Monday, February 11, 2013

#DearIbu 1 - Dr. Nor Hanizah

Hari ni balik rumah ibu. Ibu so comel bagi anak dia ni sejenis gel brand Alaisyah. Dia suruh sapu dekat celah hidung dekat tepi bibir. Semangat dia cakap gel tu eloklah keluar daki semua. Bila nampak macam hitam hitam dia cakap, "Haaa tu tu habis keluae semua daki. Elok!".

Lagi comel semangat ajar anak dia yang sorang ni macam mana ikat sanggul. Manalah nak faham kalau dia buat demo dekat rambut kita lepas tu gigih dia cakap, "Ni, mula mula pegang macam cekak lepas tu masuk dalam ni". Bila cakap kita tak nampak dia amik tangan kita letak kat tangan dia. Still mata I kat depan manalah nak nampak. Iqa yang baru bangun terus mamai bila ibu nak ambil dia jadi model rambut. Lari Iqa. Last last Iqa mengalah, dia serahkan rambut dia untuk dijadikan demo. Still I tak faham. Then Ifa yang rambut takat paras bahu yang kompem tak boleh buat sanggul pun jadi mangsa. Ok lesson done. But then tidak sama sekali, ibu suruh tunjuk kat dia macam mana buat sanggul yang dia ajar. Adoii! Ingatkan dah selamat. Memang tak dapatlah. Terus ifa yang rambut pendek tu pun jadi mangsa lagi sekali. Last last I tunjuk sanggul yang biasa I buat terus dia kagum, "baby tengok ni. Mahal! Mahal!". Padahal dia yang ajar. Ibu ibu. I love you so much.

Lagi satu cerita ibu ni selalu jadi doktor kami. Baik untuk anak sendiri ataupun menantu menantu dia. Ifa lah start panggil dia doktor. Mana taknya, bila muka Ifa berbelak sebab pakai tudung terus ibu bagi dia sunblock. Settle masalah. Bila Ain macam ada panau kat muka dia belikan ubat dekat tabib cina. Terus settle masalah. Bila Ifa batuk dan selsema dia masakkan sejenis teh. Settle jugak masalah Ifa. Bila kaki ayah ada kulit mati dan keras dia sapu sejenis ubat terus settle masalah.

Kata ibu anak anak paling panas hati dalam.keluarga mengikut turutan ialah Ifa, Aini, Iqa dan Aidi. Ishh I mana ada panas hati, I kuat merajuk. Apalah.

We love ibu more than words.

P/s: Merupakan jurnal Aini berkaitan ibu bapanya untuk ingatannya sepanjang hidup.

3 comments:

ada van de kamp said...

ainee,, cream apa utk hilangkan kulit mati & kulit keras tu? i hv tried many ways tp x brkesan...huhu

Ainee Cumi said...

Ada : Nanti Aini tanya ibu tau.

ada van de kamp said...

ok. thx. critical ni haha