Wednesday, August 1, 2012

12 Ramadhan

Semacam tak percaya dah 12 hari kita semua berpuasa. 17 hari lagi Syawal bakal menjelma. Wooho!! Tak sabar rasanya nak raya pertama kali dengan my boyfriend ni.


 
Cubaan pertama Mr. A membuat oreo cheese cake. Alhamdulillah menjadi. Resepi I amik daripada belog Namee Roslan. Semalam baca terus salin terus pergi Billion beli barang. Apek punyalah terkejut mahal gila cheesenya sampai RM11.90. Banyak kali dia cakap, "Kalau tak jadi kek ni siap you! Mahal woo cheese dia sampai RM12. First time I beli cheese ni." sambil dia hancur-hancurkan orea sambil dia gaulkan susu, telur dengan cheese. Tergelak-gelak I. Comel gila tengok dia duduk dekat bar sambil membuat kek. I sebagai ketua chef masak benda lain. I masak ayam masak merah dengan nasi goreng kampung untuk berbuka. I cuma bagi arahan je dekat dia. Dan taraa! Alhamdulillah menjadi. Lepas ni bolehlah kami buat biskut raya pulak.


Pagi tadi sahur masak Udang + Cendawan Masak Lemak Cili Api. Gigih masak sejam tu. Lepas ni kena make sure potong bahan siap-siap malam-malam. Nasi memang dah masak siap siap tengah malam. Nak tau Apek cakap apa? "B dah cakap dah!". Ye ah B! Ye ah! Bby kan degil. Kihkihkih.

 CHEF AINEE PRESENT YOU THE UDANG MASAK LEMAK CILI API WITH CENDAWAN. 

Tapi apa semua bahan cendawan ke udang ke semua tak nampak kan? Almaklum ah tak sempat eh nak tayang presentation skill. Dah lambat. Nak habis sahur dah. Alhamdulillah, syukran! syukran! My darling suka sangat. Like suka suka suka sangat sampai dah habis makan pun tak habis habis cakap sedap. Thank you B! Thank you! Maknanya berbaloi ahh I masak sejam. Apek cakap, "Ni cubaan untuk menunaikan semua impian I ke ni? Kalau nak tahu masak lemak cili api pun my feberet selain kari". Hihihihi! Apek cakap macam tu sebab hari tu dia ada cakap dia tak merasa lagi I masakkan ayam masak rendang terus petang tu I masakkan untuk lauk berbuka. ^____^ Saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk awak ok cayang selama saya masih hidup. =)


Mari sini nak share RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI WITH CENDAWAN ni. Senang je baq hang.

 
1. Santan
2. 10 Biji Cili Padi
3. 2 Inci Kunyit
4. 2 Batang Serai
5. 10 Ekor Udang
6. Baby Jagung
7. Cendawan
8. 3 Biji Bawang



Blender 3 biji bawang besar, 10 cili padi dan 2 inci kunyit. Dah blender sila tumiskan dalam kuali.

 
Kemudian, masukkan bahan bahan yang ini kecuali cendawan dan udang. Dah nampak menggelegak masukkan udang, cendawan dan santan. Then taraaa jadilah udang masak lemak cili padi sedia terhidang.


P/S: Sorilah kualiti gambar Galaxy Tab memang kureng sikit.

By the way, perkara paling membanggakan lepas kahwin I dah dapat bezakan mana halia mana lengkuas dan mana kunyit. Hoyeahh!! Ingatkan selama ni muka dieowang sama tu yang konpius tu. Now! Oh yeah! Saya dah tahu. Ni lah masalah yang akan dialami oleh anak manja yang maknya tak bagi tolong apa-apa di dapur ya. Hanya tahu makanan siap, duduk dan makan. ^__^

10 comments:

Huda Luna said...

hahaha ainee nnt masakk utk akuuu jgk

Ainee Cumi said...

HUDA: Aishh masak masak sekarang ni dah mcam masak kacang je. Boleh boleh. Tak sabar nak jumpa Ahad ni.

Anonymous said...

Awak isteri dunia akhirat saya hehe terima kasih

cha said...

cheese mmg mahal pun ainee. selalu nk beli pkir 8 kali haha sbb akak tak suka.

oh apek bahagian baking la eh ainee bahagian lauk pauk huhu

tp akak nk tanya knp gulai cili api huda santan dia mcm bergumpal je. tak kacau ke apa?

good job dh pandai masak.

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS: Siapa anon tak ada nama ni?

Ainee Cumi said...

K.CHA: Ahahahah! Nasib baik Ainee dengan Apek suka cheese. No wonder ah kek cheese selalu mahal eh. Baru tahu.

Lebih kuranglah hari tu delegate task lah konon. Apek semangat beno nak buatnya. Aini ON! Dia biasa incharge air.

Bukan Huda lah, Aini lah. Ni mesti salah taip ni. Mana ada santan yang bergumpal. Itu kan bahan bahan blender. Lagipun rushing nak tggu kering ke apa. Kihkihkih.

Hihihi! Tenkiu! Tenkiu! Still learning.

oshinz said...

look yummy darl.. syabas!! hehe. i nak tapau la kalau umah i dekat kat umah u. haha.

cha said...

Adoi akak ni asik salah je aini dgn huda hahahah malu kali ke 40 haha

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Tapau? Alah berbuka sekali terus ahh.

Ainee Cumi said...

K.CHA: Tak takpe. Kalau dengan Huda cakap Aini pulak. Lawak lawak.

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...