Monday, August 25, 2014

#DearIbu - Driver

Sepanjang pregnant memang badan tak larat. Bangun tidur pun pukul 12 lebih. Badan terlampau penat.

Bila bangun, kita akan bohsan. Sebab suami dah pergi kerja. Kita sorang-sorang kat rumah. Ibu! Ibulah si rajin dari Ampang datang Botani amik kita. Everyday except Saturday Sunday. Bagus kan ibu kita? Dan bila datang je mesti bawa buah sebab kita suka makan buah.

Thanks ibu. Gigih amik akak dari kecik sampai dah kahwin haaaa. Walaupun jauh berbatu. Katanya kereta dia top. Laju. Selalu servis. Poyo je. Call je ibu boleh datang ambil.

Allah! Pinjamlah ibuku kepadaku lebih lama. Berikanlah dia kesihatan yang baik. Berikanlah aku peluang membalas jasanya. Kerana dia tidak pernah merungut membesar dan menyayangiku bagai menatang minyak yang penuh.

Bolehkah aku menjadi ibu semulia ibuku?

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...