Monday, June 4, 2012

New environment

Alhamdulillah. Semalam dengan rasminya dah angkut semua benda masuk rumah baru. TV dengan komputer memang dah angkut siap-siap, semalam tinggal barang-barang besar besar je macam almari, katil, peti ais dengan washing machine. Sofa?? Ohh sofa dengan coffee table bakal menjelma hujung bulan ni. Yahooo!! Warna maroon gitu. Tak sabarnya.

Semalam dah berjaya beli kabinet TV. Bukan main seronok Apek dapat kabinet TV untuk letak TV 51' dia tu. Tu lah TV kemain nak besar-besar, konon nak feel lebih bila main X-Box lah PS3 lah. Ishh apa apa je lah Apek ni, padahal X-Box pun tak beli beli lagi. I lah untung dapat tengok Desperate Housewives, Secret Circle, Switched At Birth dengan terangnya. Terima kasih suamiku. =)

Rumah sewa baru kali ni sangat terang dan sejuk je walaupun cuaca hok mak aihh panas gila. Jimat letrik! Tak payah pasang lampu siang-siang tak payah pasang aircond.

Ingat masuk rumah sewa baru ni senang?? Banyak duit pakai ohh. Nasib baik deposit sebulan je. So total kena bayar RM300+RM300+RM100. So total RM700. Memandangkan lantainya lantai simen kenalah membelanjakan lagi RM318 untuk tikar getah untuk satu rumah tu termasuk bilik. Hambik kau RM1000 lebuh macam tu je. Tapi tak apa, untuk keselesaan bersama. Tak sabar nak deco deco rumah walaupun bukan rumah sendiri. Tak sabar nak gantung gantung frame yang banyak sangat tu. Tak sabar nak mengecat. Tak sabar nak buat taman kecil kat luar rumah. Aishh! Semua tak sabar. Nasib bukan rumah sendiri, kalau rumah sendiri mesti I dengan Apek lagi over nak mendecorate.

Raya tahun ni boleh buat open house kat rumah sendiri khas untuk sedara mara dan kawan kawanku yang nak sangat tengok rumah kecil I dengan Apek ni haaa. Nanti bulan puasa nanti I tempek event dekat FB korang yaa siap dengan map sekali haa time tu datanglah. Sekarang ni tak boleh datang lagi, rumah tak ready lagi. Masih bersemak samun. Kat belakang adalah tanah sikit, mak mertua nanti bagi serai, pokok cili padi, daun kari, daun limau suruh bercucuk kat belakang rumah. Nak bela ayam tapi Apek tak bagi. T___T

By the way, siapa siapa kat Ipoh ni nak sewa lori dengan harga yang sangat murah. Lori 1 tan. Bolehlah call Along 012-5749717.




8 comments:

cha said...

seronok kan dh ada rumah sndiri. akak pun walau rumah tak lengkap tp perasaan tu lain mcm. akak hr tu kene depo kopak gakla.3+1+depo api air. 1800+600+500=2900 T___T

Ainee Cumi said...

Wahh lagi ahh. 3 bulan deposit tu. Aini ni nasib baiklah sebulan je dia mintak.. Ohh k.cha punya sewa RM600 eh?? Tak sedih ke kerja bagi Rm600 kat orang? Aini ni yang sikit je ni yang RM300 je ni pun dah rasa aishh ruginya bayar kat orang. Tapi tak apa buat sementara waktu kan k.cha kan.. Maknanya B2B yang lain bukannya kena pikir duit nak kahwin je kena put aside some money untuk rumah sewa jugak. Kan? Kan? Kan?

oshinz said...

kalo sewa rumah kat area kL pun same nanges jugakla meleleh air mata banjir2 nak membayar. hehehehe. cepat decorate rumah dan upload gambar sini.

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Tu lah yang best duduk kat Ipoh ni. Tak adalah menangis sampai banjir. Harga sewa rumah masih murah.. Gaji pun tak adalah beza mana pun. Tu lah.. Baik baik akan diupload. =))

cha said...

tau takpe. lepas kawen mcm akak ni mmg kene ada duit utk rumahla. nk buat cmne ainee akak tgh dok survey rumah ni. haish tak sabar nk ada rumah sndiri

Ainee Cumi said...

K.CHA: Tu lah pasainya. Memang guna banyak duit. Ingatkan bila dah kawin combine gaji lagi banyaklah duit rupanya lagi bertambah gaji lagi banyak keluar. Ahahhaha!

Haa tu lah k.cha aini pun tak sabar nak ada rumah sendiri. K.cha keje gomen lagi ahh senang dapat loan kan? Kan? 100% loan boleh dapat kan? Pi cari rumah idaman cepat. Cari yang betul betul minat tau. Investment terbesar dalam hidup ialah rumah.

Aina Aadnan said...

untung gila dok ipoh kan, sewa rumah murah je. kalau yg nak dok kl tu, hambik lah sewa sebulan je dah 700. belum campur deposit semua, dah ribu-ribu.

Ainee Cumi said...

AINA: betul betul betul. Memang best duduk Ipoh ni. Semuanya murah murah lagi kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Meh ahh pindah Ipoh. Stress pun tak ada. ^__^

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...