Friday, June 15, 2012

Living Room Sketch by Apek & I

By my darling Apek
By me myself and I

Macam biasa, Apek dengan I akan berchatting di Facebook apabila pergi ke tempat kerja masing-masing. Biasalah dah tak ada ayat lain dah. Menyatakan kerinduanlah, tak sabar nak baliklah, stress kerjalah, tahun depan nak melancong ke manalah, malam ni nak makan luar ke masak, wayang apa nak tengok Rabu depanlah dan bla bla bla. Tapi mestilah lepas kami dah siapkan kerja masing-masing. THAT IS OUR PRIORITY! Kadang-kadang Apek bagi salam dulu, I lepas sejam baru dapat balas. Kadang-kadang I dah balas 10 minit lepas tu baru Apek balas. Bergantung kepada ada kerja ke tidaklah. Kadang-kadang Apek tak ada kat tempat dia sebab dia kena round mall. I pulak kadang-kadang tak ada kat tempat I sebab I pergi fotostat. Kadang-kadang dua dua mengadap komputer tapi tak boleh reply sebab I tengah menaip report dia tengah mendesign macam-macam. Dan itulah rutin harian kami.

Tiba-tiba 2 hari lepas, Apek tempek gambar ruang tamu yang dia design. I macam wahhh!! rajinnya. Tiba-tiba teringat sketch pelamin tunang kiterowang kat sini. Design my darling ni simple sikit so I yang memang the very the diva beria ni of course ahh nak design jugak sebab dia guna website mydeco.com instead of illustrator. Kalau guna illustrator memang mak jemah fail lah kan. Terima kasih suamiku kerana memperkenalkan website ni. Kalau boring boring boleh singgah main design design budget interior designer. ^__^

Terus I tinggalkan Apek terkapai kapai dekat room chat tu. Konon busy banyak kerja sebab tu tak reply rupanya ralit main benda deco-deco ni. 3 jam okay I habiskan masa dekat sini je. Mana taknya, ada kerja tinggal then sambung balik lepas tu sambung balik.

Ok sambung balik cerita. Sofa memang kami dah order dah. Memang kompem warna Maroon. Hujung bulan ni sampai. Sekali dengan meja kopi sekali. Kabinet TV baru je beli awal bulan ni. TV memang dah ada cuma nak tunggu sofa je ni untuk realisasikan impian ruang tamu ApekAinee ni. Sebab ruang tamu kami kecil je takut kalau cat awal awal sofa tu dah tutup jalan ke apa ke kan buat penat je buat feature wall tapi tak dapat guna.

Which one u ollsss prefer? Apek punya design ke I punya design? Ke dua dua pun ke laut?

Apa-apa pun, cepatlah hujung bulan. tak sabarnya nak main cat. Tak sabarnya nak gantung frame-frame hadiah kahwin tu.

4 comments:

oshinz said...

more to Apek's design.. sebab simple. tapi kalo combine u both punya design pun not bad kan?

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Majok ahh macam ni dengan Oshinz. Kenalah sokong ittew tau. Hihihihi! Okay nanti once dah ada outcome aini post sini. Kihkihkih.

Miss Ika said...

Ainee, I prefer first sebab nampak simple. Minimalist. But I suka jugak yg second sebab modern concept. U combine both kot lebih cantik sebab ada tv cabinet tu. Hehh

Ainee Cumi said...

MISS IKA: Ok finlah Ika pun samalah macam Oshinz. Tak nak kawan. Ahahahah! Okay okay Aini combinekan dua dua idea tu nanti. Kita nantikan ehh. Btw ada kawan I lagi sowang pun suka Apek punya sketch. Ok I tak layak jadi interior designer. Hihihih!

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...