Sunday, August 31, 2014

Appendix atau kencing kotor?

Persoalan. Dari Jumaat malam perut sakit yang amat. Tiba-tiba. Pergi jumpa doktor scan baby semua okay. Baby aktif. Dah ada kaki, tangan, tulang belakang. Happy. Senyum. Siap malu-malu lagi dia tutup muka tak nak bagi krang tengok. Amboihh nakal sangat ni.

Malam tu terus demam panas. Suami sampai tidur pukul 3 pagi picit-picit badan. Tapi sakit perut still ada. Sakit yang amat. Sampai nak berdiri tegak pun tak boleh. Kena jalan berbongkok. Habis semua wedding tak dapat pergi. Sorry Erlina and Lia.

Tadi pergi klinik MediOne. Doktor tekan perut. Tekan kiri ok. Tekan belah kanan sakit gila. Dia check ujian air kencing. Ada infection. Tapi kencing semua okay. Tak adalah sakit ke tak lawas ke apa. So antara dua. Sama ada kencing kotor atau appendix. Doktor bagi ubat kencing lawas. Tunggu sampai Selasa depan.

Harapnya kencing kotor je lah. Tak nak lah appendix. Bahaya untuk baby.

Semoga diri sendiri cepat sembuh ya.

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...