Thursday, December 22, 2011

Rumah itu KEPERLUAN atau KEHENDAK?

I dengan Apek ada usha usha rumah hari tu. Macam teringin je nak ada rumah sendiri. Dah jumpa satu rumah ni. Corner lot 3 tingkat. Harga boleh tahanlah. Tak murah sangat dan tak mahal sangat. RM280K. Tapi dia agak jauh ke dalam lah. Tapi tak adalah jauh mana sebenarnya nanti lama-lama kawasan kat situ dah bukak sikit sikit mesti rasa dekat je dengan jalan besar. Kiranya masih dalam proses pembangunan.

Tapi kami dalam dilema sangat. Nak beli ke tak nak. Sebabnya kami masih muda. Baru 23. Baru kahwin pulak tu. Tak sempat nak enjoy lagi. Kalau beli rumah sah-sah sebulan kena bayar RM1K++. Tinggal berapa kerat je nanti lepas bayar bil bayar kereta bayar PTPTN. Tapi harga rumah makin lama makin naik. Sekarang ni pun rumah baru kalau corner lot setingkat jangan haraplah nak dapat RM250K ke bawah. Memandangkan I kerja syarikat hartanah kan, I tanyalah valuer macam mana market value sekarang untuk rumah tepi sebab impian I dengan Apek memang nak rumah tepi. Tak nak atas tak nak tengah tak nak mana-mana selain corner.

So pendapat koranglah baik beli rumah sekarang ke walaupun budget really tight ataupun biar je kewangan dah stabil gila baru beli? Tapi nanti bila kewangan dah stabil kompem-kompem umur dah 27++ time tu dan harga rumah pun makin mahal. So pusing-pusing balik sama je situasinya.

Argh! Dalam dilemanya...

Enjoy atau komitmen??

11 comments:

erin said...

280k, corner lot 3 tingkat murahnya..kat mana tu? belilah ainee, bila lagi, better beli sekarang so boleh strech loan lama sikit sebab u muda lagi, kalau beli dekat 30 nanti, loan pendek, bayar bulan mahal sikit, but anyway it's up to u..gudluck

oshinz said...

better beli sekarang la yunk. sebab u masih muda. enjoy kemudian pun takpe. muda-muda kumpul asetlah bagus. =)

Huda Luna said...

beli je ainee
tp amik tempoh masa byr tu long duration mcm 20 thn ke. sbb nnt rumah makin mahal
sama je
aku pun nk beli thn depan. lagi la serabut

Unknown said...

beli laaaaaaaaaaaaaaa..kalau i duk ipoh dah lama beli. 3 tingkat , corner lot lagi. xpa korang masih muda..investment dr awal! kalau duk KL ni 280k dpt aptment bese je T_T

SitiHalisa [Lysa] said...

Kalau ade duet, ape salahnya beli dulu. Sebab harga rumah makin mahal. Tak rugi pon kalau beli. Duet boleh dicari lagi. Hihi :)

Ainee Cumi said...

ERIN: Tu lah kan. Pikir loan tu boleh amik lama lama tu so that bayar bulan bulan tak adalah terasa sangat kan?? Tenkiu tenkiu tenkiu. Nasihat sangat berguna

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Kan sayang kan?? Tu lah pasal. I pun igt macma tu. Enjoy tu kemudian kemudian boleh nanti gaji dah naik bolehlah enjoy. Waktu tu masih below 30 so masih kuat untuk berjalan jalan. Kihkihkih

Ainee Cumi said...

HUDA: Ohh tidak ku rela nak amik loan jangka masa pendek untuk rumah Huda. Tak mampu nak bayar. Kalau rumah tu below RM100K mungkinlah boleh. Ya Allah Huda, tahun depan ko nak kawin tahun depan ko nak beli rumah. Tak pening ke Huda? Buat satu satu. Mungkin lepas kahwin baru ko pikir pasal rumah karang ko sakit otak kang Huda. Apa apa pun aku tak sabar bulan 2 nak jadi makeup artist. Kihkihkih

Ainee Cumi said...

NORHASLIZA: Murah kan? Aini pun rasa murah sangat. Tu ahh pasal nak beli. Tapi dia ke dalam sikitlah. Tu lah KL mahal sangat semua benda tu yang Aini nak duduk Ipoh je. Kerja semua kat Ipoh. Meniti usia muda dan tua di Ipoh. Heheheheh! Kalau kat Ipoh jangan cakap Apartment, sewa pun kalau tak ada RM800++ jangan harap kan?kan? Takutnya... Terima kasih sangat atas nasihat tu. Lega sangat..

Ainee Cumi said...

LYSA: Mesej awak sangat ringkas tapi sangat memberi kesa. betul tu. Duit boleh dicari. Thanx babe.

Ainee Cumi said...

SEMUA: Tenkiu! Tenkiu! Tenkiu! Appreciate sangat semua nasihat ni. I akan tanya uncle tu boleh kurangkan lagi harga tak.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...