Friday, February 13, 2015

Nafsu? Keinginan? Mengada ngada?

Hari ini #dearbabyQ dah 38 minggu 1 hari.
Yes! Dalam rahim.

Semalam teringin makan KFC pukul 10 malam. Memandangkan KFC tidaklah jauh mana dari rumah kami (which is about 5 minutes driving distance), mengada sangatlah kan perut ni nak makan ayam goreng pakcil rambut putih tu. My yayang layankan aja. Ikhlas. Nampak keikhlasan dia. Thanks yayang.

Kelmarin dah bawa pergi makan ais kacang paling sedap di seantero Ipoh yakni kat TKK.  Cari nasi ayam tak jumpa. Sedih betul. Makanlah mee goreng mamak yang pedas. Dah lah tu ada pulak lipas bermain-main di lantai kaki semacam gerai kat situ dia punya taman permainan. Memang melompatlahkan. Rela lagi aku harimau depan mata.

My yayang cakap nak makan apa cakap je. Dia nak penuhkan segala impian keinginan nak makan sebelum I pantang. Nanti dalam pantang banyak benda tak boleh makan katanya. So sweet.

Semoga hubungan kami kekal ke Jannah dan kehadiran #dearbabyQ menambahkan seri rumahtangga kami.

List nak makan sebelum kena pantang.
1. Ais ais ais
2. Air sejuk sejuk sejuk je selalu

Keinginan tu datang tiba-tiba je. Tak ada list. Dah mention dah kat my yayang, baby besar dia ni takkan masak sampai habis pantang. Haaaa gituuu. Sebab perut dah ke depan tak larat. Buat kerja rumah ke mop ke jemur kain tarak hal.

Tenkiu AmirulSyafiq for everything.

1. Tiap-tiap malam urutkan kaki (tapi semalam awak lupa nak lapik kaki kita bagi tinggilah awak. Kita pun lupa. Terus tidur pukul 4.30 pagi. Hehe).
2. Masakkan nasi putih dengan telur dadar bawang cili merah tengah-tengah malam.
3. Scrub badan kita. Shampoo rambut kita. Rasa macam kat spa sangat.
4. Ambilkan air kat bawah bila kita dahaga.
5. Jado booster bila naik tangga rumah kita yang tinggi macam kedai ni.

Banyak sangat kalau nak list. Awak pun sama-sama berjuang untuk anak kita. Kiranya awak pun sama mengandung tau cuma tak bawak perut je. Hehe.

No comments: