk?

Friday, July 10, 2009

wajah baru larr wei

akhirnya NIMI Co. dah ada banner sendiri..
ALHAMDULILLAH!!

tapi korang rasa mana lagi cun?


YANG ini




ATAU




yang INI



yang atas tu lebih pekat yang bawah ni lebih lembut (BETOL KE PENGGUNAAN BAHASA SAYA?)


buat siapa siapa yang tak tahu NIMI Co. tu business saya berpartner dengan my eyeliner menjual cute pixel dan contact lens..klik larr sini


ehh lupa nak bagitau banner ni credited to my partner in crime, apek..nak harapkan i buat hancur k!sila VOTE mana satu lagi cun k

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...