Friday, January 11, 2013

#Food Hunting Pakpek & Cikni - FM TOMYAM

 Assalamualaikum semua. Bersiaran kita kali ini dalam rancangan #Food Hunting Pakpek & Cikni. Macam mana boleh terjmpa FM TOMYAM yang menyajikan tomyam yang sangat sangat special ni ialah pada enivesari kami yang ke setahun sebulan, I google nak makan kat mana lepas tu terserempak ada satu belog cakap pasal tomyam special ni. Nama dia Tomyam Poktek. Dah lah special, sedap pulak tu. Ni pertama kali I jumpa tomyam yang unik macam ni. Serius unik. Siapa datang Ipoh wajib cuba. Kalau dah orang luar Ipoh pun wajib cuba apatah lagi yang tinggal di Ipoh lagilah super duper wajib dan harus cuba.

 Gerai FM TOMYAM ni terletak di Medan Selera Silibin. Dekat Medan Selera ni ada pokok cherry yang sangat besar. Dan terletak berhampiran roundabout Labu. Kiranya dia belah yang bertentangan dengan Klinik Kerajaan. Kena buat u-turn. Get the idea? Ok kalau tak dapat gambarkan sila open google map and search for Medan Selera Silibin. Tempat masak dia bersih. Tak percaya boleh step in. Biasa dalam gambaran orang kalau gerai gerai ni mesti kotor tapi FM TOMYAM ni bersih. Serius. ^___^


Nasi dia serius banyak gila. Kalau korang in tight budget mintak sepinggan je pun dah cukup then kongsi. Untuk lelaki bolehlah habiskan kot tapi for me separuh je I larat. Kami ambil set. RM23 then tambah RM3 untuk tukarkan tomyam poktek menjadi tomyam poktek dalam kelapa. Apa ada dalam set tu I akan tunjuk dengan gambar-gambar kat bawah. Memang kenyang. Memang murah. Memang berbaloi.

Telur Dadar

Kailan + Daging. Superb!

TARAAA!!! Inilah TOMYAM POKTEK. Lain kan? Lain kan? Harga RM12.90 sahaja. Kalau kebetulan nasib baik ada promotion bolehlah dapat RM10.90. Memang sedap. Memang unik. Memang terbaik. Memang lain dari yang lain. Sekali hirup terus cakap WOOWW MAMAMIAA!! THIS IS DELICIOUS BABY! Dalam dia ada ketam, ada udang, ada ayam. Lala pun ada okay. Ehh bukan takat lala, cendawan pun ada. Satu biji kelapa ni boleh makan 2 orang. Kenyang habis. Alhamdulillah. Oh sebelum terlupa, paling terbaik sekali bila makan isi kelapa tu dengan kuah tomyam dia, nikmatnya tak boleh nak cakap. Kena cuba sendiri baru tau.

Ikan Kembung masak 3 rasa.

Oh and this is my baby. Bukan untuk dimakan. ^___^
 Overall  kami makan hari ini ialah RM29.20. Dia charge RM29 sahaja. RM26 untuk set menu then lagi RM3.20 tu air. So untuk orang Ipoh yang  tak tahu dan buntu nak makan mana kat Ipoh ni boleh give FM TOMYAM a try. Semua sedap. I doakan FM TOMYAM ni terus maju dan mendapat tempat di hati peminat tomyam dan kelapa dan boleh jadi peymes macam Mee Rebus Ramli, Nasi Lemak Ayam Kampung & Nasi Ayam Fuziah.

Spread the words Ipoh!

P/S: Jangan lupa mention nak dalam kelapa kalau tidak rasa dia hanyalah tomyam biasa. Tomyam biasa dia power macam tomyam guna air kelapa.

4 comments:

FemmeFashion said...

hye Ainee.
Saya orang ipoh jugak. tp knp tak tahu tempat ini pun.
kena cuba neh.hihi. .
btw, your blog syok !. rajin2 la blogging. :)

Aina Aadnan said...

OMG rindu makan2 kat Ipoh. Tempat makan semua murah2. Nyumms balik Ipoh kena pi try ni. Hehe thanks Ainee.

Ainee Cumi said...

FEMMEFASHION: Bukan awak je tak tahu, Aini pun baru tahu.. Hihihihi! Nanti Aini dapat tahu benda baru kat Ipoh, Aini update lagi tau. =) Langkawi entry is coming.

Ainee Cumi said...

AINA: Kena dan wajib try tau kalau balik Ipoh. Sedap gila makan kelapa dengan tomyam.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...