Environment Baru

Ingat tak lagi I ada cakap pasal rumah 2 1/2 storey yang dia nak jual RM280K yang I nak beli tu tapi tak jadi sebab mahal sangat? Ok that is the bad news.

The good news is rumah depan yang I nak beli hari tu under auction. Ada uncle cina depan rumah bagitahu. Cepat cepat I search. Harga auction RM182,250 which is under value. Sangat sangat sangat murah untuk rumah tepi dan 2 1/2 tingkat. Sebabkan I ni kerja syarikat hartanah merangkap syarikat penilaian I tahulah berapa harga market value rumah tu. Nak tahu berapa? RM350K. Luasnya pulak 5,145 kaki persegi.

Hari ni lah hari jualan lelong. Semangat semalam suruh ayah buat bank draf 10% semua which is RM18,250/-. Dahlah ayah demam panas 2 hari tu. Kesian ayah. Nasib baik ayah kuat hari ni dah sembuh. Iqalah yang teman ayah pergi mahkamah hari ni. I dengan Iqa pulak tak habis habis berbalas mesej cakap ramai oranglah ada rumah lain kat Chepor murahlah bla bla bla.

Then sampailah masa rumah yang kiterowang target tu. Nak tahu berapa orang bidders?? 15 ORANG BEBEH! 15 ORANG! Ramai gila. Mula-mula ingat dah tak ada chance dah. Ayah tanya nak bid sampai berapa. I cakap bid sampai RM300K sebab rumah tu value dia RM350K. Ayah pun cakap ok. Dahlah dalam 15 orang tu ada 2 je melayu termasuk ayah I dengan 1 India. Majoriti yang lain semua cina. I dalam kepala dah ingat ohh mesti ayah tak dapat sebab cina banyak duit dan I kalau boleh tak nak lebih dari RM300K. Lagipun kalau tak dapat mesti ada sebab. Mesti ada hikmah. Itu je dalam fikiran I. I always think positive.

ALHAMDULILLAH! Ayah dapat bid dengan harga RM238K. Rezeki. Sekarang ni nak apply bank loan je. Harap harap loan lepas.

Yang paling paling tak sabar adik adik kecil I lah sebab dieowang tak pernah ada bilik sendiri. Ini dah ada 5 bilik ni memang sah sah lah sorang satu bilik kan. Iqa dah cop dah bilik kat atas sekali siap nak buat bar lagi. Amboih! Kemain! I pulak tak kisah bilik mana mana pun sebab I pun dah ada rumah sendiri kan balik tidur pun mungkin time raya je tapi katil I tu memang tidak boleh dimiliki oleh sesiapalah kan. So next step is loan application. ^___^


Comments

Huda Luna said…
good luck ainee

so family ko la duk situ eh
Ainee Cumi said…
Huda: Ha a dan aku mungkin akan masuk rumah lama mak aku. Doakan loan approve. Guna nama aku sekali. ^__^

Popular posts from this blog

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand