Tuesday, September 25, 2012

Bukan Islam sahaja mudah, Kahwin pun mudah.

Bertemu lagi kita di rancangan ANAK ANAK NAK KAHWIN bersama Makcik. ^__^


UPDATE : TIDAK ADA KENA MENGENA UNTUK YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA! UNTUK SESIAPA YANG MAMPU BOLEH BUAT LEBIH TIADA HALANGAN, INI HANYA SEKADAR MENDAPATKAN GAMBARAN SAHAJA.

Ramai orang nak kahwin. Antara sebabnya adalah untuk mengelakkan maksiat. Alhamdulillah. Tetapi selalu difikirkan mana datangnya duit. Nak kahwin banyak pakai duit. Mari sini saya ringkaskan. Kahwin tak perlu pakai banyak duit sebenarnya. Kita fikir tang makan yang paling banyak keluar duit kan?? Ya, memang betul. Tapi tak apa keluar duit lebih sikit untuk bagi orang makan. Berkat. Pahala. Bekalan akhirat tu. Baju bukan bekalan akhirat. Pelamin bukan bekalan akhirat. Makanan yang diberi tu insyallah boleh dibawa ke akhirat kelak. Sedekah namanya.

Okay mari kita main kira-kira budget kahwin biasa tapi penuh keberkatan bukan yang extravaganza tu.

Apa kata kita buat nikah, sanding dan bertandang sekali? Alah macam orang orang putih buat kat luar negara sana. I KISS YOU, YOU KISS I, LETS PARTY! Hihihihi. Simple tapi meletop kau mereka punya Party. Kalau boleh diputarkan balik masa, I will choose this kind of wedding too.

DEWAN
Pelamin akad nikah + sanding = RM2,000
Baju nikah + sanding = RM500 (perempuan) + RM180 (lelaki)
Makan-makan = RM8.50 x 800 orang tetamu = RM6,800
Hantaran = RM300 (decoration dulang) x 2 belah pihak = RM600
Barangan Atas Dulang = Ikut kemampuan
Doorgift = RM1 x 800 orang tetamu = RM800
Kad Kahwin = RM0.80 x 400keping = RM320
Photographer = RM1,200
Dewan = RM1,300 (untuk dewan biasa di Ipoh selain TownHall dan SUK)

TOTAL : RM13,700/-
**semua harga minimum. KL maybe mahal.

Jimat tak? Jimat tak? RM13,700/- untuk kedua-dua belah pihak. That is super cheap okay. Siapa cakap kahwin kena duit banyak banyak kepuk kepuk dalam poket dalam bank baru boleh kahwin. Kita yang buat dia hokay. Lagi satu mak bapak kena open minded. Bukan jenis yang kahwin kena grand, macam mana pun kamu kena cari duit juga untuk grand-grand. Tips ni hanya boleh dipakai oleh mak bapak yang hidup berlandaskan Islam. Dan juga diri kita yang mahu bernikah untuk menjadi yang HALAL antara satu sama lain. Maksud di sini yang kalau boleh nak nikah je. ^__^

Entahlah! Insyallah kalau saya ada anak perempuan nanti tak nak letak hantaran hantaran semua. Hanya minta mas kahwin sahaja. Sekiranya pihak lelaki nak juga bagi hantaran, kiranya macam hadiah tak letak berapa pun harga. Suka hati nak bagi berapa untuk persediaan selepas mendirikan rumah tangga. Amin. Insyallah.

Berbalik pada topik perbincangan Makcik tadi, dah total dia kita tahu RM13,700/- sahaja so kita wajib stick to the budget. Pergi dekat orang pelamin budget tak nak lebih daripada RM2,000/-. RM2,001 pun tak boleh. Ingat! Perkara paling penting ialah STICK TO THE BUDGET! Lagi satu, memandangkan kita dah buat majlis sekali, what about kita ambil RM13,700/- tu then bahagi dua maka sebalah pihak sana RM6,850/- dan di sebelah pihak sini keluar RM6,850/- juga. Masyallah! Mudahnya, murahnya, senangnya. Alhamdulillah.

Macam mana nak dapat RM6,850/- tu sebab kalau boleh tak nak menyusahkan mak bapak? Okay lagilah senang sahaja. Rancang nak kahwin bila? 12 bulan lagi? Okay kalau 12 bulan lagi macam ni kiraannya :-

RM6,850 bahagi 12 bulan = RM571 sebulan

Maka kita kena cekalkan hati, cekalkan jiwa untuk tidak berboros berbelanja. Simpan RM571 tu tiap tiap bulan dalam ASB. Hujung tahun ada RM6,850/- boleh bagi dia dapat komisyen kejap dalam ASB lepas tu apa lagi keluarkanlah semua buat belanja kahwin. Untung untung kalau keuntungan 8% dah ada extra RM548. Kalau dua orang punya keuntungan dah jadi RM1,096. Extra RM1,096 tu mana nak dapat.

Okay sekarang mari Makcik pecah pecahkan idea tadi.


1. PELAMIN AKAD NIKAH + SANDING

Cantik kan? Ini pelamin Cik Renee meow kita. Pelamin nikah dan sanding sekaligus. Cantik sekali. Sangat sangat sangat. Waktu nikah, photographer akan shoot dekat bantal nikah tu sahaja. Waktu sanding tangkap gambar dekat bangku tu je tak nampak bantal. Meletops kau Kak Renee. Maybe boleh buat sendiri atau apa apa je lah cara untuk menjimatkan kos.

Faham tak konsep I sekarang ni? I cadangkan nikah tu terus sekali makan semua. Kiranya dalam kad akan tulis macam ni:-

Akad Nikah - 11 pagi
Makan tengah hari - 11.30 pagi - 3.30 petang

Akad Nikah - 8 malam
Makan malam - 8.30 malam - 12 tengah malam

Siapa nak tengok akad nikah boleh datang awal lepas tu terus je makan. Siapa tak nak datang akad nikah pun tak apa boleh datang lewat sikit untuk makan makan, tangkap gambar bersama pengantin baru dan jangan lupa bawa hadiah dan duit salam. ^_^

Kalau macam I yang konon konon baget orang putih ni, kalau dapat diputarkan balik masa I buat pelamin nikah je yang lain semua lebih kepada decoration and foods. Kalau dapat wedding venue macam dalam Twilight tu lagilah aummm.


2. BAJU NIKAH + SANDING
Ini pun pakai sekaligus sahaja baju nikah dan sanding. Kalau nak kan kelainan waktu nikah baju lain waktu sanding mungkin boleh tukar warna atau design veil, slash and kasut. Untuk lelaki pula boleh tukar daripada songkok kepada tengkolok, sampin dan kasut.

Oh sebelum makcik lupa. Nanti korang tanya pulak makcik karang ada ke lagi baju murah macam tu. Hello! Ada okay. Beli je kain dekat Kamdar or Nagoya. Tak mahal mana pun. Pandai pandailah pilih. Lepas tu pergi hantar tailor yang telah dicadangkan oleh kawan kawan yang telah berkahwin. Lepas tu jahitlah beads sendiri.

Baju lelaki pula memang tak mahal jahitnya. Kalau baju melayu biasa sekali kain baru RM180 siapa ada sulamanlah apalah. Kalau nak pakai kot pun kalau tempah baru RM380/-. Biasalah perempuan mestilah lebih over dari lelaki. Samalah macam makcik ni.

Kain tu ada manik swarovski gitu senah tapi tak nampak pulak dalam gambo ni! Ada taste jugak Makcik ni. Payah nak meng'iron'nya. Maaf! Kamera kurang berkualiti. Kamera 2.0 lah katakan.
Kain beli dekat Kamdar je. Lace beli dekat Nagoya je. Beads jahit sendiri. Beli beads baru RM120/-. Itu pun ada balance boleh jahit benda lain. Upah jahit baju pun RM350 je. Still paling cantik di mata makcik. Yang penting pandai pilih kain pandai design sendiri. Baju cantik kena mahal?? Kena tempah from designer? OHH! I DUN THINK SO! Siapa yang ada duit boleh tempah kat designer, tak halang pun. Lagipun kalau dengan designer lebih konfiden kain yang kita nak tu menjadi bentuknya.
**gambar hanya contoh, tak ada kena mengena dengan mahal atau murah tau. Siapa orang Ipoh nak tahu mana jahit murah tapi bolehlah pakai kat badan meh helo helo makcik.


3. MAKAN - MAKAN
Jangan risau masih ada menu yang harganya RM8.50. Complete semuanya. Dekat KL pun masih ada rasanya. Janji sedap dan mengenyangkan. Test food. Daripada mahal mahal sampai RM15 tapi tak sedap buat apa kan. Tetamu balik pun puas hati. Macam hari tu abang sedara nikah dekat Kedah. Jauh gila perjalanan tapi bila makan pergi rasa berbaloi perjalanan yang lama tu. Sedap sampai sekarang teringat.


4. HANTARAN
Hantaran kalau dah bagi masa tunang tak payah nak terikut sangat zaman sekarang yang time tunang dah bagi hantaran, kahwin pun nak bagi hantaran lagi. Haa saya salah seorang daripada golongan tu lah. Tak payah! Kalau waktu tunang dah bagi hantaran, waktu kahwin bawak 1 je dulang iaitu dulang cincin. Lepas tu barang-barang kat atas dulang tu tak perlu nak bergadget bagai. Simple, classic and timeless.

Ini waktu akad nikah kakak yang sangat comel kepada kawan comelku. Tengok tu. Laki bawak satu je dulang berisi mas kahwin dan cincin then belah perempuan pun satu je dulang berupa cincin sebab waktu tunang dah bagi hantaran dah. Inilah baru betul. ^___^

5. DOORGIFT
Jalan jalanlah tengok kat kedai kedai surely ada punya doorgift yang murah tapi cantik dan nampak mahal. Yang penting bijak memilih.


6. KAD KAHWIN
Siapa cakap kad kahwin cantik mesti mahal? Mana ada. Main dengan konsep tu yang penting. Kad kenalah cantik. Kena unik. Barulah kawan kawan kita simpan. Sayang nak buang. Haaa cakap pasal kad kahwin, now Apek dah ada printer baik punya. Warna pink gitu. Dulu pakai inkjet je mana boleh ambil tempahan. Now dah boleh sebab warna berkualiti. Siapa siapa nak design dan tempah bolehlah email me at nimiprojek@yahoo.com. Website dan FB fan page bakal menyusul. Insyallah. The name will be Nimi Projek. ^__^ Sampai sekarang I tak buat review pasal wedding card I eh, bagi teaser je. Sorry. Like us NIMI Projek. Klik klik.

Our wedding card (Bahagian dalam) by NIMI PROJEK. Bahagian luar dan belakang nantilah I rajin I update. Ni pun amik ihsan gambar dari K.Cha. Ramai kawan cakap masih simpan our wedding card. Terharunya. ^___^
Ini bukan kad kahwin. Ini prop by NIMI PROJEK. Customize. Email to aineejohari@yahoo.com to place an order. =)


7. PHOTOGRAPHER
Cari yang sesuai dengan jiwa korang. Tengok macam mana dia tangkap details. Sejauh mana kekreativiti dieowang. Pandai tawar mesti boleh dapat murah. Maybe boleh suruh tangkap gambar je tapi korang print sendiri ke untuk jimat kos. As long as tak lebih dari budget yang I tulis kat atas tu. Lagi best kalau dapat snap and video sekali. ^_^


8. DEWAN
Sebab dah buat majlis sekali kan maka wajib dan wajib buat kat dewan supaya tak ada pihak yang terasa. Lagipun kawan kawan nak datang nanti konpius kalau pergi rumah. Buat kat dewan senang. Nikah dan sanding semua buat kat dewan. Terbaikk! Untuk dekat Ipoh ni dewan tak mahal lagi so boleh cut cost. Standard boleh dapat RM1,200/- lagi. Untungnya jadi orang Ipoh. ^___^


Okay itu sahajalah tips dari Makcik. Harapnya dapat membantu anak-anak yang nak kahwin tapi rasa kahwin ni banyak guna duit tapi sebenarnya tidak. Boleh kumpul pelan-pelan tiap-tiap bulan. Selamat mendirikan masjid ya anak-anak. Ingat! Kita berkahwin untuk apa? Untuk menunjuk nunjuk atau untuk mendapat keberkatan Allah S.W.T. Masyallah! Mudahnya kahwin ni sebenarnya.

22 comments:

Huda luna said...

Part paper bag sentap aku

Ainee Cumi said...

HUDALUNA: Bukan paperbag macam kau tu. Maksud aku yang bag bag yang ada isi macam macam tu. Ini paperbag yang mahal tu. Yang satu sampai RM1 tu. Paperbag macam kau tak apa. COMEL!

Huda luna said...

Ala ni cite pasal designer lak. Tacing aku

cha said...

sebenarnya nak kawen ni ikut taste dan kemampuan masing-maing. kalau ada duit why not nak tempah kt designer ke apa. kawen sekali seumur hidup so tak salahla kan nk berabis sikit so siapa nak kawen tu dh tentula memang yg ada duit. kalau takde rm15ribu ke atas jgn berangan nak kawen

lg satu kt kl mane dpt harga semurah yg ainee ckp tu. murah tp tak sedap tak guna jugak. murah tp tak lawa baik tak pyh. ada sorg kwn akak ni kawen pakej murah sgt dhla kt KL mmg tak masuk akal. tp lepas dia kawen sume org ckp wedding dia teruk mekap hancus pelamin tak lawa makanan ntah pape haha. murah tu la risiko kita kene terima. tp biasanya kt KL mmg dh xde harga yg ainee ckp tu. even akak kawen kt kajang pun dah xdpt harga catering murah camtu. semua rm10 ke atas. kt ipoh lainla ainee. mane sama dgn KL ni

biasa akak kotak telur pun akak buang huhu. malas nak simpan semak je even comel. kalau gelas ke ok boleh simpan :P

sekian komen panjang lebar dr makcik jugak :P. yg penting biar mahal asal puas hati :D

Ainee Cumi said...

K.CHA: Aini dah tulis situ untuk berlandaskan ISLAM. Ramai orang tanya Aini kahwin ni mahal ke tak. Aini punya wedding sendiri habis sampai RM30K. Ini untuk bacaan orang yang nak mudah. Maaflah kalau ada siapa siapa terasa. Sekarang Aini pulak nak terasa sebabnya Aini update entry ni untuk tolong orang yang nak kahwin tapi orang yang dah kahwin pula semua nak terasa.

Cik Siti Hajar said...

ainee.. thanks for ur info.. even i blom lg de calon .. tp pk gak pasal $$$$ nk kne kuarkan bila tiba masanya nnt...

Ainee Cumi said...

CIK SITI HAJAR: Hope it helps. Ini entri khas untuk nak yang mudah simple dan berlandaskan ISLAM yang nak kahwin sebab betul betul nak kahwin. Nak jadi halal. Tak nak bazir duit semata mata. Kalau ada lebih duit boleh buat lebih. Apa yang Aini tempek kat sini sekadar minimum pricelah kiranya. Lain orang lain citarasa. Harap Hajar bolehlah tarik tarik apa yang patut. Ini hanya panduan je.

Aini doakan Hajar dapat calon cecepat. Kahwin ni best. ^___^

Ateyn Bella said...

i love ur card!! n thanks sgt for this info. sgt3 berguna utk i. rase nak kawen trus lepas abes blaja. hoho

a'arul said...

ehem akak
saya nak kawen taun depan *malu*
butik mana akak tempah baju tu yee
ipoh kan?

Ainee Cumi said...

ATEYN: Haaa kalau suka next time nak kahwin tempah kat aini je lah ya. Hihihihi! Lepas habis belajar kahwin je. Murah rezeki lepas kahwin.

Ainee Cumi said...

A'ARUL: Dekat area Greentown. Dekat kedai uncle tu. Islam. Carilah. Sederet dengan retoran cili padi tak silap.

a'arul said...

owhh ok thanks
btw baru umur 23 erk? hahaha saya laa kakak sepatutnya -.-

tq! :)

sarahmeay.snm said...

Salam Ainee, informations yang menarik. kalau sarah kahwin and preparation semua atas tangan sendiri, mesti buat mcm ni. ;)

Sarah ada hantar email kat Ainee, minta check kalau free ye? Regarding on props.

oshinz said...

dear, tulisan yang kat props yang gambar last tu jenis ape eh?

Ain Salleh said...

Kad sgt comel .. Murah plak.. Plamin pn lawa !! Hntarn 600 je utk 2 belah pihak.. Huhu.. Mmg jimat ^_~

Ain Salleh said...

Kad sgt comel .. Murah plak.. Plamin pn lawa !! Hntarn 600 je utk 2 belah pihak.. Huhu.. Mmg jimat ^_~

Ain Salleh said...

Kad sgt comel .. Murah plak.. Plamin pn lawa !! Hntarn 600 je utk 2 belah pihak.. Huhu.. Mmg jimat ^_~

Anonymous said...

salam, ainee cumie, leh i tahu tak rate town hall and suk brapa?
tq

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS : Town Hall dalam RM1500-RM1700 sebab dia dewan sahaja RM1200 then aircond RM50 sejam then lampu chandeliar RM100 sejam. Dia lain lain charge. SUK pulak RM1000 per hour. Tapi kalau kenal org dalam boleh dapat murah or parents kerja gov boleh dapat RM800/hour

Nora Hanis said...

sgt suke entri awak..btw, to gurl yg kata kawen skli.so its worth it blanje mhl, kita rse maybe u mampu dlm serba serbi..tp kene ingat, xsume org dlm dunia yg dilahirkan dlm fmly yg kaya or berada..so, berbelanjalah ikut kemampuan dan yg paling penting, majlis tuh diberkati..kerna ada hadis menyebut, lagi murah belanja utk kahwin, lagi berkat..so, u choose..
to blogger, keppidup! =)

Ainee Cumi said...

NORA HANIS : Thanks Nora. Terharu Aini orang appreciate.

Anonymous said...

best2.. kawen simple je.. x payah nak habiskan duit sgt.. :) .. yg pntg semua selesai dgn selamat.. dan yg pntg, nilai kebahagiaan x kan sama dgn nilai perkahwinan yg kita da buat ^_^ .. thanks akak 4 this info...

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...