Assalamualaikum
Ambil penting apa yang I nak sampaikan ni. Kadang-kadang kita hanya mampu merancang tapi sebabkan benda-benda tertentu apa yang kita rancang tu tak menjadi and yes di samping izin Allah juga.
Perkahwinan ni bukanlah sesimple bertunang. Lain sama sekali. Dulu waktu bertunang semua pun I buat sendiri. Pelamin, hantaran, guestbook. Waktu tu rasa macam alahai senangnya. Siap tak payah ambil cuti lagi nak prepare bertunang. Tapi kahwin ni lain walaupun anggapan I sama je. Bila dah tiba hari nak kahwin tu baru nak rush sana rush sini. Kahwin ni complicated sikit tak macam tunang. Tunang memang senang. Tak payah banyak kisah tapi kahwin............. Tak tau macam mana nak cakap kesibukan dan kehavockan dia. Kalau nak tau korang kena kahwin ohh dan semua buat sendiri.
Ini nasihat bekas pengantin kepada bakal pengantin.
1) Kalau ada duit sila hire Wedding Planner. Kita takkan mampu buat semua sendiri.
2) Kalau nak buat semua benda sendiri make sure setahun awal tu dah mula buat. Jangan ingat semua benda senang boleh buat last minute. Yakni download lagu sekalipun kena buat awal.
3) Kalau nak buat bunga tangan kat kedai bunga sila bawa contoh. I buat bunga tangan kat Jusco dia charge I RM25 tapi hasilnya hampeh macam bunga convocation dia buatnya. Last last kawan I yang buatkan bunga tangan. Dan bagi orang Ipoh, janganlah buat bunga tangan kat Jusco tu. Mahal dan tidak berbaloi. Kalau nak buat bunga tangan pergi Super Kinta bawak design yang kita nak. range harga bawah RM30.
4) Deligate task. Tolong tolong tolong deligate task. Macam siapa ambil cake ke apa semua. I hari tu siap terlupa nak ambil cake kot. Lawak !Lawak! But it was fun actually kalau buat semua tak according plan. kahkahkah! Boleh pulak kan macma tu.
Ok sebenarnya Im not in the mood of typing. Esok-esoklah sambung. Ni macam tahhape hape punya nasihat je. Tak serius langsung. Baca pun tak semangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
6 comments:
noted dear.. thanks for the advice.
hahahahaha please sambung..
amboi sampai typo
baik puan
OSHINZ: =))
NORHASLIZA: Nanti dah dapat gambar baru sambung. Hihihihi
HUDA: AKu kan puteri typo
Post a Comment