Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram 1433H / 6 Disember 2011

Semalam. Hari Ini. Esok.


Bertuahnya kita yang masih hidup ni dapat puasa sunat Asyura kan? Me & huband pun tak melepaskan peluang ni. I macam tak boleh kalau tak tau apa itu puasa Asyura. Kenapa kita disunatkan berpuasa pada hari tu? Apa kelebihan dia? Macam useless je kalau I puasa tapi I tak tahu peristiwa di sebalik semua ni. So I dah buat a lil bit of research.


Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA

Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

Puasa Asyura ni telah lama diamalkan oleh masyarakat Arab termasuk bangsa Yahudi. Ianya merupakan amalan tempatan sebelum Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah. Asyura itu sebenarnya berasal daripada perkataan Arab iaitu Asyara yang bermaksud sepuluh. Ok! Ada apa dengan 10 Muharam? Kenapa 10 Muharam? Banyak sebabnya..... Betul! Banyak..


Antara Peristiwa BESAR pada 10 Muharram ialah :
1. Hari pertama Allah S.A.W menciptakan alam
2. Hari pertama Allah S.A. Wmenurunkan rahmat
3. Hari pertama Allah S.A.W menurunkan hujan
4. Allah S.A.W menjadikan 'Arasy
5. Allah S.A.W menjadikan Luh Mahfuz
6. Allah S.A.W menjadikan Malaikat Jibril
7. Nabi Adam A.S diciptakan
8. Diampunkan dosa Nabi Adam A. S setelah bertahun tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah. S.A.W
9. Nabi Idris A.S diangkat darjatnya oleh Allah S.A.W dan Malaikat Izrail membawanya ke langit
10. Diselamatkan Nabi Nuh A. S dan pengikutnya dari banjir besar selama 6 bulan dan bahtera baginda selamat perlabuh di puncak pergunungan
11. Nabi Ibrahim A.S dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud
12. Nabi Ibrahim A. Sdiselamatkan Allah daripada api Raja Namrud
13. Nabi Yusuf A.S dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama 7 tahun
14. Nabi Yaakub A.S telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut
15. Nabi Ayub A.S disembukan dari penyakitnya
16. Nabi Musa A.S telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Meraj
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa A.S
18. Nabi Yunus A.S selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
19. Kesalahan Nabi Daud A.S diampuni Allah S.A.W
20. Nabi Sulaiman A.S dikurniakan Allah kerajaan yang besar
21. Nabi Isa A.S diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda
22. Saidina Hussein Ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyidina Hussein ra. Fitnah ini degembar gemburkan oleh kaum Syiah dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'Pesta Menyakiti Diri' kononnya sebagai tanda kesal di atas kewafatan Saidina Hussein Ibni Ali ra.


Kan dah cakap banyak peristiwa yang terjadi pada 10 Muharam ni. Interesting kan? Macam kebetulan pulak semua jatuh on the same date. Tapi apa-apa pun kisah-kisah di atas dengan Hari Asyura' hendaklah dicari sandarannya.


14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


BILA HENDAK MELAKUKAN PUASA SUNAT ‘ASYURA?
Ketika Rasulullah saw berpuasa pada Hari Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah ia adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani?”

Lalu baginda bersabda: “Tahun akan datang, dengan kehendak Allah, kita (akan) berpuasa pada hari kesembilan (sehari sebelum Asyura).”

Berkata Ibnu Abbas : “Belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah saw telah diwafatkan.”
(Muslim)

“Jika aku masih hidup pada tahun depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pada hari ke-9.”
(Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain)

Hari ‘Asyura jatuh pada 10 Muharram. Nabi Muhammad dan para sahabat pernah berpuasa pada 10 Muharram itu. Namun Rasulullah juga bercadang untuk berpuasa pada 9 Muharram, cuma baginda tidak sempat melaksanakannya kerana wafat.

“Berpuasalah pada Hari ‘Asyura, tapi lakukan berlainan dengan kaum Yahudi, iaitu dengan berpuasa pada hari sebelumnya atau pun hari selepasnya.”
(Ahmad & Ibnu Khuzaimah)

Ibnu Abbas berkata:
“Selisihilah (berbezalah dengan) Yahudi, berpuasalah pada tanggal 9 dan 10.”
(Baihaqi)

Para ulama memberikan pelbagai pandangan dalam hal ini. Kita ringkaskan di sini, puasa ‘Asyura boleh dilakukan:
- pada 9,10 dan 11 haribulan (tiga hari)
– pada 9 dan 10 haribulan (dua hari)
– pada 10 dan 11 haribulan (dua hari)
– pada 10 haribulan sahaja (sehari)


Ohh sebab tu lah ada dengar-dengar suruh kita puasa sehari atau sebelum puasa Asyura untuk membezakan puasa kita dengan puasa Yahudi. Mula-mula macam tak faham, ehh orang Yahudi puasa? Bezakan? Ok, now I got the concept. Dulu kan menjadi amalan orang Yahudi berpuasa pada hari ini maka nak membezakan puasa kita dengan puasa mereka kita digalakkan berpuasa sehari atau sebelum. Kira sama macam sahur lah kan. Sahur tu untuk membezakan puasa kita dengan puasa mereka juga. =))


Siapa yang tak sempat buat tahun ni tak apa, tahun depan ada lagi. Kalau puasa dapat pahala, tak puasa tak dapat apa-apa. ^_^

4 comments:

Huda Luna said...

aku period =(

sedih tak dapat puasa

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

thanks for sharing this!
well, i shared this to my fb boleh?tq:))

Ainee Cumi said...

HUDA: ALoh ye ke? Takpe tahun depan jumpa lagi. Insyallah!

Ainee Cumi said...

FIFIEY LYCHEE MARATHON: Of course boleh. Sharing kan caring.