Wednesday, February 11, 2015

False Alarm

Semalam dengan hari ni #dearbabyQ saja je bagi false alarm kat mami dia ni tau. Kemain sakit kaw kaw perut. Macam sengugut. Adalah dalam setengah jam. Pukul 5 pagi macam tu. Tapi mami ngantok sangat tak layankan sangat sakit tu.

Rupanya memang tak kisahlah sebabnya dia tipu kita yaaaa #dearbabyQ. Nasib mami tak kejut dedi tau.

Esok ada appointment untuk 38minggu. Mami dah tak larat nak kendong dah ni. Dah tak sabar nak tunggu awak keluar. Dedi pun.

Sekarang ni pelik beno mami ni. Ke awak yang minta? Malam malam je mesti dedi kena turun bawah masak nasi putih lepas tu goreng telur bawang dengan cili. Telur dadarlah kiranya. Kesian dedi. Dah lah sekarang ni mami tak masak dah sebab perut boyot tak larat nak berdiri lama-lama nak memotong bawang ke apa bagai-bagai. Mami bungkuskan aja lauk untuk dedi.

Okay sekarang bagitau bila awak nak keluar ni???

1 comment:

Afiqah Azmee said...

samalah ainee dulu fiqa dapat false alarm jugak masatu tengah family day kat kuantan wakaka.

cuak jap kan? baby, nanti kita jumpa ehh weee

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...