Tuesday, November 29, 2011

Nak kahwin tapi tak tahu nak mula dari mana?


Tajuk post ada macam dalam iklan, "Anda mahu kelihatan jelita? Cubalah slim world" tak? Ahahahha!

Ok disebabkan saya sangat bohsan yangteramat sebab boss tak ada maka tak ada kerja sampai rasa nak keluarkan semuakekunci kat papan kekunci ni makanya saya ambil keputusan untuk update belogsaya ni haaa.

Update tentang apa? Semestinya tentangkahwin. Memandangkan ramai kawan kawan macam menaikpangkatkan saya kepadapenasihat perkahwinan sebab saya dah potong Q mereka pasal hal-hal kahwin ni.

Orang cakap bila cakap pasal kahwin ni bolehbikin otak jadi beku. Silap silap boleh dapat barah otak. Melampau betul! Manamungkin dapat barah otak kalau fikir pasal kahwin kalau tidak mesti semuapasangan yang dah berkahwin tak sempat nak menikmati alam perkahwinan dah kiok.

Ok mari saya tulis satu satu ya apa yangkorang kena buat kalau fikir pasal kahwin.

1. AMBIL PEN DAN KERTAS
Tulis semua budget yang korang agak agak perlu. Yang penting sekali mestilahmakanan dan makananlah yang merupakan budget paling besar. Cuba tulis macam ni.

PELAMIN RM____________
BAJU RM____________
MAKAN RM____________
DOORGIFT RM____________
PHOTOGRAPHER RM____________
BUNGA TANGAN RM____________
BUNGA TELUR RM____________

dan seterusnyalah kan. Nak tambah videographer ke entertainment ke suka hatikoranglah. Tapi sebenarnya yang paling penting dalam kenduri semestinya baju,makanan dan doorgift. Kalau ada duit lebih barulah masukkan pelamin, walkwaylah apalah semua tu. Kalau nak lagi jimat, photographer bolehlah gunakankhidmat saudara mara. Tetapi jika tidak mahu diri sendiri kecewa dan menyesalsilalah ambil jurugambar yang agak berbakat kalau sungguh pun nak budget.


2.HITUNG PERBELANJAAN
Ok lepas dah kira semua benda tu, campur semua sekali berapa. Lepas tukatakan hantaran korang RM9000 je. Sebenarnya RM9000 tu dah cukup kalau diri tutak demand dan hanya mahu bernikah mengikut sunnah nabi. Alhamdulillah! Takpercaya RM9000 pun dah cukup? Ok jom tengok

Tetamu & Makanan : RM8.50 x 500 orang = RM4,250
Pakej pelamin termasuk persalinan = RM2,000
Khemah RM150 x 5 ketul = RM750
Doorgift RM1 x 500 orang = RM500

Haaa ni yang kira macam wajiblah kan, takde photographer semua. BaruRM7,500. Ada balance lagi RM1,500. Haaa boleh lagi tu ambil photographer semua.Tetamu tak payah ajak ramai-ramai. Ajak jiran terdekat, kawan kawan terdekatdengan saudara mara. Ini kalau sesiapa yang nak berkahwin secara sederhana danpenuh keberkatanlah. Macam I ni banyak sungguh duit dah habis, rasa macam rugipun ada. Kalau I berfikiran jauh macam ni dulu kompem banyak boleh jimat. Tapitak apalah, benda dah lepas dan kira apa yang dilaburkan berbaloi lah denganapa yang dapat tapi still PEMBAZIRAN. Jangan contohi.


3. DUIT
Ok katakan korang dah dapat hantaran tapi still tak cukup sebab mak bapakbising cakap mana bleh tetamu 500 orang je, mana boleh doorgift murah-murahkenalah gempak gempak sikit, mana boleh khemah tak ada scallop, mana boleh buatkat rumah cik timah sedara kita tu buat kat dewan, mana boleh itu mana bolehini jatuhlah air muka bla bla bla. Nak pulak mak bapak tak memberi sumbangansatu sen pun. Bukan salah mereka tapi nak buat macam mana duit poket dieowangpun kurang tapi nak majlis anak besar-besaran. Kita sebagai anak takkanlah sanggupkannak kecewakan hati orang tua kita tu kan makanya nak tak nak kena perah otakmana nak cari duit mana nak cekau duit, hati nak kawin sangat dah ni. JANGANBERHUTANG! Jangan gedik nak pergi buat loan bank semua, kang lepas kahwinmerana. Kang asyik gaduh pasal tak cukup duit kang. Paling bagus sekali, duduksekali ajak mak bapak berbincang. Terangkan kita tak perlu ni tak perlu ituyang penting nikah dan kehidupan selapas kahwin. Tapi kalau tak menjadi marilahkita ke peringkat seterusnya..

First thing first dah kira budget? Katakan budget semua RM20K. Hantaran adaRM9K je, mana nak cekau lagi RM11K? Apalah susahnya, buatlah target kena simpanberapa tiap-tiap bulan.Katakan korang nak kahwin dalam masa setahun lagimaknanya ada lagi 12 bulanlah kan makanya ambil RM11K bahagi 12 bulan.Sotiap-tiap bulan wajib simpan RM917. Kalau kurang satu sen maka pincanglahbudget tadi.


4. SURVEY & BOOKING
Kalau tak nak terasa sangat kena simpan duit, tiap-tiap bulan buat plan. Okbulan pertama kena book makanan. Bulan kedua kena tempah baju. Bayarlah depositdulu. Kalau boleh tak ada satu sen pun duit tinggal dalam poket sebab kalau adaduit dalam poket mesti ada bisikan bisikan syaitan suruh kita pergi belibajulah, beli handphone barulah. Semua nak baru. Macam mana nak kahwin, kan,duit tak cukup asyik nak shopping je.

Maksud saya, contohlah kan kalau pakej pelamin sekali baju semua tu hargadia RM2000 kan, bayar je deposit RM917. Lepas tu balance boleh bayar hujunghujung nak dekat kahwin tu tapi pastikan tempat yang korang nak ambil tu betulbetul korang suka kalau tak rugilah deposit bayar banyak banyak karang burnmacam tu je. JANGAN AMBIL DEKAT CHA YA NUN ALIF! Itu pesanan I. Deposit I burndekat 3 tempat dieowang sebab dieowang sangat berkira. SO NO NO NO! Ok lepasdah bulan pertama settle pasal pelamin dan baju bulan keuda carilah cateringpulak. Dan berikutlah seterusnya. Make sure tak lebih budget, kurang takpe.Walaupun keinginan korang tu tinggi gila sampai cakap, "Ohh lebih sikittakp". NO! JANGAN! Tu semua nafsu je tu. Karang last-last pening kepalanak cari lubang duit sebab budget tak cukup.


5. DIY
Kalau ada benda nak DIY bolehlah mula dari korang start planning nak kahwintu. Jangan macam I semuanya last minute, last-last banyak yang dah plan tapi takdapat buat on that day sebab tak cukup kakitangan yang menolong. Bila dah siapletak dalam kotak. Tak pun mintak tolong kawan tolong. Macam I, penat downloadlagu sorang-sorang last-last on that BIG DAY itself tak main pun lagu-lagu yangI download tu sebab tak perasan kat laptop tak ada player untung format laguyang I download tu. So deligate task. Adik-beradik pun boleh. Lagi senang.


Ok tu je lah yang I boleh tolong rasanyasetakat ni. ALL THE BEST DEAR FUTURE BRIDE. Hope this will help you especiallyto my friend, HudaLuna and Ainatun.Tetapkan hatimu untuk mendirikan rumahtangga, insyallah Allah akan mencurahkankemurahan rezeki kepada kamu. Tidak semestinya dalam bentuk wang mungkin iahadir dalam pakej pakej yang ditawarkan. Haa kat situ dah boleh cut cost dah.Semoga dipermudahkan urusan korang. Urusan aku dah selesai dah. =D


P/S: Tips ni untuk bride je sebabhantaran kan dari pihak lelaki so dah boleh selamat fikir pasal hantaran.Lakilah pening sikit lagi nak fikir hantaran lagi nak fikir belah dia lagi.Tapi biasanya belah perempuan yang buat beriya sikit kan?

8 comments:

ada van de kamp said...

thanks ainee i really need this!! klu ada tips lagi silalah share hehe.. love ur blog since i coulndt remember when :D

Ainee Cumi said...

ADA (adik beradik bree desperate housewives) : Amboihh since tak ingat bila eh. Hihiihihii!! Ok nanti kalau ada tips lagi I share ok. Banyak tips sebenarnya. LIke sangat sangat sangat banyak

Huda Luna said...

huhu tenkiuu aineee!

tulaaa nk kne budget satu persatu
sib baik lah aku nk buat one side je


tips ni leh aku buat reference

Ainee Cumi said...

HUDA: Aku suka pendirian ko Huda. Go HUda go!

cplud miera said...

Salam ziarah. wah, suke2 tips nih. thanx ya sebab share. dh start pening nk uruskan kahwen nih. semoga dipermudahkan. amiiin

Ainee Cumi said...

CPLUD MIERA: Salam miera. Jangan pening pening. Tarik nafas hembus nafas tarik nafas hembus nafas. Jangan pikir sangat tau. Kalau pikir sangat tu yang buat susah. Buat lek lek je. Hihihihi! Tu lah semoga dipermudahkan. Nak buat benda baik mesti Allah tolong. Insyallah. All the best Miera.

Neysa said...

I Like.

Ainee Cumi said...

CTIE-K: U like it kawan?? Apa lagi ajak si jnol tu kawin. Kihkihkih

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...