Wednesday, August 22, 2012

Rutin raya

(Ini entri untuk mengingatkan betapa indahnya raya bila adanya opah lagi di dunia ini untuk tatapan diri sendiri. Panjang. Tak perlu baca pun nanti penat ^__^)


RAYA PERTAMA
-Berangan jadi Raja dan Permaisuri kejap tu yang pilih warna kuning di 1 Syawal tu-

Sebelum ni rutin HARI RAYA saya adalah balik ke rumah opah di Pusing. Memang itulah rutin setiap tahun. Tahun lepas pernahlah terlepas sekali sebab nak merasa beraya di rumah opah kedai bila dah besar sebab selama ni asyik raya rumah opah Pusing je. Pernahlah raya rumah opah Kedai time kecil kecil. It turns out boring. Rumah opah pusing jugak THE BEST AMONG THE BEST!

Opah Pusing = Opah belah Ibu. Rumah di Pusing.
Opah Kedai = Opah belah Ayah. Rumah di Rapat Setia. Kenapa panggil opah kedai sebab dia dulu buka restoran dan hidup dia 24/7 kat kedai je di situlah munculnya nama opah kedai.

Persepsi saya untuk raya adalah BERJALAN JALAN JALAN DAN BERJALAN KE RUMAH SANAK SAUDARA tak kiralah dekat ke jauh ke janji berjalan. Itulah sebabnya raya pertama saya terhegeh hegeh jugak nak ikut kakak ipar pergi beraya rumah mak mertua dia walaupun kesihatan sungguh tidak mengizinkan sebab sungguh indah tidak bermakna jika hari raya hanya duduk di rumah sahaja.

Ini cerita raya saya dari kecil hinggalah ke besar. Opah pusing ada 5 orang anak. Paklong, Pakngah, Maklang, Ibu (Makuda) dan Maksu. Maksudnya 2 lelaki 3 perempuan.

Paklong ada 3 anak. Cua, Cadik & Cabang.
Pakngah ada 4 anak, 1 menantu dan 1 cucu. Kak Lia, Lin, Bila, Hazim. Abang Zaki. Ayesha.
Maklang ada 3 anak, 1 menantu dan 1 cucu. Abang Apeh, Nana, Haikal. Fara. Yana.
Ibu (Makuda) ada 4 anak, 1 menantu. Saya (Aini), Eddie, Iqa, Ifa. Apek.
Maksu ada 4 anak. Uni, Cuki, Fatihah, Ijoi.

Semua manusia manusia ni tak pernah lupa untuk menjenguk opah tak kiralah lambat ataupun cepat. Wajib bila hari raya semua mesti balik jejak tanah kat Pusing. Kalau tak balik beraya boleh cop DERHAKA sekarang. =D

Aktiviti malam raya dekat rumah opah Pusing mestilah dengar takbir raya sebab rumah depan surau ohh indahnya, bermain bunga api sampai batuk batuk, sembang kencang gempak gempak kuat kuat macam orang tak ada telinga sampai tengah malam, makcik pakcik sibuk suruh budak muda angkat kerusi letak luar rumah, makcik makcik sibuk di dapur masak macam-macam untuk isi perut budak-budak muda yang macam ada bela hantu dalam perut sebab setiap sejam mesti pergi dapur cari makanan. Lepas tu adalah aktiviti perebutan bilik. Aishh memang meriah. MERIAH SANGAT! Baik malam raya mahupun pagi raya.

Pagi raya lagi meriah sebabnya bilik mandi dengan tandas dahlah ada satu je. Habislah kalau semua orang berkumpul rumah opah mau roboh pintu bilik mandi opah tu. Itupun nasib baiklah tahun lepas dah tukar pergi pintu sliding kalau tidak selama ni pintu bilik air opah pintu zink. Siapa ada lubang lubang lagi maka bila nak mandi mesti risau orang nampak kita bogel bulat. Haa cuba bayangkan kesemua 31 orang nak pakai bilik mandi. Biasanya bagi chance kat orang orang laki sebab diowang nak pergi sembahyang raya. Bukannya timing tak betul tapi sebab gedik bila dah bangun awal gedik nak berehat rehat nak mengulit ngulit dengan selimut.

Lepas je para lelaki alim ulama balik dari sembahyang raya, muka pun dah ada sinar nur kebahagiaan kini tibalah masanya makcik pakcik yakni orang tualah duduk untuk bagi anak anak muda ni bersalaman ada makna. Makna apa lagi kalau bukan makna nak dapat duit raya kan. Riuh rendah waktu ni. Lepas dah salam salam opah mesti bising suruh kutip bunga kat luar sebab nak tabur atas kubur nanti. Aktiviti yang paling dinanti walaupun penatnya memang aishh tak boleh nak cakap sebab bukan penat berdiri ke apa penat sebab panas. Kan best kalau semua rumah sanak saudara pasang aircond lepas tu meja panjang macam dalam istana tu tak payah makan dekat bawah. Payah nak bersimpuh simpuh ni. Amboih! Banyaklah cantik ya Aini ni. Dulu waktu kecil kecil saya dengan Kak Lia konon paling excited nak pergi rumah opah lombong iaitu opah saudara kami sebab best dapat duduk tepi lombong tu.

Okay tutup cerita pasal raya di rumah opah. Hargailah opah anda sementara dia masih hidup. Kami semua tak tahu macam mana suasana hari raya tanpa opah bila dia dah tak ada nanti. Mesti tak seronok macam sekarang. Ayam 9 ekor pun boleh habis dalam masa 24 jam. Kuah laksa pun boleh kering dalam masa 24 jam. Kuah kacang pun boleh habis dalam masa 24 jam. Tak payah tunggu tetamu datang, kami semua dah jadi tetamu. Tiada batas-batas dalam makanan. Tiada catuan. SYIOKK!!

Tahun ni sebagai raya pertama saya menjadi isteri orang, saya balik rumah mak mertua saya di Taman Seri Berjaya. Yang ada hanya adik beradik Apek sahaja sebab Apek tak ada kampung. Atuk nenek semua dah pergi menghadap Ilahi. Suasana memang sedikit berbeza sebab daripada 31 orang jadi 8 orang sahaja. Tapi best sebab tahun ni raya ada suami, ada kakak ipar ada mak mertua ada abang ipar. Tahun ni raya pertama saya tak berapa nak sihat tapi keluarga mertua baik sangat. Tak payah nak tolong apa-apa minta saya rehat je. Pagi raya tak ada aktiviti salam menyalam sampai saya pun lupa nak salam si Apek ni haa. Kihkihkihkih. Sebab mama tak suka nangis nangis di pagi raya. Mungkin terkenangkan arwah abah. Kesian mama. Tak apa, saya faham. Dengar cerita daripada Apek dengan Kak Ida, mama dengan abah memang very the loving couple cuma Allah lebih sayangkan abah maka abah terpaksa pergi dulu. Tapi part paling best tahun ni ada anak sedara paling comel, Tisha. Eeee comel betul budak tu. Mengada-ngada. Pandai posing pulak tu. Tahun depan Tisha dah besar. Dah boleh jalan mesti lagi best.


RAYA KEDUA
-Apek dah rimas nak pakai satu set baju melayu. Aishh tak rayalah kalau tak pakai satu set. Raya kedua ni pakai kaftan. Apek pulak beli baju melayu last minute. Malam raya tu saya paksai dia cari baju melayu hijau. Dahlah pandai tawar menawar. Aish comellah lelaki kalau pandai tawar tawar ni. I like-



OKAY! TAHUN DEPAN RAYA PERTAMA RUMAH OPAH! YAHOOOOO!!

1 comment:

khairunnisa ♥ said...

Selamat Hari Raya Ainee, Maaf Zahir dan Batin =)