Friday, December 28, 2012

Status HALAL

Assalamualaikum semua.

Nak cakap pasal halal ni kemain takut nak taip ni. Kang yang bangkang dan marah sebab terus tak dapat makan makanan kegemaran habis dibambunya saya, mampoih kang. Tapi tak apa, pendekatan ni untuk diri saya sendiri dan saudara semuslim yang saya amat kasihi. Sedih sekarang ni, orang makan dan ajak saya makan tak kisah tentang adanya status halal atau tidak. Nak cakap "Tak nak lah makan situ, tak ada pengesahan Halal" pun takut kang dicopnya kita ni alim ulama dan baget bagus. Ya Allah, bukan itu niat saya, niat saya kalau boleh nak elakkan benda benda yang syubhah. Mari ramai-ramai kita boikot restoran yang tak ada tanda HALAL JAKIM ni supaya mereka apply sijil JAKIM dan ikut garis panduan yang telah ditetapkan. Siapa yang untung? KIta juga. Sebab kita makan pun dengan gembira tanpa rasa was-was.

“Barangsiapa yang menjauhi syubhah, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhah, ia seolah telah jatuh dalam yang haram” ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)

Dulu saya akui, saya pun ada melalui zaman jahiliyyah saya. Pernah makan dekat gerai cina tepi jalan, minum air soya yang feymes diperbuat oleh orang bukan muslim dan aishh macam macam lagilah. Kalaulah dapat u-turn balik masa rasa nak keluarkan segala macam yang saya makan dan minum dulu yang unsurnya daripada pun tak diketahui.

Sekarang ni, alhamdulillah. Umur pun dah 23 tahun. Dah tahu nak bezakan mana halal mana tidak. Mungkin kurangnya didikan agama, mungkin kurangnya pendedahan tentang unsur halal, syubhah dan haram tu sebab ramai orang Islam oh dan saya juga ambil mudah perkara ni.

Haram tu kita memang dah sah sah lah tahu yang haram tu adalah babi babi babi. Haiwan yang tak sembelih tu tau ke kita ianya juga jatuh dalam makanan yang haram dimakan? Yang makanannya dimasak seperiuk dengan makanan haram juga statusnya bertukar menjadi haram walaupun disembelih secara Islam? YES! We as a muslim unbeware of this serious thing.

Dengan tumbuhnya restoran-restoran makanan yang sungguh oh lazatnya oh istimewanya menu terus semua orang serbu. Penilaian orang Islam kita kalau ada orang Islam kerja kat situ maka halallah restoran tu. Kalau ramai orang Islam makan kat situ kompem halal. Saya juga begitu...... dulu....

Paling paling paling menusuk hati bila kita cakap restoran tu syubhah and so on, ada kata-kata sinis tanya, "Mana ko tau?". Terang lagi bersuluh tak ada tanda halal nak cakap apa lagi. Ada yang sanggup cakap dia dah telefon JAKIM dan tanya tentang status HALAL restoran sekian-sekian-sekian dah disahkan Halal oleh JAKIM lalu perkara itu disebarkan lalu orang Islam kita pun mempercayai dan makan dengan gembira walhal berita itu tiada kesahsian daripada pihak JAKIM sendiri.

Marilah kita orang Islam boikot mana-mana restoran yang tidak mempamerkan LOGO HALAL JAKIM di premis mereka. Kalau mereka nak pelanggan Islam ramai di restoran mereka, mereka akan mohon sijil pengesahan daripada JAKIM. Majoriti rakyat di negara kita adalah Islam, saya percaya WE HAVE THE POWER.

Jangan kita sibuk boikot Mcd, KFC, Starbucks yang memang sah halalnya tapi sedap makan makanan yang tidak disahkan daripada mana sumbernya. Sama sama kita berubah. Insyallah Allah akan redhai setiap perbuatan kita.

Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

MASALAH HATI & BERMASALAH HATI adalah perkara yang berbeza. Janganlah kita tersalah anggap.


Macam mana nak check restoran/produk/tempat sembelihan/syarikat tu ada status halal ke tidak?
Klik sini.

Cuba type Jonhnys, Sushi King, Seoul Garden, Chatime dan segala macam makanan dan minuman kegemaran kita. Di sini lah kita akan dapat jawapannya. Kalau tanya JAKIM pun dia akan suruh check kat sini. Kalau ada tu maknanya sahlah HALAL kalau tak ada tu maknanya o o o o o syubhah lah agaknya.

Saya bukan ilmuwan bukan juga ustazah, hanya berniat mahu berkongsi. Maafkan segala salah silap. Yang buruk itu datangnya dari saya sendiri, yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T.

P/S: Minyak yuyi yang digunakan sejak zaman nenek moyang kita tu pun ada minyak babi kita je tak tahu sebab andaian kita mak bapak kita dah pakai kat kita, ramai lagi orang Islam pakai so ianya halal.

3 comments:

Sarahmeaysnm said...

Thank you Ainee!

Ainee Cumi said...

SARAH: Untuk ingatan AIni juga.

Unknown said...

Adakah Seoul Garden Halal ??

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...