Wednesday, December 14, 2011

Hitam Merah


Husband dinner semalam dekat Impiana Hotel, Ipoh. I tak ikut sebab tu dinner ofis dia. Gila kau boss besar pun tak bawak isteri takkan Apek nak bawa I kot. Makanya I pun duduklah sorang-sorang dekat rumah layan Cinta Elysa kejap selama 30 minit sebab pukul 9.30 nak tengok Vampire Diaries. Gila kau nak pilih Cinta Elysa daripada Vampire Diaries. Hell no! Dah lah kunci bilik attach together with our car key. Memang tak masuk biliklah I kan sebab kakak ofis hantar sampai rumah. Kereta ada dekat Apek. Memang melangut duduk kat luar je lepas tu ayah dok gelak-gelak. Apek nak balik rumah baru ayah buat trick macam mana nak bukak pintu yang berkunci. Hampeh tau ayah aku ni. Nasib baik sayang.

Balik-balik je dengar macam ada orang tutup pintu kereta terus lari pergi depan pintu. "Yeahh! Cayang dah balikkkk!". Terus sambut dia. Dia bagi bunga u. Bunga ros putih. Alololololo! I love u lah my B. Lepas tu dia bawak hamper besar. Banyak makanan. Ifa lah seronok. Kuat makan kan. Dan yang paling best dia dapat washing machine Panasonic. Memang bertuah malam tu tau my husband ni. Dah lah jadi designer untuk kawan-kawan vampire dia tu. Dia pulak tak boleh jadi vampire. Tak sempat nak bersiap. Gila kau dah ahh kena manage event lagi nak bersiap jadi vampire memang mimpilah kan. Ingat senang nak tempek darah lagi nak pakai cape lagi. Itupun siap nak pakai contact lens. Lawak betul my husband ni tau. Last-last give up tak nak pakai sebab payah beno. Haaa tu lah cayang kena belajar dari kawan cayang yang bernama Syahir Adnan. Dia terror lah.

Eeeee seronoknya dapat washing machine. Nanti dah beli rumah tak payah dah beli machine basuh. Memang lucky betul laki I ni.

Itulah kita kena percaya benda ni. Bila nak kawin ada rezeki, bila dah kawin ada rezeki, bila mengandung ada rezeki, bila melahirkan anak ada rezeki yang Allah dah tetapkan. Jangan risau semua benda tu. Yang penting kita kena berusaha je, ikhlas dan sentiasa berdoa. Alhamdulillah, ini rezeki lepas kahwinlah ni. =))

2 comments:

Huda Zulkahar said...

huhu..so sweet sis..rezeki kite dgn pasangan hny Allah jer yg taw kan??semoga murah rezeki sis.. :)

Ainee Cumi said...

HUDA: Betul tu. Kita kena selalu berdoa je. Tu sebab bila orang cakap risau kawin takde duit I marah. Heheheheh