Kamu kena kuat wahai kekasihku untuk aku menjadi badang
Aku ini gadis yang tabah bentuk hatinya, gemar menyembunyikan rasa
Yang kadangnya dikira sekecil kuman pada hakikatnya sebesar gajah
Suka dikatup dikunci dari dihebahkan dibiarkan untuk dikongsi bersama
Iya! Aku perahsia orangnya
Rahsia manusia lain dan rahsia aku semat terkunci dalam benak ini
Kadangnya aku biar ia luput hilang jauh dari ingatan
Di hujung ganggang itu, setitik jatuhnya air dari matamu
Aku tahu, aku rasa tapi aku diam pantas mengolah rasa IM OKAY!
Kerana aku takut bila aku mengatakan aku tahu kamu nangis ya di sana sayang
Aku takut aku juga turut serta bermandi lautan air entah dari mana datangnya
Eh mana boleh! Aku kan badang.
Kita sama-sama kena kuat.
Aku gapai kau, kau capai aku
Sama-sama kita tempuh ya sayang
Ini semua ada hikmahnya
Pegang pada itu mesti kita kuat mampu tewaskan 1000 laskar pelangi
Sentiasa prasangka baik dengan Allah kerna Allah memang baik. MAHA BAIK!
Saya sayang awak wahai Encik Sempurna. ^___^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment