NIMI Casa

Bulan 1 hari tu dah dapat kunci. Alhamdulillah. Tapi bila masuk rumah sedikit keciwa bila ada retaklah, cat tak cantiklah dan sebagainya. Jiran pun alami benda sama. Come on TAIKO. Dah ada nama besar buat rumah orang serupa gini ka. Jumpa pulak dengan pembeli cerewet macam aku ni kan memang semualah aku tick.

Tu yang sampai sekarang ni pun tak pindah masuk lagi. Dah adalah dalam 4-5 orang jiran aku dah berkenalan. Nampak macam mesra semua jiran. Alhamdulillah. Siap boleh berwhatsapp dengan ahkak jiran depan.

Hari ni dah pasang kipas. One step. Nanti minggu depan pasang aircond pulak kat bilik utama. TV pun dah ada 3. Satu kat ruang tamu, satu kat dapur and satu dalam bilik utama. Ok enough! Tak payah fikir beli TV untuk 20 tahun. 20 tahunlah sangat kan??

Semua bilik aku pasang kipas. Senang! Sekali harung je. Pasang pun percuma. Siapa tengah cari nak beli kipas kat Ipoh boleh pergi cari kedai nama IMPIANA depan Stadium Ipoh. Murah!! Aku dah survey sampai 4 kedai, dia memang paling murah. Islam pulak tu. SOKONG BUSINESS ISLAM okay. Barulah ISLAM MAJU NANTI!! Ekonomi kita pun meningkat.

Tadi masa nak pasang kipas tu kenalah balik rumah kan nak bukak pintu. Alhamdulillah semua yang aku complaint semua dia touch up. Memang kemaslah balik kan. Good!! Ni yang nak tambah complaint lagi ni.

Bulan ni bulan beli kipas dan bulan beli hotel kat JEJU ISLAND. Amik kau sampai 5 hari 4 malam kat JEJU. Kalau tak puas jugak tak tahulah. Katanya kat sana cantik.

Comments

Muhammad Taufiq said…
Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
Meey@ said…
salam ainee..congrats for your 3rd pregnancy. sy pun suka kedai impiana tu..tapi sy dpt beli porch lamp dgn hall lamp je..murah jgk.yg lain mcm downlight sy beli kdi lain..hehe..anyway, rumah kt mn?
izzah said…
hi..lama xupdate ye..congrats on your preganncy.=)Mana review cuti2 di korea??ternanti2 ni..
Ainee Cumi said…
Taufiq : Hai Taufiq. Thanks for reading =)

Meey : Wahhh tenkiu tenkiu. Muahhciked. Orang Ipoh jugak ehh?? Rumah saya kat Botani

Izzah : hehehehe amboih amboih Izzah. Terharu ingat gak kat kita ni. Okay insyallah Aini buat dalam masa terdekat ni ehh. Dah ak dekat setahun dah eh entah entah dah lupa. Harap sabar membaca sebab panjang gilaaa

Popular posts from this blog

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand