Friday, April 14, 2017

#TRAVELDIARY 5 Hari 4 Malam Boracay, Philipines

01 November 2016 - 5 November 2016 
Durations : 5 Hari 4 Malam


FLIGHT DETAILS

AK608 Kuala Lumpur (10.50am) - Kalibo Boracay (2.45pm)
AK609 Kalibo Boracay (3.15pm) - Kuala Lumpur (7.00pm)
AIR ASIA (RETURN) - Total paid: 1,025.84 MYR

** harga ni dapat lepas redeem AIR ASIA BIG POINTS. Mahal juga. Harga ni untuk 2 orang dewasa + 1 infant + 20kg luggage + 3 meals. Ada orang Aini tengok boleh dapat sorang pergi balik RM480 termasuk luggage and meal. *_*

HOTEL
ALICE BORACAY HOTEL
RM626.26 (5 Hari 4 Malam)
** hotel ni sangat recommended sebab dia terletak berdekatan dengan pantai. Sangat sangat dekat. Ye lah kalau kita nak tinggal hotel mengadap pantai of course lagi mahal kan. Hotel ni depan dia ada 7 Eleven. Nak ke pantai tu melangkah dalam 20 tapak je. Sangat sangat dekat. 

Bad side is dia tak ada lif. Kena mendaki tangga so korang better siap siap mintak nak duduk kat first floor. Kami dapat tingkat 3 tapi okaylah tak adalah teruk sangat pun. Exercise lah sikit kan. Berat betul bontotnya pun. Then dia ada bagi breakfast sekali tapi halal dia diragui so we skip the breakfast.

TIPS PILIH HOTEL
Boracay ada 3 station. Station 1, Station 2 and Station 3. 
* Station 1 - lebih sunyi, pantai dia lebih putih lebih halus. 
* Station 2 - terletak tengah tengah. Sangat happening. Semua kedai makan kedai souvenir semua terletak kat sini. Pantai dia halus juga tapi tak sehalus Station 1.
* Station 3. Tak recommend sangat sebab jauh nak ke Station 1. Pasir dia sangat kasar. Korang boleh rasa kalau korang pakai selipar and nak berjalan tu. Tapi untuk backpacker dan hotel yang lebih murah boleh opt for Station 3 lagipun pantai dia bersambung so kalau korang nak ke Station 2 tak terasa pun. Just jalan je sepanjang pantai tu nanti sampailah ke Station Station yang korang nak pergi tu. Make sure ingat mana lokasi hotel sebab nanti sesat sebab banyak sangat lorong.
*Billabong. Ni terletak bertentagan dengan Station 1, 2 and 3 tapi kami tak sampai pun sana. Orang kata tak recommend tinggal kat sana sebab nanti kena pergi Station 2 untuk berjalan jalan di malam hari juga. Apa apa pun terpulang kepada citarasa masing-masing.


TRANSPORT
- Ipoh - KLIA2 (via Bus) - RM90 return (per person) 
- PAKEJ VAN + FERI + TERMINAL FEES + ENVIRONMENTAL FEES + TRANSPORT KE HOTEL (ALL IN 500PESO PER PERSON). 
- PAKEJ MINI VAN + FERI + TERMINAL FEES + ENVIRONMENTAL FEES + TRANSPORT KE JETI (ALL IN 550PESO PER PERSON).


-----------------------------------------------------------------------------------------
So lets start with the journey. Actually trip ni dirancang less than 2 weeks sempena anniversary kami yang ke-6. Anniversary on 28.10.2017 tapi kami ni wedding planner so on that date kami handle event tak dapatlah pergi bercuti. Cari punya cari Boracay menjadi pilihan hati. Gila kan? 2 minggu punya plan. Habis wedding on 28th terus pergi Philipines. ✌

TAKE NOTE THAT WE WERE TRAVELLING WITH 1 INFANTS. AT THAT TIME QOSHI 1 TAHUN 8 BULAN. SO SIAPA YANG NAK BACA MACAM MANA PENGALAMAN TRAVEL DENGAN BABY BOLEHLAH BACA WALAUPUN TAK BANYAK TIPS SEBAB QOSHI SANGAT BEHAVE.


DAY 1
IPOH - KLIA2. Bertolak dari Ipoh pukul 3 pagi tapi sampai KLIA2 sebelum pukul 6am. Driver bus serius laju gila. Rasa melayang je naik bus tapi aku redha je lah kalau jadi apa-apa. Nasib tak ada apa-apa dan kami sampai dengan selamat. Depart pukul 10.50am. Perjalanan ambil masa 3 jam 40 minit.


TIPS
Beli makanan siap-siap waktu check in. Lapar wohh dalam flight. Kalau boleh beli makan malam extra atas flight tu sebab sangat susah like gila gila gila punya susah nak cari makanan halal kat Boracay. Make sure bawa makanan dalam tin, maggi apa semua yang korang boleh jadikan stok makanan korang kat sana.

Reach Kalibo at 2.57pm. Keluar je dari airport terminal korang akan nampak satu gerai jual simcard kat luar. Harga 300Peso.

Then dekat luar tu ada banyak orang van akan angkat signboard promote transportation to Boracay. CARI PAKEJ MINI VAN + FERI + TERMINAL FEES + ENVIRONMENTAL FEES + TRANSPORT KE HOTEL (ALL IN 500PESO PER PERSON). 

TIPS
Beli je pakej. Senang! Kalau beli van + feri 250PHP tapi kat sana nanti korang kena uruskan sendiri bayar terminal fees 100PHP dan environmental fees 75PHP. Then kena cari tricycle 100PHP. Total 275PHP + 250PHP = 525PHP. Lagi mahal lepas tu pening kepala. Perjalanan dia sangat panjang dan sangat penat so biar agent tu settlekan semua untuk kita plus kita jimat 25PHP.

Dari Kalibo ke Caticlan Jetty Port akan ambil masa 1 jam 30 minit. Naik van. Sila pilih tempat duduk yang selesa sebab macam Aini masuk van last sekali dapatlah seat belakang berhimpit. Dah lah seat keras. Kematu bontot. Pukul 5.30pm baru kami sampai. So korang jangan ingat turun airport terus jumpa pantai. No! No! No! Jauh lagi perjalanannya.

Caticlan Jetty Port - Cagjan Jetty Port (Boracay). Harga kalau naik bot sahaja (25php) + environmental fees (75php) + terminal fees (100php). Tapi kami dah ambil sekali dalam pakej. Perjalanan ambil masa 10 minit sahaja. By the time sampai Boracay, hari pun dah gelap. Dah malam. So siapa nak pergi sini make sure 2 hari tu dah buang siap-siap sebab pergi dengan balik memang tak dapat buat apa-apa. Jalan dekat beach je lah malam-malam. Happening!!! Cuma untuk orang Islam susah nak cari makanan halal because its all about pork pork pork. 


Then kami check in hotel. Nama Alice In Wornderland. Walaupun tak adalah wonderland sangat tapi cukup selesa untuk kami mandi dan tidur. Lokasi hotel kami adalah di Station 2. Nak dijadikan cerita, bila nak check in tu baru sedar beg passport kami hilang. Habislah hilang terus mood husband nak berjalan sebab nak kena pergi kedutaan ler apa ler. Perjalanan nak ke Manila tu ambil masa 20 jam. Nangis!! Dah lah dengan perut laparnya lagi. Nasib baik the next day kami dapat balik passport kami. Rupanya Aini tertinggal dekat dalam van yang hantar kami dari airport ke jeti. Alhamdulillah!

Malam tu kami jalan dari hujung ke hujung dah macam zombie sampai fedup. Last last nasib baik jumpa satu restoran jual INDIAN CUISINE selling HALAL MEAT. Portion dia besar so kami siap bawak balik bungkus tak habis,


TIPS
Orang kata kalau nak cari hotel cari dekat Station 2. Happening!! Lagipun kita kat tengah tengah. Di antara Station 3 dan Station 1. Makanan halal tak payahlah korang susah susah cari. Memang susah sangat. Almost 99% jual PIGGY BANG BANG. So first day ni korang beli extra food kat dalam plane okay.


DAY 2
Qoshi bangun awal hari ni. Pukul 5.40 pagi dah bangun. Then kami breakfast nasi bungkus semalam. Pagi-pagi kami pergi jeti untuk cari passport yang hilang. 
25php + 75php + 125php (per person).
Baik sangat orang-orang kat situ. Semua tolong. Siap view cctv kat imegresen tu nak tunjuk dia mana van yang kami naik. Lepas dah settle kami balik hotel. Makan tengah hari kami beli roti kat 7-Eleven depan hotel kami then makan cicah sambal ikan bilis bawak dari Malaysia.

Pukul 3.15pm keluar jalan-jalan kat pantai.

Aktiviti hari ini
--------------------
Paraw Sailing

- kami dapat private tour dengan hanya 1,000php. 40 minit. Worth it! Must must must do. Kalau dapat naik waktu sunset lagi best. Sunset dalam pukul 5.30pm. Kami naik kat Station 1.

Willys Rock

Dah alang alang dekat Station 1 kami pun jalan ke Willys Rock sebab ramai orang kata ni kira macam landmark. Memang kena pergi sini kalau dah jejak Boracay. Dia macam kalau kau pergi KL tak jejak KLCC. Haaa gitu. Kalau kau orang tourist lah kan. Tapi tak ada apa pun kat Willys Rock ni. Dia ada patung Mary kat atas dia lepas tu kalau air tengah surut bolehlah kita naik atas tu. Kecik je tempatnya. Tapi pantai dia memang cantik. 




Boracay Sand Castle 

Kami buat 3 nama so kena caj 300php. Dia mula mula nak caj sampai 900php. Lepas tu kami mintak kurang. Dapatlah buat nama kami. Dieowang tolong tangkapkan gambar tapi gambar goyang. Uwaaaa!!! Make sure kalau korang snap gambar dengan pasir tu bagi sedikit tip. Kat situ orang Islam tertindas. Tak boleh jual makanan. Dengan seni pasir tu je lah salah satu cara dieowang jana income. Orang Islam hanya boleh jual souvenir jer.

Johanas Milkshake

Serius sedap. Must try! Kami beli Banana Peanut Butter & Manggo Banana Milk. Each 120php. Lokasi dekat je dengan Willys Rock tu dekat Station 1.

DTalipapa

Pergi sini naik tricycle. 30php dari Station 1. Harga untuk 2 orang. Teringin nak makan loobster. Kat sini ada gerai orang Islam tapi ke dalam. Pertama kali ni kami pusing sampai 3 kali tak jumpa jumpa lepas tu sampai tanya orang Islam jual souvenir kat situ dia tunjuk ada satu gerai tulis HALAL. Macam meragukan jugak sebab orangnya bertatu tatu tapi dah ada signboard HALAL tu kami redha je lah lepas tu lagi satu yang meragukan Aini bagi salam tapi dia tak menyahut. Kat situ kami dapat grab loobster, udang besar x 3, sotong besar x 1 dengan harga 3000php. Upah masak 800php. Nasi 25php. Total semua kalau dalam Ringgit Malaysia RM360. Dapatlah makan oobster for the first time. To be honest, Aini lagi suka udang biasa. Lagi manis. Actually itu gerai orang Islam kahwin dengan Christian tapi menjalani kehidupan seperti Christian. =((( Last second day baru kami jumpa orang betul betul Islam so korang kalau nak makan boleh pergi gerai kakak ni. Kat bawah entri ni on 4th day Aini share kat mana lokasinya ya. =)

Cari Souvenir kat DTalipapa
Beli fridge magnet dengan jeruk mangga. 350php

Then balik hotel naik tricycle. Kena 60php.

Habis aktiviti hari ni pada pukul 8pm. Lepas tu mandi dan rehat. Lepas mandi, Qoshi tak nak tidur. Nak jalan-jalan. Pakai carrier jalan-jalan then dia pun tertidur. Kesian Qoshi selsema time ni. Tak sampai 10 minit dia nari-nari dalam carrier dia tu lepas tu tertidur.



TIPS
Tak payah bawak stroller sebab nak jalan kat pantai macam mana nak tolak stroller so better opt for carrier.


DAY 3
Aktiviti hari ni pergi PUKA BEACH.

Pagi pagi dah kena bangun pukul 9 pagi. Yang menyesalnya kami ni tinggal kat Station 2 tapi beli pakej kat Station 1 maka kena  menapak ke Station 1. Jauh sangat okay. Sakit kaki. Dengan mengendong Ahmad Qoshi lagi sebab dia memang kalau nak berdukung nak berdukung dengan mami dia je so mami kena kuat. =)

So korang nak beli pakej, beli dekat station mana yang korang tinggal. Kalau beli kat Station lain pun make sure dia boleh ambil awak dekat station yang awak tinggal. Malam memang tak rasa jauh tapi bila siang alahai mak dato' punyalah jauh nak menapak.


Kami dapat private boat harga dah lupa. Nanti Aini tanya husband and update. Waktu nak pergi tu ombak tinggi sangat. Aini dah risau dah tenggelam sebab serius menakutkan okay. Ombak tinggi sangat sangat macam nak makan bot kami tu. Alhamdulillah sampai akhirnya dalam 30-40 minit.


Memang cantik PUKA BEACH ni. Nak masuk sini kena bayar evironmental fees dalam berapa peso entah. Murah jer. Make sure korang pakai selipar atau kasut. Jangan gatal nak tinggal kasut dalam bot. Sebab apa? Sebab jalan dia berbatu batu. Sakit kaki kalau tak pakai selipar. Aini dengan husband tak pakai selipar sebab Aini ingat jalan kat pasir tak payah pakai selipar sekali hamik kau batu batu mencanak mencucuk kaki. Tempat ni memang cantik. MESTI JEJAK!! Sangat cantik.

Dah habis explore PUKA BEACH, kami berhenti snorkelling. For me yang dah pernah snorkelling kat Mabul dekat Redang yeah tiada siapa boleh tandingi pulau kat Malaysia. Malaysia is the best kalau nak snorkelling. Even pernah snorkelling kat Bali, Phuket, Krabi still Malaysia menang. Samalah dengan Boracay ni. Tak cantik pun.

Then kami balik, bagi Qoshi main pasir kejap. Aduhai nak kena menapak lagi ke hotel memang memenatkan.



DAY 4
Hari hujan. Dari pagi sampai malam gerimis. Maka janji nak bawa Qoshi main pasir terbantut. Duduk je diam diam dalam bilik hotel. Pukul 4pm hujan pun sikit je so ajak husband pergi ada satu pulau tu dah lupa namanya nanti Aini update tapi sayangnya hari dah gelap dan kat pantai tu pun dah takde siapa. And tak ada apa pun kat sana. Sia sia je lah bayar motor tu. Husband dah nasihat dah tak payah pergi hari nak gelap tapi me being a woman kan mestilah tak dengar cakap. Hihihihihi! Terus pergi ke DTalipapa sebab nak beli souvenier. Hujan tak payah cakap. Lebat sangat sangat sangat. Nasib kami bawa payung dari Ipoh. Sambil beli souvenir tu tanya mana restoran halal. Kat situ kebanyakan yang jual sovenir orang Islam. Yang terkejut tu bila tanya mana restoran halal dia tunjuk kedai sebelah. Kedai sebelah tu jual baju, mana pulak datangnya kedai makan. Rupanya kedai makan kat belah dalam sebab dieowang tak dibenarkan berniaga makanan. Memang korang takkan nampak so korang kena tanya. Kali ni memang tak meragukan. Pakai tudung. Bagi salam. So korang kalau nak beli loobster ke apa ke bolehlah beli kat pasar tu dan bagi akak tu masak.

Sebelah kedai souvenir ni kedai kakak tu. Kebetulan beli souvenir dan terus tanya kat dia. Terkejut bila dia tunjuk kedai sebelah sebab memang tak nampak kalau tak tanya. Tak dapat nak tangkap gambar kedai makan tu sebab hujan lebat sangat.

Bersama akak tukang masak aka tokey gerai baju dan makan

Tempat makan

DAY 5
Tibalah harinya kami pulang ke tanah air tercinta. Sebelum tu breakfast dekat satu hotel ni yang serve halal food dan ada halal certificate. Yang geramnya tu, dia selang 2-3 buah hotel kiterowang je. Boleh tak nampak.

Okay in case korang pun pilih hotel Alice ni bila korang nak menuju ke beach, korang belok ke kiri. Kat situ ada hotel serve HALAL food. Siap dia punya tempat masak tak bercampur dengan babi ke apa. Dah habis breakfast kami pun jalan tarik bag nak naik tuktuk, ada orang approach harga pakej. Sebab tak nak pening kepala then ada orang tarik beg kami, kami pun setuju je sebab tak ada nanti kat sana nak pening nak cari van lagi kan. 550php sorang.

Naik flight ke KUL dan touch down pukul 7pm.

Sekian perjalanan kami anak beranak. Tak sangka dapat jugak pergi Boracay. Next Hong Kong. ^___^ Hope this entry helps.

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...