Tuesday, November 12, 2013

Pengorbanan seorang lelaki bergelar SUAMI

Terima kasih sebab tak pernah mengeluh sepanjang saya mabuk sewaktu mengandung.
Awaklah chef.
Awaklah si tukang kemas.
Awaklah si pembasuh pinggan mangkuk.
Awaklah si pembancuh air.
Awaklah driver.
Haishh pendek kata awaklah suami awaklah isteri sebab semua tugas awak kendong sorang.

Terima kasih menjadi peneman setia Rabu lepas.
Berdiri kat luar pintu wad hampir 2 jam sebab iyalah kan hospital kerajaan wad perempuan, lelaki boleh masuk waktu melawat sahaja.
Lepas tu habis semua lelaki setia menunggu isteri yang terbaring memakai baju hijau itu conquer kerusi.
Kerusi penuh.
Awak tak ada tempat duduk.
Awak berdiri.
Saya yang tak suka nak bagi awak tertunggu-tunggu selalulah keluar nak teman awak tapi awak suruh masuk dalam balik.
Baring.
Rehat.
Saya siap chop kerusi lagi nak bagi awak duduk tau.
Dari pukul 8.45 pagi sampai pukul 6.30 petang awak setia tunggu saya.
Terima kasih Amirul Syafiq.

Kelmarin saya demam.
Awak buat MILO Panas untuk saya.
Awak picit kepala saya, kaki saya, tangan saya.
Cium dahi tak payah cakap.
Dalam sehari mau dekat 20 kali dapat ciuman.
Bangun tidur, sebelum tidur, tengok tv.
EVERYTIME!!
Awak tak pernah bohsan kan?
Agaknya sebab tu lah kan demam malam lepas tu bangun pagi terus hilang demam dah. 
Eh???
Alhamdulillah.

Terima kasih yayang.

Kadang tanya pada Allah.
Benarkah awak yang satu itu?
Yang begitu indah menyintai saya.
Boleh ke saya mencintai awak macam mana awak mencintai saya?
Tapi tak apa, as long as we fix the broken pieces we will survive.
Till Jannah InsyaAllah dengan izinNya.
Kadang jodoh kita ni tak tahu sampai mana penghujungnya.
Tu lah orang cakap cinta manusia tak kekal abadi, cinta kepada YANG MAHA ESA itu pasti.
Kita sama-sama doa ya?
AMIN!

5 comments:

Kaseh Kamila said...

Sweet hubby..doa byk2 yg baik2 for him..

zarifahmr said...

sebak doe baca. beruntung kau ainee :'))

Ainee Cumi said...

DIDIE KAMILA : Tu lah doa yang terbaik untuk dia sentiasa sebab kita tak tau kita tak dapat nak saing sayang dia kat kita.

BIKPAH : Kau pun untung ada Patul. Kadang takut jodoh tak panjang walaupun dah kahwin.

Cik Areen said...

eh air mata bertakung pulak baca ni.

Ainee Cumi said...

CIK AREEN: Areen!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gila lama tak nampakkkkkk. Mana hilangnya?

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...