Friday, February 22, 2013

SHEPHERD PIE KEGEMARAN SEANTERO DUNIA.

Resipe ni daripada Kak Fynn Jamal. Nampak Kak Fynn post resipe kat instagram terus rasa macam "WOW! WHY SO SIMPLE?". Terus pagi Sabtu tu bangun then cakap kat Amirul nak keluar nak cari daging kisar.

Amirul macam, "??????????, OK! Nah duit"

Mungkin time tu Tahun Baru Cina, habis sampai 4 kedai I pergi tak ada daging kisar. Stok habis. What happen man? Nasiblah Billion dekat je dengan rumah I terus pergi Billion. Alhamdulillah! Nasib ada. Dia punya lega tu tak tahulah nak cakap.

Hoi! Bila semangat membara nak masak tu datang, lain macam sangat. Memang usaha jugak cari.

Balik rumah terus bawak balik tomato, cili merah dan lobak. Amirul buat tanda ?????????? ni lagi. Cakap nak beli daging kisar je sekali balik bawak extra barang lain.
**Aini sengih kerang busuk


 RESIPI SHEPHERD PIE yang sangat simple

Bahan Utama : Bawang Merah, Bawang Putih, Daging Kisar. Tambahan : Tomato(ni I tersilap, ada ke I pergi rebus tomato tu), Cili Merah (sebab suka pedas), dan apa-apa sahaja bahan korang nak campak. SEMUA NI KASI POTONG DADU!

Bahan Utama : Serbuk Cili (suka hati nak masuk berapa banyak), Kiub Ayam (macam I time ni kiub ayam habis so bantai guna kiub ikan bilis. Peduli apa! Kita yang buat dia kan)

Semua bahan kat atas ni kasi masuk je dalam kuali. Macam biasalah kita masak, mula mula masuk bawang merah lepas tu bawang putih lepas tu suka hatilah nak masuk apa pun. Gaul gaul gaul. Kacau kacau kacau. Goreng goreng goreng sampai kering. Sementara tu bolehlah sediakan lagi satu bahan utama. Tanpanya tak jadilah Shepherd Pie korang.


Bahan Utama : 6 biji kentang yang direbus. Jangan lupa masa nak rebus letakkan garam.

Seasoning dengan mentega dan olive oil. Macam I tak ada olive oil, I campak mentega dengan lada hitam. Jadilah mash potato.

Cengginilah rupanya si digoreng dan si dilenyek. Maaflah gambar senget senget tak reti nak rotate dalam ni. =D

Ambil bekas tinggi, kat bawah kita masukkan famili daging tadi, lepas tu atas tu masukkan kentang dilenyek. Bakar pada suhu suka hati sebab I punya oven tak ada suhu-suhu. I guna api atas dengan api bawah. Bakar selama 15 minit - 30 minit. Kak Fynn suruh sagat sagat kat atas dia bagi nanti bila masuk dalam oven dia ada effect terbakar.

Taraaa!! Jadilah Shepherd Pie. Ohsem sangat! Rasa nak buat everyday yaawww.

Jangan lupa kalau dah cuba resipi ni hash tag #resipirumahkokping. Aku harap sangat si Kak Fynn ni keluar buku masakan macam dia keluar buku Puisi Tepi Jalan tu kompem beli. Semua resipi nampak simple sangat. Orang malas nak masak macam I ni pun terus semangat rajin nak masak. Apatah lagi korang yang rajin ni kan.

Amirul pun makan sampai tak terkata. Macam nikmat beno. Ehehehe! Tapi memang nikmat pun. Nikmat macam sumbat burger daging keju Mcd dalam mulut.


OK! SELAMAT MENCUBA DAN MERASA NIKMAT SHEPHERD PIE!

6 comments:

Fynn Jamal said...

GOOD JOB!!!

Ainul said...

wo ho.... boleh le masakkan untuk mak ude pulak ye. teringinnye nak rasa...

zarifahmr said...

mannnnnnn this is crazy. a must try !

Ainee Cumi said...

KAK FYNN : Terima kasih kat cikgu kita ni lah.

Ainee Cumi said...

MAK UDE : Mestilah boleh. Nanti Aini datang rumah Mak Ude aini buatkan eh. Ataupun mak ude balik Ipoh ke, inform lah.

Ainee Cumi said...

ZARIFAH : Wajib weyh. Wajib. Aku dah dua kali buat ni.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...