One year and two months as husband and wife. Sate Kajang, Ipoh

Alhamdulillah. Masih ada rasa cinta. Masih ada rasa sayang.

Semalam Apek ajak keluar makan. Off day jadi chef. Cadang nak makan dekat satu restoran tomyam dekat klebang malangnya tutup. Tak apalah teruslah ke plan b iaitu ke restoran dimsum kat Greentown. Sampai je Greentown, hati tersenyum girang, tangan erat berpegangan berjalan menuju ke restoran yang kami dah lama teringin nak pergi tapi tak kesampaian. Gigih ni tengok banyaknya tempat duduk kosong, sampai je kat pintu amoi tu cakap, "Sorry, dah tutup". Memang nyata lagi bersuluh lah kan muka kami yang keciwa ni. Plan C ialah nak makan kat Penang Delight dekat belakang Tesco. Malangnya ianya tiada tanda halal dan restoran milik bukan Islam.

Plan paling terakhir ialah makan kat Sate Kajang terletak berdekatan dengan sebelah Petronas dekat highway.

Order sampai 10 cucuk sate ayam, 5 keping otak-otak, 2 set nasi impit. Apek order nasi lemak biasa. Apek cakap hari ni cheat day so boleh makan gila-gila. ?????????? Memang idak aku larat nak habiskan sampai 5 cucuk sate. Maximum boleh sumbat 2 cucuk je. Gigih jugaklah nak makan sampai 3 cucuk. Apek boleh hentam sampai 6 cucuk. Hebatlah abeeee Amirul ni.

Otak-otak = Tak best tapi besar
Nasi Lemak = Just nice
Sate Ayam = Kuah sedap. Sate ada rasa dan semestinya besar. Harga RM0.90 secucuk.

Total semua campur air ialah RM27.90.

Shawl Lunin by Pastel Pasta.

Amirul busy meeting daripada pukul 2 petang maka tak sempat lunch so sebelum kami keluar dinner, I masakkan scamble egg campak dalam roti. Dah alang alang ada telur lebih, I pun konon sweet buatlah bentuk love. Amirul cakap, "Ehh siap ada love lagi. Tenkiu sayang". HIhihihihi.

Effect poster tangkap terus from my camera. Amirul with his nasi the lemak.

Sate kajang besar punya.

US! After the dinner.

Ohh ni nak cakap, I tak sabar nak dapat parcel from Photobook. I dah submit gambar pergi Bali. Opah I cakap orang sekarang orang tangkap gambar semua masuk dalam komputer. Dah tak ada cuci cuci dah. Maka saya mengambil inisiatif segala gambar travel kami akan kami dokumenkan dalam photobook. Antara senarai nak pergi bukukan ialah
1. Lost World of Tambun
2. Melaka
3. Cameron Highlands
4. Kota Kinabalu
5. Raya pertama as husband and wife

Yang dah selamat dibukukan of courselah Redang dan Phuket. Baru 2. Take it slow katanya. Lepas ni tekad habis je pergi bercuti terus cuci. Masalahnya sekarang ni I suka software Photobook je, jenama lain semua cam bodoh-bodoh je software tapi tu lah masalahnya Photobook mahai beno. Kalau ada sesiapa nampak photobook buat promtion kat Groupon ke jangan lupa inform I tau. Ok sayonara. Next update nak gebang pasal Mydin RTC yang super best pulak. Korang pun startlah cuci gambar macam zaman kita kita dulu tau.

Comments

Ainee Cumi said…
AIN ATIKA ZAILANI : ALhamdulillah.
dewi sayuti said…
wa sweet couple la kak ainee ngan hubby.. nk jugak..hehehe
Ainee Cumi said…
DEWI SAYUTI: Nak jugak? Ambillah. Ambillah. Kalau depan orang kami ganas okay mana ada sweet sweet ni. Drama ni.

Popular posts from this blog

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand