Alhamdulillah. Tadi tengah lunch boss panggil semua staff masuk meeting. Ingatkan meeting apa tadi. Rupanya nak bagi duit. Sebulan gaji. Alhamdulillah. Ni bukan bonus ni kira macam imbuhan. Bonus tak sabar nak dapat bulan 6/7/8 nanti. Imbuhan ni tak effect bonus, company saja-saja nak bagi. ALHAMDULILLAH! Tak tahu dah nak bersyukur macam mana. Kalau dapat imbuhan RM500 pun dah cukup bersyukur dah inikan dpat sebulan gaji. Alhamdulillah. Syukran ya Allah. Syukran!
Terus telefon husband nak mintak izin nak telefon Hafiz nak tambah custom album untuk rezeki yang tak diduga ni. Alhamdulillah Apek on je sebab Hafiz pun ada sarankan buat custom album hari tu tapi tak dapat nak buat sebab tak ada duit. Ini dah ada rezeki ni apa salahnya buat sebab I memang suka sangat gambar-gambar kahwin I. Kalau boleh nak cepat dapat soft copy, tak sabar nak dapat album supaya bila celik mata je dapat tengok gambar kahwin. Sebelum tidur je selak album kahwin. Siapa yang tak suka wedding sendiri kan?
Makanya silalah percaya lepas kahwin lagi murah rezeki. Kalau rezeki tu tak dapat dekat kita seorang, kemungkinan rezeki tu akan dikongsi bersama yang lain. Tak apa, itu dipanggil rezeki juga. Jangan tamak. Jangan bila sudah diberi sesuatu mahu lebih. Hanya ucapkan TERIMA KASIH ALLAH DI ATAS REZEKI INI. ALHAMDULILLAH!
P/S: Semalam usha rumah dengan Apek kat Bandar Cyber. Bukan Cyberjaya ok! Ni dekat Ipoh punya bandar cyber yang tak berapa nak cyber.Cantik! Berkenan sangat. Tapi mahal. Corner lot setingkat RM250K.
Thursday, December 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
-
Semalam dah habis beli barang untuk hantaran I. The cost kurang dari RM100 ok? Murah gila! I expect macam RM100 abovelah kan. Before beli ba...
6 comments:
NIE NAMANYE REZEKI TERCAMPAK..=)
Wahhhh. Syukur. Betul, ni nama nya rezeki lepas kawin. :)
NURAIEN: Itu pun ada orang yang tak bersyukur.
LYSA: Tui tui tui. Rezeki lepas kahwin. Alhamdulillah. =))
eh bestnya... okeh nak cepat kawen. so nanti boleh senang dapat kerja. haha. teori merepek punya ni.
OSHINZ: Kahkahkah. Lawak je oshinz ni. Ehh bukan awak mmg planning nak kawin ke?
Post a Comment