Thursday, February 14, 2013

#FOOD HUNTING PAKPEK & CIKNI - Greentown Dim Sum Café in Greentown Avenue

Assalamualaikum semua. Bersiaran kita sekali lagi dalam rancangan #Food Hunting Pakpek & Cikni.

Ingat tak I ada cakap I nak pergi satu restoran dimsum halal kat Ipoh waktu kami punya anniversary tapi pulang dengan kekecewaan sebab dia dah nak tutup.

Tapi baru-baru ni kami pergi tengah hari lepas kenduri tunang kawan I.

Benda yang paling penting kena cari semestinya adakah ianya Halal atau tidak atau syubhah memandangkan ownernya adalah Non-Muslim. Alhamdulillah! Its HALAL. Ada logo Halal Jakim maka boleh dine in.

Note: Saya bukanlah Islam yang sempurna tapi saya berusaha untuk menjadi yang sempurna untuk Dia, kekasih abadi. Permulaannya adalah menjaga permakanan. Mencari yang halal. Insyallah! ^___^


Nampak dekat gambar ni atas belah kanan. Adalah nampak sipi sipi logo HALAL JAKIM tu. Waktu ni Datuk Bandar Ipoh pun ada. Betul-betul sebelah meja kami. "Assalamualaikum Dato'. Sori hari tu tak sempat nak tegur. =)".


My date is Mr. Amirul. Oh and the bill payer. Thank you.



Haaa tengok kemain baik I siap snap pic harga lagi untuk korang budget-budget duit nak makan dekat sini. Overall, price dia I rasa okaylah. Affordable. Standard harga macam kat Kopitiam. 

Dumplings are cooked balls of dough. They are based on flour, potatoes or bread, and may include meat, fish, vegetables, or sweets. They may be cooked by boiling, steaming, simmering, frying, or baking. They may have a filling, or there may be other ingredients mixed into the dough. Dumplings may be sweet or savoury. They can be eaten by themselves, in soups or stews, with gravy, or in any other way. While some dumplings resemble solid water-boiled doughs, such as gnocchi, others such as wontons resemble meatballs with a thin dough covering.

Ok kat atas ni ada definition of dumpling from Wikipedia sebab hari tu I macam blur blur ingatkan dumpling ni nama dia untuk daging khinzir macam ham dan bacon. Rupanya tidak sama sekali. Lega hati CikNi. Boleh makan dengan lahap.



Total semua dalam RM50. Suka sangat dengan dimsum tak tahulah kenapa. Nampaknya kena belajar buat ni supaya boleh makan sampai kenyang. Nak beli banyak-banyak macam boleh rabak poket. Owner dia baik sangat layan kami. Rasa macam VVIP gitu. Best! Best!

Siapa tak cuba lagi ataupun sesiapa yang merupakan peminat dimsum wajib give a try. Dimsum halal mana nak cari lagi kat Ipoh? Semestinya Greentown Dimsum lah mana lagi. Sedap. ^____^
GREENTOWN DIM SUM CAFE (Halal)
No 10, Persiaran Greentown 4,
Greentown Avenue, 30450 Ipoh,
Perak, Malaysia.
Tel No : +605-255 2010, +6012-569 8876
Opens from 8am until 9pm daily. Closed on Tuesdays.
**sebaris dengan Chatime, Greentown depan 7-Eleven.

4 comments:

zarifahmr said...

pagi pagi baca entri kau ni terus jadi lapar. hmmmmmmm

Ainee Cumi said...

ZARIFAH : Haaaa rasakan. Padan muka kau Bikpah. Ehh nak panggil kau Zarifah lepas ni. Nama ada makna.

Hanan Haifa said...

salam kenal :)

suka makan dim sum eh? jom beli dim sum frozen dr minishoppe akak :) nak tempah utk jamuan pon boley :) jemput jengah blogbiz akak ye, tq :)

Ainee Cumi said...

HANAN HAIFA : Insyallah Kak. Ha a aini suka sangat dimsum. Nyums