Thursday, August 21, 2014

Besarnya pengorbananmu suami

Alhamdulillah. Nak dekat 2 bulan berhenti CIMB Bank. No regret at all.

Gaji hujung bulan CIMB bagi RM11.90 sahaja dan komisyen RM4,000 burn macam tu sahaja setelah dia hold selama 2 bulan. Oh terima kasih sangat CIMB. Perah keringat orang tapi tak nak bayar. Terima kasih sekali lagi.

Hantar sahaja surat resign aku disahkan mengandung 5 minggu. Alhamdulillah. Ni lah namanya hikmah. Ada rezeki lain yang Allah nak beri.

Sepanjang kehamilan kali yang ketiga ni, badan lemah. Tak ada selera makan. Satu hari muntah teruk. Alahan kaw-kaw punya sampai rasa biarlah ada sorang je anak. Tapi alhamdulillah lama-lama boleh accept.

Sekarang dah masuk minggu ke-13.

Besar sungguh pengorbanan suamiku. Siang sampai tengah malam sampai kadang tu pagi buat kerja. Ye lah nak design ni idea tu bukannya kita nak idea kejap tu jugak dia datang. Dia kena ada mood.

Badan dah penat buat kerja, still tak lupa isteri dia. Aduiii sebaklahlah pulak taip ni.

1. Kita nak air, dia turun bawah ke dapur ambil. Kadang tu sampai 2-3 kali kena naik turun.

2. Tak berkira langsung pasal duit. Dah lah isterinya tak bekerja. Hari-hari keluar makan luar sebab si isteri tak boleh bau masakan. Tak boleh masuk dapur langsung. Lepas tu belikan susu Anlene. Tak boleh minum pulak. Belikan susu jenama lain yang namanya Enfamama. Rugi jugak. Sebab pun tak boleh minum.

3. Badan dah penat. Balik kerja biasanya nak lah rehat. Ini balik kerja jenguk isteri dulu. Picit picit picit. Tak jemu langsung. Malam sebelum tidur, back rub belakang isteri macam seorang pengurut profesional. Lega sangat. Urut kaki yang kebas. Everyday everynight. Tak pernah merungut. Tak payah minta pun. Ikhlasnya hatimu suami. ;((

4. Selama ni kitalah basuhkan baju dia, sidai baju dia, seterika baju dia. Sekarang semua dia kena buat sendiri. Tak merungut langsung.

5. Layan emosi melampau si isteri yang over sensitive.

6. Sanggup tangguh kerja di mana kalau dia tangguh kerja maknanya dia akan tidur lewat semata-mata nak tidurkan si isteri yang tak boleh tidur kalau tak pegang tangan dia.

Kalau orang cakap besarnya pengorbanan seorang ibu mengandungkan anak selama 9 bulan, aku akan beritahu anakku kelak sayangilah ayahnya lebih dari dia sayangkanku kerana betapa besarnya pengorbanan ayahnya kepadaku. Tak pernah merungut, tak pernah berkira. Sama-sama berjuang denganku mengandungkan si kecil ini.

2 comments:

izzah said...

lamanya menghilang?huhu..hari2 tgk kalau2 ada new update.btw,congrats for new pregancy.May Allah bless ur family.=)

Ainee Cumi said...

IZZAH : Hehehhehe busy sikitlah Izzah. Lepas tu malas nak pegang laptop. Thank Izah.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...