Wednesday, September 26, 2012

Maaf kecil untuk entri besar semalam.

Terasa macam Kak Fynn Jamal bila ada orang tak suka baca apa yang kita taip. Macam orang terkenal. Macam Najib Razak. Macam Anuar Ibrahim.Macam Cik Apple. Agaknya inilah rasanya ya bila apa yang kita taip disalahbacakan.

Rasa bangga? Jauh sekali. Rasa bersalah? Itu betul. Terkejut ada. Marah tu lagilah ada. Kaw kaw punya marah semalam. Sampai berCAPSLOCK. First time saya marah macam tu. Tak pernahlah dalam seumur hidup marah macam tu. Sebab buat tanpa niat mestilah marah. Kalau tak mesti senyum bangga sebab berjaya menyakitkan hati manusia yang memang dah terang lagi bersuluh.

Entri tu berunsur panduan. Nak ikut silakan. Tak nak tak apa boleh tinggalkan.

Maaf tak ada niat. Seketul pun tak ada. Serious memang tak ada. Tak terlintas langsung.

Entah!

Nak bagi penerangan pun payah. Yang pasti dalam hati kecil saya memang tak ada berniat hendak menguriskan perasaan sesiapa.

Maaf dipinta. Nanti sama sama kita jumpa kat Padang Masyar. Tak baik bermusuh-musuhan ni.

Jom kawan.

4 comments:

Ateyn Bella said...

biaselah sis. name pon manusia, ade je benda die nak salah interpret, sabo ekkk >.<

Ainee Cumi said...

ATEYN: Serius tak berniat nak membandingkan apa. Just random. Sebab otak Aini ni susah nak fikir negatif tu yang macam kalau orang sebenarnya perli ke kutuk Aini ke apa ke macam tak terasa sebab tak terfikir langsung "ohh dia kutuk aku ni! ohh perli aku lah ni". What a sad thing. Tak apa hidup perlu diteruskan. ^___^

Ateyn nanti bila dah sampai masanya nak kahwin bagitau Kak Aini okay, Kak Aini sedia membantu. Banyak sangat nak share dengan orang Ipoh ni. Mana tau boleh shopping kain sama-sama.

oshinz said...

u gave a gud guide for young generation dear.. jangan la fikir bukan2 ya.

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Oshinz ni baik sangat. Tenkiu babe.

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...