Thursday, May 3, 2012

1 May 2012 - Proposal Day (2 years back)

Drive from Ipoh at 9.00am. Then we're having a nice simple breakfast which costs us RM22. Feeling orang putih kejap minum secangkir teh sambil lihat pemandangan teh dari balkoni. ^_^




Kat sinilah Apek propose I dengan ayat, "Sudikah kau menjadi isteriku yang halal?". Eh ke "Sudikah kau menjadi yang halal bagiku?". Tapi no versi versi orang putih ya. I je yang cakap "Yes! I do" sebab I kan baget anak mat saleh.



Ni muka penat mendaki bukit yang sumpah bila nak naik tu dia punya feeling macam masuk marathon 10kilometer tau.
But all the sweats paid off. Pemandangan dia masyallah cantik sangat. Angin pun kuat je. Peluh pun terus kering.


 Dah habis manja manja bermadu kasih kat atas bukit tu, turun pun sampai terketar ketar kaki, lepak kat cafe bawah tu minum teh lagi. Kata kat cameron kan, tak sah lah kalau tak minum teh. Strawberry nak petik semua stok layu je makanya tak adalah strawberry berry.


Thanks dear hubby for choosing Cameron Highlands to be part of our memory. 

Our budget is RM100 only. And for Ipoh folks, kalau naik atas tu nak turun balik janganlah ikut jalan turun ke Tapah, jauh bai. Biasalah, I ni kan stok degil tak nak dengar cakap I balik ikut jalan ke Tapah. Mak aih dah lah jauh jalan macam ular kena pukul. Berbelit belit. pening oden.

2 comments:

cha said...

kenapa tak tido sane ainee?

Ainee Cumi said...

K.Cha: Tak ada cuti ah k.cha. Lupa nak apply.